Saturday, 5 May 2012

ADUN DAP BERTWEET DAN MAIN FB!! NYAWA KANAK2 JADI TARUHAN DEMO JALANAN..!!!



Sidang Dun Mac 2012

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh (DAP) sedang melayan facebook ketika dewan bersidang

Cogankata blog Adun Subang Jaya
“It’s the fight for righteousness,” kata tweet DAPSubangJaya (screenshot atas) yang juga dikenali sebagai Warta Hannah Yeoh.
Pembangkang menggambarkan diri mereka di pihak yang benar dan bersifat “passionate and brave” (lihat screenshot bawah) manakala kerajaan digambarkan sebagai menzalimi rakyat.

Kanak-kanak di Bersih 3.0

Gambar-gambar ehsan Facebook Tan Keng Liang
Lihat laporan Australia Network News (ANN, video bawah, minit 0:09) di mana seorang peserta wanita India yang diwawancara stesyen TV itu berkata dalam nada marah sekali:
“I saw children suffocating, asking for breath because they couldn’t breathe. They shot teargas on children.”
(Seorang kanak-kanak kelihatan seolah-olah terkena gas pemedih mata dalam minit 0:17 video, bawah)
Kenapa hendak bawa kanak-kanak menghadiri demo di mana sudah dijangka rusuhan akan berlaku? Malah naib pengerusi DAP Tunku Aziz telah pun memberi amaran bahawa keganasan mungkin bakal berlaku.
Sekarang Hannah Yeoh ada DUA! saluran Twitter dengan baru munculnya DAPSubangJaya untuk menyebarkan mesej bencinya.
Dari 44,400 orang pengikut Twitter, disasarkan pula 88,800 orang Yeopies nanti lah. Puak evangelis cukup mahir dalam kerja MLM (multi-level marketing) dan maklum juga, pembantu khas yang digaji Hannah begitu ramai. Sebiji macampejabat ketua menteri Pulau Pinang yang penuh dengan pegawai-pegawai media dan para petugas bahagian komunikasi.
Dah lah ibubapa tidak bertanggungjawab, Adun DAP yang kononnya seorang penggubal undang-undang di DUN (Dewan Undangan Negeri) pun dua kali lima.
Tidakkah Hannah menyedari bahawa ianya menyalahi undang-undang (Akta Perhimpunan Aman 2011) untuk membawa kanak-kanak ke demo? Kenapa dia tak tegur?
Tweet dan retweet Hannah Yeoh menyuluh sinaran cahaya ke atas motif sebalik Bersih (screenshot bawah) — “Bersih 3.0 adalah mimpi ngeri bagi politikus BN”
Hannah men-retweet rencana Dr Goh Chee Leong yang berkata:
“Photos like [those showing "300,000 yellow shirts flooding the independence square"] that can stir and persuade even more people to join the movement. It’s a social contagion that can spread like wildfire. This close to the election, BN cannot afford a shift of momentum like that.”
Dr Goh ialah seorang Kristian yang bertemu ramai rakan-rakan segerejanya di Bersih 3.0 serta, “I saw whole churches with their pastors who had organised group outings for this”.
Hannah, yang telah memperli Joceline Tan (The Star) dalam retweetnya sebelum ini, kini men-retweet kritikan seorang penulis kolum The Malaysian Insider (Hafiz,bawah) terhadap Utusan.
Hannah menuduh media arus perdana sebagai “menghasilkan fitnah setiap hari dan memprovokasi ketegangan kaum”.
Political heroine” tersebut nampaknya macam lupa yang dia sendiri sedangdisiasat polis atas dakwaan memfitnah Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Dia juga membalas tweet dengan Azmin Ali tentang “politik longkang” yang dipraktikkan oleh media arus perdana. Azmin berpendapat Hannah “begitu berani dalam perjuangannya menyelamatkan rakyat dan negara”.

Tweet dan reweet Hannah Yeoh

Gambar peserta rombongan Himpunan Hijau mengalami kesan gas pemedih mata yang ditweet Hannah
Lihat video ANN seorang lagi peserta Cina yang begitu marah kerana terkena gas pemedih mata (minit 0:19):
“They fire a shot at us and then instead of saying sorry [so that] we know it was accidental shot, they shot some more. Okay we was about to talk, and then make peace and negotiate and they shot at us”.
Percaturan politikus pembangkang ialah supaya menaikkan amarah golongan muda-mudi.

CER TENG0K SINI :

No comments: