Jam 4.37 petang ketika entry dalam blog MAZIDUL di publishkan, Mazidul yang berada di lokasi kejadian menyaksikan pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mangsa pertama akibat penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh awal malam semalam.
Akhbar The Star contohnya memaparkan berita 4 terkorban dalam tragedi ini namun setakat ini polis tidak mengesahkan statistik itu.
Ketika ini mangsa menaiki kereta Kelisa dipercayai lelaki Melayu sedang cuba dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.
"Ada petanda mangsa masih hidup?," soal wartawan.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Rahim Jaafar menggelengkan kepala.
"Ada tiga lagi mangsa?," celah wartawan.
"Itu kena tanya mereka (mengeluarkan dakwaan)," balas Rahim.
Setakat jam 4.34 petang, mayat belum lagi berjaya dikeluarkan.
Langsung dari lokasi kejadian, Mazidul Akmal Sidik melaporkan.
No comments:
Post a Comment