Tuesday, 18 September 2012

BERLAKON GANTUNG DIRI, BENAR-BENAR MATI TERGANTUNG...!!!


Mati Selepas Berlakon Babak Gantung Diri!

Brazil – Pelakon Tiago Klimeck, 27, yang secara tidak sengaja menggantung diri ketika berlakon dalam satu babak sempena perayaan Good Friday meninggal dunia selepas koma selama beberapa hari.
Ketika kejadian, Klimeck melakonkan babak menggantung diri namun selepas empat minit, barulah seorang lagi pelakon menyedari sesuatu berlaku ke atas Klimek.
Mereka kemudiannya mengangkatnya, namun Klimeck sudah tidak sedarkan diri.
Imbasan yang dijalankan doktor mendapati dia mengalami sesak nafas sehingga mengakibatkan otaknya tidak menerima oksigen.
Mesin hayat yang dipasang padanya telah dibuka semalam dan bedah siasat akan dilakukan.
Sementara polis akan menjalankan siasatan bagi mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku.
Persembahan itu diadakan setiap tahun di Brazil dan mendapat sambutan hangat daripada penonton.  

No comments: