Wednesday 4 July 2012

PM BELI PENTHOUSE $100 JUTA DOLAR....???!!!


New York – Akhirnya identiti pembeli misteri penthouse yang paling mahal di kota raya ini yang berharga  $100 juta telah dikenal pasti dan beliau adalah Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim.

Beliau telah membeli penthouse dikenali One57,  yang berkeluasan 10,923 kaki persegi itu pada bulan lepas tanpa melihatnya langsung.
Bangunan itu kini masih dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya tahun depan.
Penthouse yang terletak di tingkat 89 dan 90 itu, mempunyai sekurang-kurangnya lima bilik tidur serta mengadap pemandangan pencakar langit Manhattan.
Terletak di 157 West 57th street,  One57 bakal menjadi bangunan kediaman paling tinggi di New York.


Dalam masa sama, jutawan tersebut yang mempunyai dua isteri dan 15 orang anak, dilaporkan sedang berbincang untuk membeli empat hartanah lain di Midtown yang dianggarkan bernilai $250 juta.
Perkara berkenaan disahkan oleh pemaju One57, Extell’s Gary Barnett, pada 18 Mei lalu.
Beliau sebelum ini enggan mendedahkan identiti pembeli terbabit sebaliknya hanya menyatakan jutawan itu dikenali sebagai Al-Thani, yang juga berminat untuk membeli satu unit apartment di Winter Garden.
Al-Thani meletakkan bidaan antara $90 juta hingga $100 juta selepas gagal mendapat dua unit apartment di Fifth Avenue walaupun telah membidanya pada harga $31.5 juta.
Kegagalan itu disebabkan terdapat laporan Al-Thani, yang memiliki keluarga besar itu akan merobohkan dua tingkat apartmen itu menjadi satu.
Selain itu, pihak pemaju juga bimbang beliau merupakan pemimpin negara asing dan pastinya mempunyai imuniti diplomatik di New York.

PM Qatar Beli Penhouse


No comments: