Penyanyi kebanggaan kita, Yuna ketika ini sedang gigih mencipta nama di Amerika Syarikat. Dan dia kini sedang melaksanakan konsert jelajah beberapa kota terpilih di negara itu.
Bagaimanapun satu berita mengejutkan telah dikhabarkan sendiri pelantun Terukir di Bintang ni mengenai dirinya - dia dan pemuziknya telah dirompak, baru baru ini.
Beberapa jam yang lalu, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai berkongsi screenshot perbualan beliau bersama ibunya tentang kisah rompakan yang berlaku selepas habis jelajah beliau di Seattle, Amerika Syarikat.
Menurut Yuna, semua peralatan muzik yang mereka gunakan untuk siri jelajah telah lesap dari van yang digunakan mereka. Walaubagaimanapun Yuna bernasib baik kerana sewaktu rompakan berlaku dia tidak berada di tempat kejadian.
Tidak pula dinyatakan jumlah kerugian yang dialami tetapi untuk pemuzik professional seperti Yuna, pasti peralatan muzik yang lesap itu bukan sikit-sikit harganya.
Dan disebabkan kejadian ini sudah pasti akan menjejaskan jadual persembahannya di destinasi seterusnya.
Tak apalah Yuna. Nak buat macam mana kan... dah kena kebas. Apa yang penting, Yuna dan pemuzik berada dalam keadaan selamat.

- mD
No comments:
Post a Comment