Monday, 26 November 2012

AZIZ SATAR AKAN RUJUK ISTERI SEMULA....


Terus terang, teman akui, teman bukanlah seorang yang mengikuti sangat perkembangan dunia artis tanahair apatah lagi luar negara seperti hollywood ataupun bollywood. Jika berita itu ada tersiar di akhbar-akhbar dan secara kebetulan teman baca, maka teman tau lah. Selebihnya, teman baca melalui blog-blog atau portal-portal hiburan, itupun bukan sepanjang masa. Sahabat-sahabat teman yang suka 'bergossip' pun kekadang bagi info juga pasal cerita-cerita artis ni, tapi tidaklah menyeluruh.

Hari ini, teman agak terkejut dengan berita yang dipaparkan dalam Kosmo! Online mengenai artis veteran terkenal tanahair, Aziz Satar, yang akan rujuk kembali dengan isterinya setelah bercerai selama 9 bulan. Teman tak tau pulak artis ni dah bercerai...... rupa-rupanya dah 9 bulan (kalau wanita hamil, dah cukup bulan, menanti hari nak bersalin aja!). Ikuti berita selanjutnya :

KUALA LUMPUR  –  Selepas sembilan bulan bercerai, seniman veteran dan pelawak tidak asing lagi, Datuk Aziz Satar mengesahkan beliau akan rujuk kembali dengan bekas isterinya, Hashimah Delan dalam masa terdekat.
 Seniman kelahiran Surabaya, Indonesia yang berusia 87 tahun itu menegaskan, beliau dan bekas isteri bersetuju berbuat demikian setelah masing-masing memperoleh kembali persefahaman.
Sehubungan itu beliau meminta semua pihak tidak membesar-besarkan isu tersebut kerana perselisihan antara suami dan isteri merupakan asam garam rumah tangga.
 “Perkara ini tidak perlu lagi diperbesarkan kerana semuanya sudah selesai. Perselisihan kecil yang berlaku itu adalah lumrah dalam kehidupan rumah tangga dan semua orang melaluinya.
 “Semuanya telah selesai dengan baik, kami bersepakat untuk merujuk semula perkara ini secara sah di mahkamah dalam masa satu atau dua hari lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

No comments: