Aku nak jadi MB Perak......!!!
Antara lain agenda pertemuan yang akan dibincangkan adalah pertukaran beberapa menteri besar dan ketua menteri yang kononnya dikatakan tidak sehaluan dengan Perdana Menteri itu.
Tukang karut itu juga menyebutkan bahawa antara nama-nama yang akan bertukar antaranya Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said, Menteri Besar Perak yang cukup dibenci oleh mereka, Zambry Kadir dan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam.
Selain itu, yang turut akan dibincangkan adalah pengganti Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman yang akan melepaskan jawatannya bagi memberi peluang sama ada Ahli Parlimen Pasir Gudang, Khaled Nordin atau Ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zakarshi menggantikannya.
Kononnya Ahli parlimen Pontian, Ahmad Maslan juga antara nama yang tersenarai antara calon pengganti Ghani. Malah Ahmad Said dikatakan akan diganti dengan pemimpin Umno bukan bertaraf ketua bahagian manakala Ali Rustam pula yang akan bertanding di parlimen Jasin akan diambil alih jawatannya oleh sama ada Ahli Parlimen Bukit Katil, Md Sirat Abu atau Ahli Parlimen Jasin sekarang, Ahmad Hamzah.
Mereka juga terus fokus pada Zambry yang dikhabarkan akan digugurkan walaupun dicalonkan semula mempertahankan kerusi DUN Pangkor tetapi penggantinya akan ditentukan kemudian.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah dan ADUN Kota Tampan, Saarani Mohamad antara calon yang disenarai pendek.
Selain itu, nama Ahli Parlimen Tambun, Ahmad Husni Hanadzlah juga menjadi pertimbangan Perdana Menteri dalam usaha mempertahankan Perak dari dirampas Pakatan Rakyat yang awal-awal lagi mengumumkan ahli parlimen Bukit Gantang dan ADUN Pasir Panjang, Nizar Jamaluddin akan menjadi menteri besar mewakili pakatan itu.
Wah.... nampaknya mereka benar-benar rasa tergugat dengan ketokohan Menteri Besar berwibawa yang sedang menerajui Perak sekarang ini. Mula-mula sembur cat merah kat poster DS Dr. Zambry di Manjung....
Lihat .... < DI SINI > Kini cuba pula pengaruhi para penyokong MB berjiwa rakyat itu dengan khabar angin ini...... terdesak sangat kah Nizar untuk diperkudakan oleh DAP sekali lagi....???
No comments:
Post a Comment