INI JAWAPANNYA....!!!
Ahli Parlimen Silam, DR SALLEH KALBI, menolak keras dakwaan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin yang mengatakan Sabah tidak membangun. Ikuti wawancara khas Sinar Harian, WAN NASRAH ABDUL RAHIM, ARHIZA AHMAD dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama Salleh dalam menyingkap dakwaan Lajim mengenai isu ini.
SOALAN : Datuk Seri Lajim mendakwa, tahap pembangunan di Sabah masih tidak menyeluruh. Apa pandangan YB?
DR. SALLEH KALBI : Kadang-kadang apabila kita kecewa dengan sesuatu, pelbagai andaian akan kita berikan. Kalau kita lihat pembentukan Malaysia 49 tahun lalu dan membandingkannya sekarang, memang terlalu jauh bezanya.
Saya sebenarnya lahir selepas pembentukan Malaysia; 1964. Kita boleh melihat sendiri bagaimana transformasi yang telah berlaku ke atas negeri Sabah. Mungkin topografinya yang luas, berbukit-bukau dan bergunung-ganang telah menyebabkan kekangan dan pembangunannya yang perlahan.
Kalau diikutkan di Borneo segi saiz pun Sabah adalah kedua terbesar yang mempunyai banjaran Kinabalu dan Crocker. Perkara inilah yang kemungkinannya menjadi kekangan kepada pembangunan di Sabah. Namun, sungguhpun pembangunan di Sabah itu perlahan, kita tidak boleh menyalahkan kerajaan secara keseluruhannya.
Kerajaan sudah melakukannya dengan bersistem. Kita ini juga sudah praktikal dengan apa yang dibelanjakan mengikut kehendak topografi Sabah yang telah disesuaikan kerajaan dari semasa ke semasa. Secara umumnya mungkin kita boleh minta untuk dipercepatkan pembangunan dari segi pelaksanaannya.
SOALAN : YB seperti tidak menafikan Sabah masih dalam proses membangun seperti dakwaan pembangkang?
DR. SALLEH KALBI : Siapa pun tidak menafikannya. Andaian ini adalah keseluruhan secara makronya. Beberapa tempat di tanah semenanjung juga masih lagi ketinggalan. Permatang Pauh, Penanti di Pulau Pinang dan beberapa kawasan semenanjung Malaysia juga masih mundur. Jadi, mengapa kita masih pertikaikan bahawa Sabah itu mundur? Seolah-olahnya ‘gajah di seberang laut kita nampak, tapi yang depan mata sendiri kita tidak nampak.’
Pembangkang yang dahulunya duduk dalam kerajaan tetapi tidak mengambil tindakan apa-apa untuk memajukan Sabah, sebaliknya apabila mereka sudah keluar daripada kerajaan mereka mula bercakap. Sebelum ini, dalam pengamatan saya di atas lawatan ke tempat pembangkang, tempatnya juga masih mundur selama mereka memerintah. Sedangkan sebelum ini mereka memegang jawatan yang amat penting dalam kerajaan.
Mengapa dari dahulu mereka tidak memperbanyakkan perbelanjaan buat rakyat Sabah dan melaksanakan urusan tadbir tersebut seperti yang di perkatakan hari ini? Pembangkang seolah-olah menggambarkan orang Sabah ini tidak boleh berfikir kebenaran mengenai perkara semasa.
Saya menganggap itu adalah ujian saya sebagai wakil rakyat. Apa yang pasti, saya perlu menjadi wakil rakyat yang proaktif, mengambil berat tentang kekurangan yang ada di tempat saya. Kalau diikutkan kawasan Parlimen Silam ini dahulunya adalah satu penempatan yang mundur dan terpencil.
Tidak ramai yang tahu di mana Parlimen Silam itu. Tetapi mengapa wujudnya Menara Kayangan Bukit Silam yang dikunjungi Putera William dan Kate Middleton? Ini bukankah salah satu dari pembangunan?
SOALAN : Datuk Seri Lajim tidak puas hati terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman sendiri kerana dikatakan memonopoli projek. Apa komen YB?
DR. SALLLEH KALBI : Ketidakpuasan hati ini banyak berlaku termasuk juga di Kelantan dan di Kedah. Di mana orang tidak puas hati dengan Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Ketidakpuasan ini akan tetap berlaku di mana-mana.
Kalaulah benar andaian itu, saya menganggapnya itu terlalu peribadi. Itu terpulang kepada Perdana Menteri untuk menilainya. Biasalah, jika kita tidak menyukai seseorang kita akan buat sesuatu yang menyebabkan perkara negatif kepada orang itu.
Saya berharaplah kepada kepimpinan pro BN atau pembangkang, kita kena selesaikan sendiri soal kronisme. Perdana Menteri selalu mengingatkan supaya kita lebih bersifat terbuka. Jangan kita amalkan kronisme kerana perkara ini akan membuatkan negara mengalami masalah.
Lajim mendakwa setiap usul yang dibawa tidak ambil peduli terutamanya PM sendiri sekali gus membiarkan Sabah terpinggir.
Andaian ini tidak benar sama sekali. Kalau begitu, tidaklah wujud jalan dua hala di kawasan Silam, Menara di gunung Silam, Projek Agropolitan dan beberapa projek mega lain.
Kalau Lajim beranggapan begitu, saya betul menolak hal itu seribu persen. Dakwaan itu juga lebih bersifat peribadi.
Saya pernah minta membaik pulih 300 rumah daripada kerajaan di kawasan Silam. Ternyata ia telah didengar oleh Perdana Menteri. Terlalu zalim kalau dikatakan Perdana Menteri tidak mendengar sebarang permintaan.
Malah, saya baru meminta lapangan terbang dan hanya menunggu untuk memperoleh dananya. Kalau tidak salah saya, sebelum meninggalkan parti, Lajim telah memperoleh satu projek besar. Adakah ini tidak didengari?
SOALAN : Benarkah dakwaan Sabah dan Sarawak dianaktirikan dari segi jawatan?
DR. SALLEH KALBI : Seperti yang kita lihat, anak Sabah memang ramai yang tamat belajar dan memohon jawatan berdasarkan kelayakan mereka. Jika permohonan mereka cukup dan setaraf, saya pasti kerajaan akan memberikan peluang kepada mereka.
Kita lihat ramai anak Sabah yang memegang jawatan tinggi, antaranya Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, Pengarah Kerajaan Negeri Sabah yang juga bermula dengan Datuk Dr Hamdan Mohammed dan kesemuanya adalah anak Sabah.
Mereka mempunyai merit dan orang daripada kawasan saya banyak yang diberi peluang. Malah, jumlah keseluruhannya lebih kurang nisbah 2:1.
SOALAN : Boleh YB sebutkan projek mega yang sedang diusahakan di Sabah?
DR. SALLEH KALBI : Kalau yang terbaru Sabah Oil & Gas Terminal (SOGT) di Kimanis. Palm Oil Industrial Cluster (SAWIT POIC) yang berasaskan industri kelapa sawit di kawasan Silam. Antara projek mega yang lain adalah pembinaan lapangan terbang baru dalam Rancangan Malaysia ke-10, di kawasan Silam yang perbelanjaannya lebih daripada 500 juta.
Kalau kata ia sikit, itu tidak timbul. Kerana ia telah dirancangkan sebelum saya menjadi Ahli Parlimen Silam lagi. Ia adalah projek Kerajaan Persekutuan. Cuma mekanisme pelaksanaan itu yang agak perlahan. Melalui pertumbuhan ekonomi setempat (GDP) Parlimen Silam adalah kawasan yang menyumbang di bawah GDP. Dan, kita sebagai pusat pengeluaran kelapa sawit yang terbesar di Malaysia dan dunia. Malah, pembangunan bersepadu kita adalah yang terbesar di dunia.
SOALAN : Bagaimana pula sektor pendidikan?
DR. SALLEH KALBI : Kalaulah negeri Sabah ini ketinggalan dari segi pendidikan, termasuklah di kawasan Silam yang dikategorikan sebagai kawasan luar bandar, mengapa di kawasan ini ada beberapa buah sekolah terbaik seluruh negeri Sabah, Sarawak dan Labuan?
Malah, Sekolah Menengah Sains di kawasan ini juga mempunyai dua sekolah iaitu di Bukit Padang, Kota Kinabalu adalah merupakan sekolah terbaik di Sabah, Sarawak dan Labuan. Itu gambaran bahawa, prasarana itu bagus. Dan jika pembangunan itu mendapat kerjasama semua pihak, insya-ALLAH ia boleh berjaya.
Sekolah SMK Kunak juga STPMnya 100 peratus. Malah, terdapat dua sekolah biasa di kawasan Silam juga mempunyai keputusan terbaik 100 peratus. Kesemua ini adalah bergantung kepada kerajaan yang bagus.
SOALAH : Apa yang perlu diperbaiki melalui sektor pendidikan?
DR. SALLEH KALBI : Saya berharap dapat dipercepatkan tuntutan guru yang mengajar di kawasan negeri Sabah terutamanya mereka yang berada di kawasan luar bandar. Jadi, saya minta perbelanjaan pendidikan diperhatikan terutamanya guru di kawasan luar bandar bukan semata-mata di negeri Sabah, Sarawak tapi juga di seluruh Semenanjung.
Begitu juga dengan guru besar di negeri Sabah. Di mana gred mereka lebih rendah daripada guru kanan. Gred mereka tu perlu diambil kira oleh kementerian atau Pengarah Pelajaran, kerana bagaimana orang bawahannya mahu menghormati orang yang paling utama sedangkan grednya lebih rendah. Hanya itu perkara yang pada pendapat saya perlu diberi perhatian.
SOALAN : Apakah sebab utama pembangkang memburu Ahli Parlimen di Sabah?
DR. SALLEH KALBI : Secara lumrahnya mereka mahu mengambil Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak dan Johor untuk pergi ke Putrajaya. Mereka juga terdorong untuk mengendalikan pembangunan projek mega pada masa hadapan, memandangkan sudah ada pembangunan mega seperti POIC, Hub Pendidikan Sandakan dan Agropolitan di Kudat.
Kerajaan kita telah pun membawa pembangunan itu dan ia dalam proses untuk disiapkan. Pada masa yang sama, ia sebenarnya satu hikmah untuk pastikan kami sentiasa berusaha dan bekerja lebih kuat membantu Perdana Menteri pada Pilihanraya Umum ke -13 (PRU13) nanti.
SOALAN : Apa pandangan YB terhadap Datuk Seri Lajim?
DR. SALLEH KALBI : Saya sebenarnya boleh dilabel sebagai junior politician. Selepas saya tamat pengajian di United Kingdom (UK), parti politik yang saya kenal, adalah Umno.
Saya menganggap Lajim sebagai orang lama dan matang dalam arena politik. Saya tidak mempunyai masalah dengannya. Bagi saya apa yang difikirkannya telah menjadi keputusan dan tindakannya sendiri.
Walaupun barangkali ada hubungan yang tidak berapa baik beliau dengan pimpinan yang lain. Tetapi, walaupun kami tiada masalah, kami tidak berapa akrab.
SOALAN : Berapa ramai pimpinan Sabah mahu menyertai pembangkang?
DR. SALLEH KALBI : Spekulasi itu cukup kuat sejurus saya pulang ke sini. Pernah juga ada orang bertanya pada saya adakah saya orangnya mahu melompat parti? Bagi saya, perkara itu tidak mungkin berlaku. Malah Ahli Parlimen lain juga saya rasa tiada. Saya sebagai orang yang menerima lantikan, akan menghadapi ujian ini. Pendapat saya, biarlah keluar parti dengan rasional dan praktikal. Saya juga berharap, semua pihak berfikiran realistik.
SOALAN : Pada senario politik sekarang, adakah YB melihat BN akan tergugat?
DR. SALLEH KALBI : Saya telah melihat gerak kerja Perdana Menteri selama beberapa tahun. Saya pasti, BN sudah siap siaga dalam menghadapi ujian getir ini. Walaupun mungkin pembangkang juga sudah bersedia, saya berharap kita dapat menarik pengundi atas pagar. Dengan kerjasama semua pihak, perancangan yang sangat teratur, insya-ALLAH, kita boleh menang.
SOALAN : Apa reaksi YB jika tidak dicalonkan?
DR. SALLEH KALBI : Kita ini manusia biasa dan konsep yang saya bawa adalah memenuhi kriteria pemimpin. Jika saya tidak tercalon, saya akan menawarkan diri semula. Mana yang salah kita perbaiki. Tetapi, tidak tahulah kalau ada pihak lain yang tidak sukakan saya. Namun, saya sentiasa akan melakukan yang terbaik.
SOALAH : Adakah parti komponen negeri Sabah bekerjasama?
DR. SALLEH KALBI : "Semangat berpasukan komponen di Sabah tiada masalah. Cuma, saya mahu menasihatkan pemimpin, janganlah berlakon. Di Sabah, semua masih baik dan berada di bawah kawalan. Kalau ada permasalahan pun mestilah kena terus selesaikannya. Kalau ada andaian lain, itu adalah khabar angin dan saya tidak mahu terlibat dalam perkara itu.
Di kawasan saya juga ada berlaku kekangan dan faktor dalaman. Ia adalah persepsi masing-masing. Di luar nampak baik. Namun, seharusnya jika ada permasalahan dalaman, perlulah cepat selesaikan.
SOALAN : Bolehkah BN merampas semula ke-empat negeri yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat?
DR. SALLEH KALBI : Kalau saya melihat sekarang, kepimpinan negara dan parti mengambil peluang ini dengan baik. BN perlu melihat kelemahan PR dalam pelbagai isu. Insya-ALLAH, kita boleh menang 2/3. Saya tidak terkejut jika kita dapat merampas semula negeri-negeri tersebut. Ini adalah percaturan politik dan isu yang dibuat mereka hanya andaian sahaja.
SOALAN : Bagaimana hal royalti yang digembur-kan oleh Pakatan Rakyat?
DR. SALLEH KALBI : Apa pun perkara dilakukan oleh pihak pembangkang, adalah untuk dapat memenangi hati rakyat. Orang politik berperang dari segi psikologi. Malah, manusia juga suka kepada sentimen yang boleh membuatkan mereka tertarik.
Kalau pembangkang jadi kerajaan belum tentu boleh merealisasikan apa yang dikatakannya. Lihatlah saja seperti pemberian air percuma, ia masih tidak boleh diberikan kepada rakyat. Itu belum lagi menguruskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya.
Tidak ada pendidikan negara percuma. Di Venezuela misalnya, itu sejak dulu lagi sistemnya begitu. Namun, mestilah mengambil kira dan melakukan analisa dari segi faktor lainnya. Saya berharap generasi muda perlu berfikir secara rasional.
SOALAN : Adakah perlu pimpinan muda diketengahkan?
DR. SALLEH KALBI : Pada dasarnya, cadangan itu bagus. Saya rasa kalau pemimpin sudah memegang jawatan selama dua penggal, tetapi gagal, mereka harus ditukarkan. Malah, terus digantikan dengan pimpinan daripada kalangan generasi muda. Menjadi seorang ahli politik dalam Islam adalah kerja mulia.
Tugas pemimpin ini kalau ikhlas samalah seperti polis, akan dijanjikan syurga. Maka, generasi muda sangat diperlukan untuk menyertai politik. Politik seperti di UK, contohnya sudah lama terkehadapan dan dibarisi anak muda.
Sinar Harian (Edisi Sabah/Sarawak) 29/10/12

No comments:
Post a Comment