Rata-rata masyarakat Cina yang sederhana tidak berasa senang dengan kesan besar PRU13.
Mereka tidak senang dengan "pemulauan" secara halus oleh masyarakat majoriti Melayu dan Islam ke atas masyarakat Cina. Mereka terasa dengan kempen Buy Cina Last (BCL). Mereka terasa dengan istilah "tsunami Cina" yang gagal itu.
Mereka terganggu dengan elemen perbandingan Cina Indonesia yang terikat dengan majoriti umat Islam di sana. Mereka terganggu dengan istilah "tidak tahu berbahasa Melayu". Mereka sakit telinga dengan kata-kata seorang penulis Cina dari negara China di dalam buku "The Chinese Dilemma".
Mereka faham kuasa beli di dalam negara ini majoritinya adalah orang Melayu dan umat Islam yang meliputi hampir 70% penduduk di negara ini.
Di dalam politik, mereka kembali sedar orang-orang Melayu kembali bersatu di dalam UMNO di mana UMNO berjaya menambah kerusi parlimen daripada 79(2008) kepada 88(2013). Parti PAS merosot dari 23(2008) kepada 21(2013).
Masyarakat Cina Mahu BerHijrah
BAJET SEKOLAH CINA
Dua hari lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan RM1.8 juta kepada tiga sekolah Cina di Sungai Limau.
Ini membabitkan RM1 juta bagi pembinaan 12 bilik darjah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Aik Min, RM50 juta untuk baik pulih pagar di SJKC Pei Hwa dan RM750 juta untuk SJKC Yok Min di Sungai Limau Dalam.
Turut diumumkan peruntukan RM200,000 sebagai dana permulaan Tabung Pendidikan Masyarakat Cina Sungai Limau.
Persoalan menarik, apakah masyarakat Cina sejumlah 1,842 orang di Sg. Limau akan memberi undi kepada BN, sekaligus menjadi pembuktian bahawa masyarakat Cina di Malaysia sudah kembali semula kepada kerajaan BN?
Saya berpendapat, segala macam keluhan dan keresahan masyarakat Cina yang sederhana di Malaysia ini, perlu membuktikan kepada kita bahawa mereka tidak lagi mahu diperdaya oleh janji-janji manis DAP.
Akibat daripada terpedaya dengan DAP, kini mereka berasa rimas dan mahu kembali menjalinkan hubungan erat bersama kerajaan BN. Ianya akan bertambah mudah, sekiranya 1,842 pengundi Cina di Sg. Limau memilih BN.
Sama ada DS Najib ataupun BN, kedua-duanya tidak pernah menghukum masyarakat Cina di Malaysia. Apa yang berlaku, sebenarnya ialah masyarakat Cina yang diperdaya oleh mimpi DAP telah menghukum diri mereka sendiri.
Kepada pengundi Cina di Sg. Limau, mari cerahkan masa depan anda, tamatkan tsunami Cina, tamatkan mimpi ngeri bersama DAP. Bermula di Sg. Limau. -Jentayuabaka
No comments:
Post a Comment