Friday 8 June 2012

ANWAR IBRAHIM MERAUNG-RAUNG PEMBEKUAN PTPTN DITARIK BALIK...


Pengurusan UniSEL telah berbincang dengan PTPTN pagi Jumaat dan membuat keputusan untuk membatalkan pembekuan pinjaman PTPTN keatas pelajar Unisel dan juga KUIS.

Pertemuan berkenaan diadakan di ibupejabat PTPTN antara Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan dengan Pemangku Naib Canselor Unisel,  Prof Dr Anuar Ahmad.

Sementara itu, seorang pegawai tinggi PTPTN ketika menjawab SMS daripada wartawan Malaysiakini, mengesahkan keputusan menarik balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan KUIS.

"Pejabat menteri pagi ini telah mengeluarkan surat (supaya) pinjaman PTPTN diteruskan kepada UniSEL dan KUIS," katanya yang tidak mahu namanya disebut.

"Eloknya hubungi pejabat YB Menteri," katanya dalam SMS tersebut.

Pegawai berkenaan berkata siswa telah boleh membuat permohonan pinjaman tersebut bermula malam ini.


Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, kemudahan PTPTN yang disekat terhadap Unisel telah ditarik balik ekoran ketidakmampuan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi pendidikan percuma di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) itu.

"Betul (PTPTN telah menarik balik sekatan)," kata beliau dalam kenyataan ringkas menerusi SMS kepada Sinar Harian Online sebentar tadi.

"Kerajaan Negeri Selangor dilihat belum berkemampuan untuk memberi pendidikan percuma yang diuar-uarkan mereka sebelum ini," katanya lagi.

Dengan berita ini, adakah Khalid Ibrahim masih akan melaksanakan hasrat “mengapungkan hartanah UniSEL>” untuk mendapatkan RM30 juta.
  
Sumber Mkini & AgendaDaily & SinarHarian.

No comments: