Penulis blog sekupangduas Ahmad Sofian Yahya, mengotakan kata-katanya dengan hadir di pejabat DAP negeri Perak untuk menerima sendiri surat saman daripada Setiausaha Agung DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung dakwaan salah laku pemimpin itu.
Bagaimanapun, hasrat Ahmad Sofian, 47, yang tiba kira-kira pukul 10 pagi untuk bersemuka dengan Kor Ming tidak kesampaian apabila Ahli Parlimen Taiping itu tidak muncul.
Sebaliknya, hanya Naib Setiausaha Eksekutif DAP, Siew Lee Wah yang hadir untuk mendapatkan butiran diri Ahmad Sofian sambil memberitahu, Kor Ming tidak berada di bandar raya itu buat sementara waktu.
Lee Wah bagaimanapun mengesahkan, Kor Ming mengetahui mengenai hasrat Ahmad Sofian untuk datang bersemuka dengannya hari ini selepas membaca entri terbaru penulis blog itu semalam.
BACA SETERUSNYA.... DI SINI
APA KOMEN DARI TUAN PUNYA BLOG ITU SENDIRI.....
TEMAN DAH TUNGGU, NGA TAK PERLU KECOH LAGI
Tak Sempat Minum... tu yg Ta Pau TEH TARIK (Ihsan AP) |
SALAM PERJUANGAN, Teman dah tunggu tapi Nga ko meng tak hadir, Jadi tak payah kecoh lagi untuk mendapat perhatian ramai maupun penyokong, Orang DAP dah mintak Nama, Alamat, KP dan nombor Talipon teman. Biar berapa banyak lawyer diupah untuk menyaman teman tak payah kecoh, bising dan buat macam-macam statement. Tak kan tak reti nak pos lagi...
SETERUSNYA.... DI SINI
No comments:
Post a Comment