MIRI : Gara-gara gagal menyiapkan tugasan diberikan selain didakwa menghadapi konflik dengan tenaga pengajar, seorang pelajar lelaki cuba terjun dari sebuah asrama di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, pagi ini.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 7.43 pagi itu, kecekapan pihak bomba memujuk dengan bantuan kehadiran bapa pelajar tahun pertama jurusan Lokomotif berusia 18 tahun itu berjaya mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Difahamkan, kejadian mula disedari beberapa rakan mangsa yang memaklumkan perkara itu kepada beberapa kakitangan serta tenaga pengajar di institut berkenaan sebelum menghubungi polis dan bomba bagi mendapatkan bantuan.
Pihak pengurusan IKBN terpaksa memanggil bapa pelajar terbabit supaya datang ke tempat kejadian untuk memujuk mangsa. myMetro
Pihak pengurusan IKBN terpaksa memanggil bapa pelajar terbabit supaya datang ke tempat kejadian untuk memujuk mangsa. myMetro
No comments:
Post a Comment