Wednesday, 2 October 2013

BUNG MOKHTAR BAWA PISTOL KE PARLIMEN ...???


KUALA LUMPUR –  Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin hari ini membuat kejutan apabila mengisytiharkan beliau kini membawa pistol selepas khuatir akan keselamatan diri.

"Daripada mati ditembak, saya lebih rela mati bertembak," katanya semasa membahaskan usul pindaan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (PCA) di Dewan Rakyat.
Ini menunjukkan Bung Moktar yang terkenal dengan kelantangan dan keberaniannya di Parlimen juga berasa bimbang terhadap peningkatan kadar jenayah di negara ini apabila beliau menegaskan terpaksa membawa senjata api untuk melindungi dirinya memandangkan peningkatan kes jenayah bunuh kebelakangan ini. 
"Kita tengok kes bunuh dan rompakan semakin meningkat. Dulu saya tidak bawa pistol sebab berat tetapi sekarang saya terpaksa (bawa pistol). 
"Kita perlu melindungi rakyat bukan melindungi ketua kongsi gelap," katanya. 
Menurut beliau lagi, hanya dengan pindaan berkenaan, rakyat akan dapat menikmati kehidupan dengan lebih selamat. 

No comments: