Monday 31 December 2012

BANGLO WARGA ARAB DAN 2 AHLI PARLIMEN TERPAKSA DIROBOHKAN....???


KUALA LUMPUR 31 Dis. - Sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan Arab yang terjejas ekoran kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa di sini Jumaat lalu, mula dirobohkan pihak pemaju hari ini.





Turut berkemungkinan dirobohkan ialah banglo milik Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis bagi mengelak kejadian tanah runtuh itu berulang dan membahayakan penduduk di Bukit Setiawangsa.




Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Mohd. Taufik Harun berkata, dua lagi banglo itu mungkin dirobohkan bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah yang terletak di puncak bukit tersebut.

Katanya, perkara itu bagaimanapun hanya akan dilakukan jika satu kajian menyeluruh selesai dijalankan.



“Setakat ini, pihak pemaju telah mula merobohkan banglo bernombor 39 milik Al-Sheikh Al Syed Afeefiddin Al-Jailani yang terjejas teruk dan kerja-kerja itu memakan masa kerana perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan tekanan tinggi pada bahagian bawah tanah," katanya ketika ditemui di lokasi tanah runtuh di sini hari ini. - UTUSAN



No comments: