Showing posts with label BICARA PRIHATIN. Show all posts
Showing posts with label BICARA PRIHATIN. Show all posts

Sunday, 3 November 2013

KEHIJAUAN CAMERON HIGHLANDS MUSNAH, TIDAK MAMPU DISELAMATKAN LAGI.....

HAKISAN melampau menjadi punca air Empangan Sul tan Abu Bakar di Cameron Highlands baru-baru ini dan mengorbankan empat nyawa.
KUALA LUMPUR - Seorang pakar alam sekitar menegaskan, kehijauan Cameron Highlands sudah tidak boleh diselamatkan lagi kerana daerah itu sudah diteroka untuk pelbagai jenis pembangunan sejak 100 tahun lalu.

Wednesday, 26 June 2013

AL-FATIHAH : ADUN KUALA BESUT KEMBALI KE RAHMATULLAH


Adun Kuala Besut (BN), Dr A Rahman Mokhtar, 55,  meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada pukul 10 pagi tadi.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu dimasukkan ke Hospital Besut pada pagi Khamis minggu lepas dipercayai akibat masalah penafasan sebelum dirujuk ke HSNZ.
Jenazah akan disembahyang dan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut. Buat masa ini, jenazah masih lagi berada di Kuala Terengganu.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga roh beliau dihimpunkan bersama roh orang-orang yang beriman.

Thursday, 3 January 2013

PERJALANAN TERAKHIR DATUK KANANG ANAK LANGKAU....



PERGINYA SEORANG PAHLAWAN NEGARA.....

Pada 21 April 1962 beliau merupakan Pengesan Jejak Iban (Iban Tracker) sebelum diserapkan ke Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Jawatan terakhirnya dalam ATM sebelum beliau bersara adalah sebagai Pegawai Waran 1 dan telah berkhidmat selama 21 tahun.

Beliau telah diiktiraf sebagai Pahlawan Negara kerana jasa dan perjuangannya terhadap ATM. Antara perjuangan beliau yang menjadi kebanggaan negara apabila berani menentang komunis ketika bersama ATM dari 1962 hingga 1963.

Difahamkan, mendiang Datuk Kanang Anak Langkau telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak dari kediamannya di Kampung Sungai Apong selepas mengadu sakit dada pada jam 12 tengah malam dan disahkan meninggal dunia di hospital tersebut pada pukul 1.45 pagi ini

Mendiang akan diberikan penghormatan negara apabila disemadikan di Sarawak, Ahad ini.

Monday, 31 December 2012

'BAPA BINATANG DURJANA' BUANG ANAK MACAM ANAK KUCING.....!!!

Hiasan

Ikuti beberapa peristiwa yang menunjukkan bahawa dalam dunia serba serbi canggih ini masih ada manusia yang seolah-olah hidup tiada tamadun..!!!

BAPA TINGGALKAN 3 ANAK KECIL DI TEPI JALAN SEBELUM MENGHILANGKAN DIRI

KUALA LUMPUR: “Tunggu sini sekejap, abah nak pergi beli rokok.” Itulah alasan diberikan seorang bapa kepada tiga anaknya yang baru berusia sembilan bulan, dua tahun dan lima tahun sebelum menghilangkan diri.

Tindakan tidak berhati perut itu dilakukan tidak sampai dua bulan selepas tiga beradik berkenaan kematian ibu mereka akibat barah, dua tahun lalu.

Lebih tragis, mereka ‘dibuang’ pada waktu malam di tepi jalan berhampiran kaki lima sebuah masjid tanpa dokumen dan wang belanja.

Kejadian yang berlaku terhadap Mira, Mila dan Amin (bukan nama sebenar) adalah contoh semakin ramai lelaki layak dilabel ‘bapa binatang’ kerana tergamak meninggalkan darah daging bagaikan ‘membuang’ kucing di tepi jalan.

“SAYA tak nak ikut kalau ayah datang nak ambil kami. Dia kejam! Kalau benar dia sayang saya dan adik, takkan dia tergamak buang kami di tepi jalan. Lagipun, dia tak pernah cari kami.

Saturday, 6 October 2012

KAMAL AFFANDI PERLUKAN BANTUAN ANDA.....


SEPERTI biasa....awal pagi sebelum memulakan lain-lain tugas, teman akan selongkar blog-blog kawan-kawan teman untuk mengetahui isu-isu terkini samada di dalam atau luar negara. Dengan maklumat yang diperohi melalui blog-blog itu, dapatlah teman menambah sedikit ilmu pengetahuan..... kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Pagi ini teman tertarik dengan entry terkini dari blog MAZIDUL AKMAL yang memaparkan mengenai kisah penganalisis jenayah berpengalaman dan  terkenal di negara ini iaitu saudara Kamal Affandi Hashim. Beliau dikhabarkan mempunyai AVM dalam otaknya.

BACA SETERUSNYA ARTIKEL MENGENAI SAUDARA KAMAL AFFANDI, sila klik .....  BLOG MAZIDUL  

NOTE :
  • Esok, jam 9 pagi, Kamal Affandi Hashim akan bersama CakapDotCom dalam sesi pertama di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
  • Kepada rakan, sahabat, kenalan dan pembaca blog berhasrat membantu mengumpulkan wang lebih RM40,000 itu, sila hubungi Azmil Abdul Aziz di talian 013 63 666 73.