BACHOK - Seorang "ustaz" berumur 60-an ditahan kerana dipercayai memiliki dadah dan video cakera padat digital (VCD) lucah di rumahnya di Kampung Beris Kubor Besar di sini baru-baru ini.
Dia ditahan selepas bersembahyang Maghrib dan memberi ceramah agama di sebuah surau di kampung tersebut.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Yahya Salleh berkata, di rumah lelaki itu, polis menemui berpuluh-puluh VCD lucah yang disusun rapi di dalam bilik tidurnya dan menemui beberapa bungkus dadah di beberapa tempat di dalam rumah itu.
"Pada mulanya lelaki terbabit tidak mengaku menyimpan dadah, tetapi setelah polis mahu menunjukkan VCD berkenaan di tempat dia menyampaikan kuliah agama, lelaki terbabit membuat pengakuan memilik dadah," kata Yahya.
~ Bernama
No comments:
Post a Comment