Friday, 29 November 2013

BEKAS KETUA PEMUDA SELANGOR BERCERAI TALAK TIGA

AWAL minggu ini memang heboh pasal seorang remaja perempuan dari Kulim, berkahwin ketika berumur 13 tahun dan bercerai talak tiga seminggu sebelum menyambut ulangtahun perkahwinannya yang pertama.

Hari ini ada lagi kes bercerai talak tiga....



SEPANG - Mahkamah Rendah Syariah di sini, memutuskan lafaz taklik dibuat bekas Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Mohd Salleh Ungku Abdul Jamal terhadap isterinya, Zuraida Zainal Abidin antara Ogos hingga September 2010 adalah sah.

Hakim Syarie Rosdi Hanapi membuat keputusan itu selepas meneliti keterangan bertulis dan keterangan lisan kedua-dua pihak bagi permohonan pengesahan lafaz taklik yang difailkan Zuraida mengikut Seksyen 37 Enakmen Keluarga Islam Selangor 2003.

Hakim berkata, hasil soal balas, dan sumpah al mutamimmah yang dibuat defendan (Ungku Salleh) di hadapan mahkamah, pada 19 September lalu, mahkamah mendapati bahawa defendan telah melanggar syarat taklik yang telah dibuat pada 10 Ogos 2010.

Perkara itu dikuatkan apabila berlaku perkahwinan antara defendan dengan seorang wanita, Ayu Azsrini Azmi pada 19 Mei 2011.

“Mahkamah berpuas hati lafaz taklik yang dibuat di rumah mereka pada tarikh antara Ogos hingga September 2010 pada jam 2.30 pagi adalah sah

Menurut fakta kes, lafaz taklik yang dibuat Ungku Salleh itu menyatakan bahawa akan jatuh talak tiga sekiranya dia berkawan dan berhubungan dengan perempuan lain.

Dalam kejadian tersebut, Ungku Salleh menjunjung al-Quran dan melafazkan taklik selepas diminta Zuraida yang mendakwa bekas suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. SH


No comments: