Sebuah blog yang dinamakan sebagai Batu Gajah Mari Online telah memaparkan satu posting yang bersifat menghina yang keterlaluan. Blog itu juga berniat jahat untuk menjatuhkan kredibiliti YB Dato Hamidah Osman sebagai Adun Sungai rapat dan Exco kanan.
Blog ini adalah dimiliki oleh YDP Pas Batu Gajah Haji Ismail. Sebagai seorang Islam YDP Batu Gajah Haji Ismail sepatutnya tidak boleh mengeluarkan posting yang berunsur fitnah yang melibatkan makanan haram seperti babi dan perbuatan yang melanggar ajaran Agama Islam. Dengan tanpa usul periksa beliau terus menuduh YB Dato Hamidah membuat program tersebut.
Gambar di atas adalah YDP Pas Haji Ismail yang juga bekerja sebagai pengurus di Bank Simpanan Nasional Batu Gajah sepatutnya tahu lunas-lunas Islam, had-had yang boleh dipolitikkan. Walaupun beliau dilihat cuba mempertahankan kerajaan Rejim DAP tidak semestinya beliau sanggup menghina sesama Islam.
Menurut sumber dalaman Haji Ismail inilah yang merancang untuk bertempur dengan polis semasa majlis mengangkat sumpah di Istana Bukit Chandan ketika kejatuhan Rejim DAP. Beliau mengarahkan supaya penyokong Pas tidur dihadapan kereta Raja Muda dan Sultan Perak.
Sebagai seorang yang sentiasa berkopiah putih dan imej nampak baik tidak sepatutnya Haji Ismail bersifat kurang ajar dan biadap dalam memaparkan satu artikel yang menghina terhadap YB Dato Hamidah Osman dengan hanya niat untuk menjatuhkan maruah sesama Islam.
Entah apa yang diberikan oleh pemimpin DAP sehingga Haji Ismail sanggup menghina sesama Islam.
Kejadian yang berlaku di Desa pakatan tidak kena mengena dengan YB Dato Hamidah apatah lagi untuk menyajikan benda-benda yang haram itu.
Gambar di atas pula adalah budak upahan Haji Ismail yang sentiasa membuat kerja-kerja skodeng untuk Haji Ismail. Tohmahan dan fitnah yang dibuat oleh YDP Pas Batu Gajah wajar dijadikan ukuran adakah masyarakat mahu menerima pemimpin parti yang bersifat kurang ajar sebegini.
Sungai Rapat Online
No comments:
Post a Comment