Wednesday, 25 April 2012

HALAL BELAKA BUAT PAS..!!!


JANGAN BETULKAN SCREEN ANDA, PERCAYALAH APA YANG ANDA SEDANG LIHAT


MELALUI Dataran Merdeka dan melihat beberapa khemah yang didirikan 
di hujung dataran berdekatan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Teringin menyelami rintihan pembantah-pembantah Perbadanan Tabung 
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini, lantas menarik kami meletakkan 
kereta di bangunan Daya Bumi menuju ke sana.

Tidak ramai kalangan para pembantah ini. Cuma kira-kira 20 orang. 
Tambah memeranjatkan kami, pelajar cuma beberapa kerat. Yang
banyaknya adalah kumpulan dewasa termasuklah beberapa individu 
yang berusia sekitar 60 tahun - lebih layak digelar warga emas.

Lihat video di bawah. Seorang cina PKR dari Penang main solat-solat.



Apa yang dibuat mereka di sini? Meninjau-ninjau sebentar, ternampaklah 
kelibat Adam Adli Abdul Halim, 'hero kampus' kononnya. Mukanya sembab, 
mata merah... tidak cukup tidur barangkali. Apabila ditujah soalan oleh 
salah seorang daripada kami tentang hasil yang mereka boleh dapat 
daripada pemansuhan PTPTN ini, Adam yang telah digantung pengajian  
dari UPSI ini enggan bersuara.
Dia seakan-akan cuak dengan kami. Dia memberi alasan 'banyak kerja' 
dengan sibuk menyusun botol-botol minuman yang sebenarnya telah pun 
tersusun dengan elok di tepi sebuah khemah. 
Memerhatikan sekeliling, keadaannya kotor sekali. 
Bekas-bekas bungkusan polistren makanan berselerakan. 
Kata mereka, bila waktu mandi, turunlah ke tandas di bawah Dataran 
Merdeka. 
Hampir sejam di situ, kami mula berasa tidak selesa. 
Cuaca pula panas terik.



Kelihatan di situ, beberapa pelajar bebas bergaul bebas antara lelaki dan 
perempuan.

Jumlah anggota kumpulan dari kalangan kaum Cina ketika itu lebih ramai 
berbanding Melayu. Tidak kelihatan pun pelajar atau orang dewasa 
kaum India.

Tertanya-tanya kami siapa agaknya dalang di sebalik khemah-khemah itu 
sehingga ada mahasiswa yang sanggup berpanas dan berhujan sedangkan 
rakan-rakan sebaya mereka sedang bertungkus lumus mengulang kaji 
pelajaran bagi menghabiskan pengajian.

Sudah tentu tidak menghairankan kebanyakan mereka di situ merupakan 
mahasiswa yang mendapat keputusan rendah atau corot.

Sedang memerhatikan lagi gelagat mereka, salah seorang pelajar 
memperkenalkan diri sebagai Din dari UPSI memberitahu, mereka sendiri 
tidak tahu sampai bila akan berada di Dataran Merdeka.

''Kita akan berada di sini sampai sudah bosan. Bila dah bosan kita balik. 
Duduk lama-lama pun tak guna dan memenatkan sebab panas, lebih-lebih 
lagi kalau duduk di dalam khemah waktu tengah hari," katanya.



Seorang lelaki dalam usia 60-an yang katanya dari Melaka memberitahu 
kami: ''Ah, hapuskan sahaja PTPTN, duit Petronas kan ada."

Lelaki ini dalam aksinya berjubah hijau seolah-olah menjadi pengawal 
di situ yang turut menimbulkan tanda tanya daripada orang ramai yang 
lalu lalang kerana dia bukannya muda lagi.

Kami kemudian meninggalkan Dataran Merdeka menuju ke masjid 
berdekatan. Dan kelmarin, kami dikhabarkan Dataran Merdeka tidak ada 
lagi kelibat kumpulan terbabit.

Syabas diucapkan kepada pasukan penguat kuasa DBKL yang begitu tegas 
menanggalkan khemah-khemah pelajar dan kumpulan terbabit.

Sebenarnya, kalau daripada pengamatan mata kasar, manfaat PTPTN 
banyak menguntungkan pelajar Melayu. Namun jika dikaji secara berfakta, 
faedahnya begitu mencurah- curah kepada pelajar bukan Melayu. 
Ini kerana sehingga 29 Februari lalu, seramai 11,764 peminjam/penerima 
biaya PTPTN telah diluluskan pengecualian bayaran balik 
pinjaman/pembiayaan pendidikan kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda 
Kelas Pertama atau setaraf dengannya. Ia melibatkan jumlah pelupusan 
pembiayaan pendidikan sebanyak RM339.07 juta.

Kalau dilihat rekod peminjam yang diluluskan pengecualian bayaran 
balik mengikut kaum setakat ini, sejumlah 2,347 orang adalah pelajar 
Melayu dengan amaun RM47. 2 juta. 
Tetapi pelajar Cina, bilangannya ialah 8,818 orang dengan amaun 
pengecualian bayar balik PTPTN RM274.2 juta. Inilah hakikatnya.

Rekod pelajar Cina di universiti ialah mereka fokus kepada pembelajaran. 
Mereka sedar harapan menggunung ibu bapa. Mereka tahu jika tak 
memperoleh CGPA yang baik, sukarlah untuk mencari kerja yang baik dan 
lumayan gajinya.

Pada awal 1990-an, pendidikan merupakan sesuatu yang 'mahal' kerana 
pada era itu tidak ramai yang mampu untuk melanjutkan pengajian ke 
tahap tertinggi.

Jika tidak ada biasiswa atau tajaan, harapan seseorang khususnya 
orang Melayu dan bumiputera untuk melanjutkan pengajian ke peringkat 
lebih tinggi amat tipis sekali.

Kemudian apabila PTPTN ditubuhkan bagi memberikan pinjaman kepada 
semua kaum di negara ini, berduyun-duyunlah anak Malaysia tanpa 
mengira keturunan dapat melanjutkan pengajian ke peringkat 
Ijazah Sarjana Muda.

Bagi Pensyarah Perhubungan Antarabangsa Sekolah Sains Sosial Universiti 
Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya. Dr. Mohd. Noor Yazid, Perkara 153 
Perlembagaan Persekutuan telah menjelaskan bagaimana Kerajaan 
Pusat perlu melindungi kepentingan kedudukan keistimewaan orang 
Melayu dan penduduk asal Malaysia yang secara kumpulannya dirujuk 
sebagai bumiputera.

''Itu termasuklah kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, 
biasiswa dan pendidikan awam yang dalam hal biasiswa kepada 
bumiputera seperti sudah diliberalkan," tegasnya.

Jelasnya, jika mahu memansuhkan PTPTN, ia bermakna setiap bumiputera 
perlu diberikan biasiswa sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam 
Perlembagaan.

"Pada era Allahyarham (Perdana Menteri kedua) Tun Abdul Razak Hussein 
dulu perkara itu telah dilaksanakan dan mungkin bagi memberi keadilan 
saksama kepada kaum- kaum lain, PTPTN diperkenalkan bagi memberi 
kemudahan pinjaman pengajian di peringkat universiti. "Tapi malangnya, 
ada pihak cuba mempolitikkan isu ini," katanya.

Meninggalkan Dataran Merdeka Jumaat lalu, kami berkongsi pengalaman 
memikirkan apa sebenarnya matlamat segelintir pelajar terbabit 
menyuarakan bantahan terhadap PTPTN.

Kami pernah berada di universiti sekitar era 90-an. Dan ketika itu kami 
memang 'dahagakan' PTPTN - di sebalik kesedaran tinggi akan harapan 
menggunung ibu bapa yang hidupnya susah untuk melihat anaknya meraih 
segulung ijazah.

Sumber : www.utusan.com.my
Penulis : ZULKIFLI JALIL dan TERMIZI CHE ANUAR

No comments: