Wednesday 25 April 2012

SIAPAKAH ATLET NEGARA YANG AKAN RAIH RM 1 JUTA...???

RM1 Juta Menanti Atlet Negara Pertama Dapat Pingat Emas Olimpik!

Sebuah syarikat swasta sanggup menyumbang RM1 juta kepada atlet negara yang meraih emas pertama dalam kejohanan Olimpik London, Julai ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Seu yang mengumumkan perkara itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti syarikat tersebut buat masa ini.
Menurut beliau, perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dan belum ada keputusan rasmi mengenainya.
“Saya harap lebih banyak lagi pihak terutamanya syarikat swasta tampil untuk memberi sumbangan.
“Bukan saja untuk ganjaran pingat emas Olimpik. tetapi juga sebagai penaja kepada program pembangunan sukan yang dijalankan kerajaan,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian rancangan televisyen ”Jejak ke London” di Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini hari ini.
Kerajaan sebelum ini turut mengumumkan ganjaran RM1 juta kepada atlet negara yang meraih emas pertama Olimpik.
Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong dan atlet ke London iaitu ratu terjun, Pandelela Rinong; rakan sepasukan Bryan Nickson Lomas serta atlet memanah, Cheng Chu Sian. - BERNAMA

No comments: