Saturday, 5 May 2012

EKSKLUSIF!!! HADI AWANG : ISLAM BUKAN AGAMA RASMI NEGARA JIKA PR MEMERINTAH!!! KARPAL SINGH TIDAK SETUJU!!!


PRESIDEN PAS, Hadi Awang nampaknya ingin terus bermain dengan kata-kata dengan menggunakan ‘Islam’ sebagai kata dasarnya.
Jika sebelum ini PAS ingin menubuhkan Negara Islam tetapi kemudiannya digugurkan dan ingin menubuhkan Negara Kebajikan seolah-olah di dalam Islam tidak terdapat kebajikan, maka kali ini, Hadi bukan sahaja ingin menukar terma tetapi ingin membuang terus ‘Islam’ dari Perlembagaan jika Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah negara ini.
Menurut Hadi Awang, ketika merasmikan mesyuarat tahunan Pemuda Pas Terengganu di Kampung Kubang Lembek baru-baru ini, “sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Perlembagaan Persekutuan akan diubah dan Islam tidak lagi akan dijadikan agama rasmi tetapi akan dijadikan ‘cara hidup’”.
Menurut beliau, meletakkan Islam sebagai ‘agama’ di dalam perlembagaan adalah tidak wajar kerana agama hanya merupakan kepercayaan seperti yang dipegang oleh Barat iaitu hubungan antara manusia dan Tuhan, tetapi tidak mengambilnya sebagai ‘cara hidup’.
Bagaimanapun, untuk kesekian kalinya, Hadi Awang ditempelak lagi oleh Karpal Singh yang menganggap cadangan Hadi Awang itu sebagai satu tindakan yang tidak tepat.
Menurut Karpal, “Islam telah diterima di peringkat antarabangsa sebagai agama sejak sekian lama dan Suruhanjaya Reid pasti telah mengambilkira dan mempertimbangkan perkara itu sebelum memasukkannya di dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan.”
Karpal juga menegaskan bahawa cadangan itu adalah kenyataan peribadi Hadi dan bukannya pendirian Pakatan Rakyat malah Hadi juga tidak pernah berbincang dengan mana-mana sekutu Pakatan Rakyat mengenai perkara ini.
Kita faham bahawa Hadi ingin sangat mengambil hati DAP dan PKR dan ingin sangat dilihat sebagai seorang yang berfikiran terbuka agar dapat ‘diterima’ sebagai setaraf dengan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR.
Selama ini, Hadi dilihat sebagai pak turut dan tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya dari ‘rakan sejawat’ dalam PR.
Mungkin kerana itulah, beliau sanggup membuang kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
Namun, keterbukaan yang cuba ditonjolkan Hadi nampaknya tidak menjadi kerana ia dilihat sebagai ancaman pula oleh Karpal yang mewakili DAP.
Karpal nampaknya dapat melihat kehadapan, di mana sekiranya Islam dijadikan cara hidup, maka orang Cina dan India pasti akan diharamkan dari minum arak dan berjudi serta tentunya tiada lagi jualan makanan tidak halal di seluruh Malaysia.
Sedangkan, arak dan judi dan daging khinzir sudah menjadi sebahagian dari ‘cara hidup’ mereka.
Ini bukan kali pertama PAS membuat kenyataan yang bertentangan dengan aspirasi Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, isu hudud, arak, judi, Negara Islam dan banyak lagi hukum hakam agama dijadikan isu dan perdebatan antara PAS dengan DAP.
Dan seperti yang kita sedia maklum, dalam semua isu, PAS telah mengalah kepada DAP.
Cadangan Hadi untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup itu sebenarnya baik.
Tetapi, antara mengamalkan Islam sebagai cara hidup dan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara adalah dua perkara yang berlainan sama sekali.
Andainya Islam tidak tertulis secara sah di dalam perlembagaan sebagai agama rasmi, maka bagaimana kita hendak menjustifikasikan undang-undang menghalang agama lain berdakwah kepada orang Islam?
Dan di manakah kedudukan kita jika terdapat usaha melarang laungan azan di masjid-masjid?
Bagaimana pula dengan kuasa untuk memastikan tanda ‘halal’ atau ‘tidak halal’ dipaparkan sewajarnya di kedai-kedai yang menjual makanan?
Hadi mungkin berhujah bahawa halal atau tidak halal tidak lagi menjadi isu jika Islam dijadikan addin dan bukan sekadar agama di Malaysia.
Namun, bukankah Islam juga menyatakan secara tegas akan hak bukan Islam untuk hidup dengan caranya?   Cara hidup Islam juga bermakna kita tidak boleh memaksa mereka untuk melakukan sesuatu semata-mata untuk menepati kehendak Islam.
Justeru, jika Islam tidak termaktub sebagai agama rasmi negara ini, di manakah hak dan kuasa kita untuk menuntut bukan Islam menitikberatkan soal tanda ‘halal’ dan ‘tidak halal’ dalam produk mereka?
Sungguh kita tidak faham kenapa seorang Presiden parti Islam sanggup mencadangkan sesuatu yang boleh merugikan umat Islam.
Satu-satunya penjelasan yang ada ialah beliau tidak berfikiran jauh dan tidak mampu menganalisa implikasi daripada cadangan yang beliau kemukakan.
Atau mungkinkah beliau sudah mula terpengaruh dengan fahaman pluralis yang menerima semua agama sebagai sama?
- BERUANG BIRU

No comments: