Wednesday 4 July 2012

UNTUK RAKYAT PERAK : REZEKI UNTUK PENIAGA BAZAR SEPANJANG BULAN RAMADHAN....





Kerajaan Perak sekali lagi melaksanakan pengecualian bagi lesen perniagaan di bazar-bazar sepanjang bulan Ramadhan.
Dasar yang telah dimulakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sejak tahun lalu itu ternyata telah memberi impak besar kepada peniaga apatah lagi pada musim Ramadhan.
Zambry ketika ditemui memberitahu, bagi melaksanakan pengecualian itu kerajaan negeri sanggup menanggung kos yang selama ini ditanggung oleh pemohon untuk mendapatkan lesen.
“Ini adalah berita baik kepada para peniaga, kita dah laksana tahun lalu dan tidak salah untuk kerajaan negeri mengaplikasikan dasar yang baik ini sekali lagi.
“Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini…kerajaan negeri membuat keputusan berkenaan supaya perniaga bazar dapat menerima hasil yang berbaloi.
“Jadi ini kita anggap sebagai berita baik kepada peniaga di seluruh Perak dan ia dapat meringankan bebanan mereka untuk menanggung kos permohonan lesen terbabit,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di pejabatnya petang tadi.
Tahun lalu, berita baik ini telah memberi kesenangan kepada perniagaan makanan diseluruh Perak dimana ia melibatkan 15 Majlis daerah dan perbandaran. 

No comments: