Friday 7 June 2013

AL-FATIHAH : JENAZAH PENDAKI EVEREST SELAMAT DIKEBUMIKAN MALAM TADI


KLANG : Jenazah Allahyarham Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang meninggal dunia akibat penyakit akut gunung ketika menyertai Ekspedisi Mendaki Gunung Kala Patthar dan Everest Base Camp Perbadanan Putrajaya (PPj) Isnin lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Belah di sini kira-kira pukul 10.30 malam ini.

Seramai 200 orang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara dan rakan sekerja turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Terdahulu, Allahyarham Mohammad Shahrulnizam disembahyangkan di Surau Annur Jalan Tanjung Shawal di sini sebelum disemadikan bersebelahan kubur datuknya. SUMBER

No comments: