Tuesday 18 September 2012

APA TINDAKAN PAS BILA NGEH BIADAP DAN KURANG AJAR.. PERSOALKAN UMAT ISLAM BANTAH INNOCENCE OF MUSLIMS !!!

dapkurangajar

PETIKAN DARI Agenda Daily :

Makin menjolok mata perangai dan tutur kata pemimpin DAP sejak akhir-akhir ini, terbaru Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham cetus kontroversi dengan persoal apakah protes umat Islam terhadap filem Innocence of Muslims sebagai buang masa dan tenaga.
Beliau tweet begitu sebagai mengulas tindakan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang sebelum ini kuat mengecam penyebaran filem yang menghina Nabi Muhammad SAW itu.
Khairy yang tidak tunggu lama terus balun Ngeh yang disifatkan beliau sebagai amat tidak sensitif dengan perasaan umat Islam juga kedudukan Nabi SAW di dalam Islam.
Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, perkara tersebut amat malang sekali memandangkan beliau seorang rakyat Malaysia tetapi masih tidak mempunyai pengetahuan asas tentang Islam dan juga sensitiviti Muslim.
"Saya harap PAS sebagai rakan kongsi DAP dapat mengecam kenyataan Ngeh sebab apa yang dia kata itu dituju juga kepada Pas dan takkan Pas nak terima penghinaan seperti itu," kata beliau lagi dipetik Sinar Harian.
Mesej Koo Ham antara lain berbunyi, "Khairy mahu Muslim protes membantah Sam Bacile. Bagi Islam atau bagi kepentingan politik? Adakah Muslim membuang masa dan tenaga dalam berhubung perkara ini?"
Sementara itu, Agendadaily sejak semalam menerima email-email dari Pemuda PAS yang meminta orang ramai termasuk para ulama turun berhimpun bagi membantah filem tersebut di Masjid Tabung Haji Jalan Ampang pada Jumaat ini.
Poster-poster yang disebarkan tunjuk himpunan tersebut dinamakan Himpunan Jutaan Umat yang dianjurkan oleh PAS dan bakal disertai NGO-NGO Islam lain.
Dengan tindakan Ngeh ini, ramai yang tertunggu-tunggu apakah komen atau reaksi dari PAS?
Apakah mereka hanya diam kerana DAP merupakan rakan politik atau sebaliknya. Sama-samalah kita tunggu reaksi PAS lepas ini

1 comment:

Anonymous said...

jangan usik ulamak Dap keluarkan patua, biarkan nanti Pas akan mengamok..

hina Pas tak apa tapi jangan hina ulamak Dap yg maha maksum lagi suci... bagi Pas kafir hina islam tak apa sbb kafir tak tahu pasal islam.. mcm ularmak Pas cakap..