Friday 8 June 2012

RANGKA PONTIANAK DI TEMUI...???

Rangka puntianak ditemui di Bulgaria
Ahli arkeologi mendakwa kedua-dua rangka ini ditikam dengan besi kerana khuatir
ia akan bertukar menjadi pontianak.

SOFIA - Ahli arkeologi di Bulgaria menemui dua rangka ditikam dengan batang besi dipercayai pontianak dari Zaman Pertengahan di sebuah kawasan perkuburan lama di bandar Laut Hitam, Sozopol.

Ketua Muzium Kebangsaan, Bozhidar Dimitrov berkata, penemuan rangka itu menunjukkan penduduk kampung pada masa tersebut sehingga awal abad ke-20 sangat percaya dengan kewujudan pontianak.

Menurut kepercayaan mereka, mana-mana individu yang berkelakuan jahat semasa hayat mereka mungkin akan bertukar menjadi puntianak jika dada mereka tidak ditikam dengan batang kayu atau besi semasa proses pengebumian.

"Ia adalah amalan biasa kerana hasil kajian kami mendapati kira-kira 100 cara pengebumian sama telah ditemui di negara ini," kata Dmitrov lagi.

No comments: