Bahaya merokok sudah sering digembar-gemborkan. Malah pelbagai masalah kesihatan berpunca dari asap rokok juga turut menghiasi kotak-kotak rokok pasaran tempatan. Meskipun begitu, menghisap asap dari tembakau yang dibalut kertas nipis itu masih terus menjadi gaya hidup dan kebanggaan. Perokok tegar lebih rela menghabiskan sebahagian kecil hasil keringat mereka setiap hari demi melayan ketagihan nikotin yang tidak mampu mereka lawan.
Namun, masihkah mereka rela, jika rokok yang harus dibeli itu berharga sehingga US$65 sekotak ??? Ya, ini boleh dikatakan rokok termahal di dunia. Tetapi rokok yang ini istimewa sedikit jika dibandingkan dengan rokok yang beredar di pasaran sekarang. Harganya jadi begitu mahal barangkali kerana ia dibungkus dengan kertas yang terbuat dari emas 24 karat!!!
Kertas emas 24 karat dengan nama Shine Papers itu sedang menjadi tren dan kegilaan di kalangan perokok glamour di barat. Merokok dengan Shine Papers telah menjadi simbol status terbaru terutamanya bagi mereka di kalangan pemuzik hip hop.
Rapper Mark Cloudy Goodger merasa seakan menjadi presiden USA ketika menghisapnya. “Ini kertas terbaik yang pernah ada. Halus dan terbakar rata,” ucapnya kepada Daily Mail. Ia menjadi lebih percaya diri jika harus berbincang sambil merokok dengan Shine Papers.
Rokok termahal ini memang melonjakkan prestasi, namun begitu rasa tembakaunya tidak jauh berbeza dengan rokok sedia ada di pasaran. Menurut Dave D yang merupakan inovator Shine Papers, produk keluarannya bukanlah untuk 'kegunaan' seharian, tetapi pelangggannya tetap ramai juga.
Hingga saat ini, di mesia sosial, dikhabarkan belum ada sesiapa yang berani mempersoalkan mengenai bahayanya menghisap partikel emas pada rokok tersebut. Malah American Lung Association menyatakan, tiada data untuk menolak produk yang sudah dikomersialkan itu. Setakat ini, Shine Papers juga boleh dibeli secara onile dengan harga di antara US$55 - US$65 sekotak.
Taklah mahal sangat kan...!!! Mungkin anda perokok tegar ingin mencubanya untuk merasakan bahawa anda adalah presiden Amerika Syarikat saat menikmatinya....!!!
No comments:
Post a Comment