Wednesday, 2 October 2013

CEC DAP DISELUBUNGI MISTERI TERSEMBUNYI......

10 misteri di sebalik pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) di Petaling Jaya Ahad lalu. adalah seperti berikut :
1. Janice Lee bekas ADUN Teratai sudah dipecat pada April 2013 kerana bertanding calon bebas pada Pilihanraya Umum ke-13 dibenarkan semula mengundi.



2. Hanya 1,731 perwakilan yang hadir mengundi daripada jumlah yang sepatutnya 2,576 perwakilan, jadi seramai 845 perwakilan telah hilang dari senarai. Ini ditambah pula dengan 17 calon CEC yang mengundur diri secara tiba menjelang hari pengundian.
3. Lim Guan Eng memnduduki tempat ke 5 dalamkatogeri undi popular, namun masih lagi dipilih sebagai Setiausaha Agung DAP.
LIEW CHIN TONG – 1438
LIM KIT SIANG – 1436
KARPAL SINGH – 1421
GOBIND SINGH DEO – 1409
LIM GUAN ENG – 1304
4. Liew Chin Tong hanya layak memangku jawatan pengarah pendidikan politik walhal telah mendapat undi paling popular berbanding Lim Kit Siang (1436 undi).
5. P Ramasamy yang bukan dari senarai pemenang 20 ahli undi tertinggi layak menyandang jawatan Timbalan Setiausaha Agung yang sepatutnya jawatan itu disandang oleh Liew Chin Tong.
6. Khir Johari dianggap wakil melayu walhal statusnya dipertikaikan ramai pihak.
7. Lim Guan Eng dalam ucapanya berkata “Kita bukan mahu laungkan hidup Melayu atau hidup Cina tetapi kita mahu laungkan hidup Malaysian Malaysia,” namun dari segi praktikalnya tiada wakil Melayu dipilih di peringkat tertinggi dalam parti itu.
8. Kenapa tiada wakil Melayu dilantik jawatan Penolong Setiausaha Agung sedangkan jawatan itu diwakili Cina dan India.
Penolong Setiausaha Agung (tiga jawatan):
1) Chong Eng
2) Ngeh Koo Ham
3) Dr P. Ramasamy
9. Jawatankuasa Disiplin yang hanya disandang kaum Cina dan India sahaja tanpa wakil Melayu.
10. DAP selalu melaungkan Ahli Parlimen Raub Dato’ Mohd Ariff Sabri bin Hj Abdul Aziz dan ADUN Mentakab Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji sebagai pendekar-pendekar Melayu dalam DAP, tetapi di mana kedudukan mereka dalam CEC dan parti ?
****KESEMUA 10 MISTERI TERSEMBUNYI TERSEBUT TELAH DISENARAIKAN OLEH Blog pecahpalakmikir . Tq.

No comments: