Monday, 26 November 2012

BALU 1 MALAYSIA.......

Keluarga besar arwah Ismail berkumpul di Tongkang Pechah setiap tahun. Pix: Harian Metro

Suaminya sudah meninggal dunia 3 tahun yang lalu. Tetapi empat balunya yang berbangsa Melayu, Cina dan India wajar  dijadikan contoh kerana mampu mengekalkan ikatan silaturahim dengan mengadakan perhimpunan keluarga yang disertai kira-kira 60 orang.
Keluarga unik yang layak digelar keluarga 1 Malaysia itu adalah waris Allahyarham Ismail Abdul Hamid yang berkumpul di rumah isteri keempat Allahyarham Ismail di Tongkang Pechah di sini, semalam.

Isteri pertama dan keempat Allahyarham Ismail berbangsa Melayu, manakala isteri kedua dan ketiga masing-masing berbangsa Cina dan India.

Isteri pertamanya, dikenali sebagai arwah Tuminah dikahwininya pada 1956; isteri kedua, Jamaliah Abdullah, 64, (Cina) bernikah pada 1958; isteri ketiga, Sabariah Md Som@Abdullah, 62, (India) bernikah pada 1959 dan keempat, Shamsiah Arsee, 73, bernikah pada 1961.

Anak sulung isteri keduanya, Siti Jamaliah, 49, berkata arwah bapanya meninggal dunia sejak tiga tahun lalu dan meninggalkan empat isteri, 16 anak serta 44 cucu.

"Walaupun mereka tinggal berasingan di Kluang, Batu Pahat, Muar dan Johor Baru, kami tetap mahu mengumpul keluarga besar ini bagi mengeratkan silaturahim dan berjaya melakukannya sejak 2005.

"Menerusi pertemuan ini, kami dapat mengenali satu sama lain dan antara pengisian pertemuan termasuklah mengadakan tahlil dan bergotong-royong," katanya.

Sementara itu, menurut Shamsiah, pertemuan yang diadakan setiap tahun itu sering dinantikannya bagi menyambut kehadiran bayi baru di dalam keluarga.

"Arwah seorang yang adil dan penyayang. Pada saya semuanya sama dan kami keluarga besar membabitkan pelbagai bangsa," katanya - Metro.
*** Citarasa 1 Malaysia maaaa................

No comments: