Monday, 26 November 2012

STESEN MINYAK YANG UNIK DAN MENARIK


1. Poshest Gas Station (Los Angeles)

Poshest Gas Station

Rekaan menarik dengan permukaan logam berkilat, bergeometri serta bercirikan masa depan. Sebuah firma rekabentuk dari Boston telah bertanggungjawab dalam pembinaannya. Bahan yang digunakan untuk membangunkan stesen minyak ini ialah solar array serta beberapa bahan kitar semula yang lain. Kebanyakan bahan tersebut adalah mesra alam.

2. Crochet Gas Station (New York)


Crochet Gas Station

Stesen minyak ini disaluti dengan kerja-kerja mengait Jennifer Marsh. Beliau merupakan seorang artis mengait yang terkenal. Ianya dilakukan pada 5 Mei 2007 dan merupakan sebahagian dari World Reclamation Art Project yang dilakukan Jennifer. Stesen minyak lama yang telah ditinggalkan ini terletak di Syracuse, New York.

3. Jack Colker Union 96 Gas Station (California)

Jack Colker Union 96 Gas Station

Stesen minyak The Jack Colker Union 96 yang terletak Crescent Drive di Beverly Hills, California ini mempunyai rekabentuk bumbung yang dibina untuk bangunan lain. Lengkungan dan struktur segitiga tersebut pada asalnya sebahagian untuk pembinaan lapangan terbang LAX. Namun, apabila ia tidak diperlukan, ianya dipasang pada sebuah stesen minyak.

4. Tower Conoco Gas Station (Texas)

Tower Conoco Gas Station

Terletak di Shamrock, Texas. Stesen minyak lama ini tidak lagi menjual minyak dan makanan. Ianya telah diubahsuai menjadi bangunan Dewan Dagangan bandar Shamrock.

5. Vintage Orbit Gas Station (Sacramento)

Vintage Orbit Gas Station

Stesen minyak Vintage Orbit yang terletak di California merupakan salah satu contoh senibina 'Googie'. Rekabentuknya kelihatan seperti kapal makhluk asing yang baru sahaja mendarat.

6. Shell Gas Station Fremont (California)

Shell Gas Station Fremont

Stesen minyak melengkung ini terletak di Fremont, California.

7. Skovshoved Gas Station (Copenhagen)

Skovshoved Gas Station

Stesen minyak yang mempunyai struktur bumbung luar biasa ini terletak di Copenhagen, Denmark. Ianya adalah hasil rekaan Arne Jacobsen pada tahun 1937. Stesen minyak ini masih beroperasi dan tetap menarik walaupun telah lama didirikan.

8. Moil Container Gas Station (Uganda)

Moil Container Gas Station

Stesen minyak terbaik yang terletak di daerah Koboko, wilayah Barat Nile, Uganda.

9. Texaco Gas Station (Kansas)

Texaco Gas Station

Stesen minyak yang terletak di Kansas ini mempunyai rekaan yang ringkas dan agak comel.

10. Teapot Gas Station (Washington)

Teapot Gas Station

Stesen minyak yang comel ini dibina pada tahun 1922, sempena memperingati Teapot Dome Scandal yang melibatkan Presiden Warren G. Harding dan rizab petroleum persekutuan di Wyoming.

Sumber : Blog Ketegaq

No comments: