Friday, 7 June 2013

( FOTO ) NGERI DAN TRAJIS : KEADAAN MANGSA JAMBATAN RUNTUH KETIKA DITEMUI


Gambar diatas merupakan keadaan mangsa runtuhan jambatan kedua yang telah di temui oleh pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus mengesan mangsa sejak petang semalam.

Menurut sumber mangsa adalah seorang lelaki Melayu berusia 40-an dari Permatang Damar laut.Pihak polis di katakan telah menghubungi saudara terdekat mangsa bagi membuat pengecaman.

Sebelum itu Polis mengenal pasti pemilik kereta jenis Perodua Kelisa yang terperangkap di dalam runtuhan akibat dihempap oleh tanjakan konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung di sini sebagai Rohaizad Md. Sofar.

Jurucakap polis berkata, bagaimanapun polis tidak dapat mengesahkan sama ada Rohaizad, 43, yang beralamat di Sungai Dua, Gelugor di sini, adalah mangsa yang masih tersepit di dalam kenderaan itu.

Sejauh mana kebenarannya sama-sama kita nantikan maklumat selanjutnya...

Al-Fatihah.... semoga roh mangsa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 roh orang2 yang soleh dan beriman.... Salam takziah utk seluruh ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat taulan...

Selanjutnya.... di sini

No comments: