Wednesday 4 July 2012

PEREKA KERETA FERRARI MENINGGAL DUNIA...

Sergio Pininfarina menghadiri salah satu pameran kereta antarabangsa di Eropah. - AGENSI

ROM  - Pereka kereta terkenal Itali, Sergio Pininfarina yang bertanggungjawab mereka bentuk kereta Ferrari dan beberapa buah kereta sport lain dilaporkan meninggal dunia, semalam.

Menurut agensi berita Itali, ANSA, Pininfarina dilaporkan sakit sejak sekian lama dan meninggal dunia ketika berusia 85 tahun.

Pininfarina dilahirkan di Turin pada 8 September 1926. Dia mula mengambil alih syarikat reka bentuk yang diasaskan oleh bapanya Battista "Pinin" di Carrozzeria setelah bapanya meninggal dunia pada 1966.

Sepanjang kerjayanya menyelia banyak rekaan (terutamanya Ferrari) sehingga menjadi terkenal.

Pada 1960, beliau menggambil nama gelarannya bapanya 'Pinin'.

Pada 2005, beliau dipilih menjadi Senator seumur hidup oleh Presiden Itali, Carlo Azeglio Ciamp. - dpa

No comments: