Monday, 31 December 2012

KENAPA NASKAH 'KELANTAN : SESEJUK WAJAH TUAN GURU' DIBAKAR..???

Meniti detik-detik waktu terakhir tahun 2012 sebelum melangkah ke Tahun Baru 2013 tepat 12.00 tengah malam ini, teman terbaca satu artikel dalam blog rakan seperjuangan yang menarik perhatian teman.  Teman sebenarnya tak pernah tahu pun mengenai buku tersebut....dan tak minat pun nak ambil tahu....sementelah jika memang pasti itu buku ciptaan penyokong-penyokong kahak hijau PAS..!!!


Buku "KELANTAN - Sesejuk Wajah Tuan Guru" adalah hasil tulisan C.N Al-Afghani, diterbit  dan diedar oleh Penerbitan Al-Jihadi, 1999. 

C.N Al-Afghani atau nama sebenar Zainon bin Ismail turut dikenali sebagai Cikgu Non.

Beliau pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Padang Terap (1986) dan menduduki kerusi Exco DPP Kedah antara 1991 - 1997.

Buku "KELANTAN - Sesejuk Wajah Tuan Guru" ditulis oleh Cikgu Non adalah bertujuan untuk (kononnya) menyanggah fitnah terhadap Kelantan yang ditadbir oleh PAS melalui MB TG Nik Aziz Nik Mat.

Saya membuat carian terhadap buku tersebut untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang terkandung dalam buku tersebut dan terjumpa petikan di bawah dari sebuah blog (hisham79).

Cebisan dari pemilik blog berkenaan yang ditulis pada 16/6/2010 jelas menyatakan kekesalan bila fakta buku berkenaan bercanggah dengan apa yang dilihatnya.


Namun, suatu perkara rahsia yang tidak diketahui oleh pemilik blog berkenaan, bahawa hanya setahun selepas buku tersebut diedarkan, penulis buku berkenaan (Cikgu Non) telah membakar ratusan naskhah baki buku tersebut.

Puncanya, Cikgu Non berasa begitu malu pada Allah kerana buku nukilannya yang bertujuan untuk menaikkan imej Nik Aziz, begitu tersasar dari kenyataan. Malah, Cikgu Non mengaku telah menerima sepucuk surat yang panjang lebar isi kandungannya, dari seorang bergelar 'Dato' kelahiran Kelantan yang bermastautin di Kuala Lumpur yang menegur hasil tulisannya tersebut.

Dalam buku terbaru Cikgu Non "Kafirkah Aku?" (2012), beliau menulis;
"Saya bersama keluarga menginap di motel sebelahan Pejabat PAS Kota Bharu. Bilik airnya berkongsi dengan penghuni bilik lain. Ketika melintas ke bilik air saya terlihat sebuah bilik yang pintunya dibuka luas. Dalam bilik itu terdapat beberapa pasangan remaja (mungkin pelajar kolej) yang kelihatan sedang berbincang hal pelajaran. Si perempuannya tidak menutup aurat.
Bila pulang ke kampung, baki beberapa ratus buku 'Kelantan - Sesejuk Wajah Tuan Guru', saya terus bakar. Malu saya dengan Allah." -( muka surat 22)
Anda boleh mengetahui keseluruhan cerita Cikgu Non melalui buku tersebut.
KAFIRkah Aku?

Kredit to :  AKAR UMBI

No comments: