Thursday 29 December 2011

SADIS TERKINI...!!!!!!!!!!! ( PART 1 )

1.  Mayat Putus Diisi Dalam Beberapa Plastik



TAIPING  – Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam mesin pengisar tandan kelapa sawit di sebuah kilang di Kampung Padang Gajah, di sini semalam.
Lebih malang, mayatnya terpaksa diangkat dan dimasukkan ke dalam beberapa beg plastik kerana keseluruhan badannya hancur.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah berkata, mangsa, Shuhaimi Mohamad Ariffin, 38, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh bahagian badan.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa dipercayai telah menutup suis mesin berkenaan untuk dicuci.
“Bagaimanapun, secara tiba-tiba mesin berkenaan bergerak dan menyebabkan mangsa tergelincir lalu jatuh ke dalam mesin tersebut.
“Hanya mangsa berada di dalam kilang ketika kejadian sebelum disedari rakan sekerja mangsa yang berada di luar kilang yang mendengar jeritannya,” katanya.
Yusof berkata, difahamkan seorang pekerja warga Bangladesh cuba memberhentikan mesin untuk menarik mangsa keluar tetapi gagal.
Beliau berkata, mayat mangsa dikeluarkan pasukan jabatan bomba dan penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan.
Difahamkan, anggota bomba mengambil masa satu jam untuk keluarkan mayat mangsa yang hancur dalam mesin berkenaan.
“Mayat kemudian dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut,” katanya.
Sementara itu, abang mangsa, Azimi Mohamad Ariffin, 39, berkata, dia hanya mendapat tahu mengenai kejadian yang menimpa adiknya itu pagi tadi (semalam) selepas dimaklumkan penduduk kampung.
“Saya terus ke tempat kejadian untuk melihat keadaan adik, namun dia tidak dapat diselamatkan kerana mengalami kecederaan parah di seluruh badan,” katanya.
(Petikan: Sinar Harian)

2.  Lelaki Rantai 2 Anak Dalam Tandas


BUTTERWORTH — Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki mendera dua orang anaknya dengan mengikat kaki mereka dan mengurung kedua-duanya dalam bilik air di rumah mereka di Jalan Raja Uda di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, ACP Zulkifli Alias berkata, lelaki berusia 40-an itu telah mengikat kaki anak perempuannya berusia enam tahun dan anak lelaki berusia dua tahun itu dengan rantai besi sebelum keluar bekerja pada 3 petang semalam.
Dua beradik itu dipercayai berlapar lebih lima jam selepas bapa mereka keluar rumah di Taman Mawar di Raja Uda di sini.
Lelaki yang bekerja dengan sebuah syarikat penghantaran di sini, telah berpisah dengan isterinya seorang warga Thailand sejak sebulan lepas.
Zulkifli berkata, kedua-dua beradik itu ditemui dalam keadaan sangat letih kerana kelaparan dan mereka hanya memakai baju dan seluar dalam dengan kaki berantai besi.
“Siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak itu bertindak demikian kerana tidak mempunyai penjaga dan anaknya pula dikatakan nakal,” katanya.
Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak yang jika bersabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. — BERNAMA
 ~ Gambar Hiasan ~

3. Pegawai PTD Dituduh Pukul Suami

SEPANG — Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan bulan lepas.
Kamaliah Basir, 35, didakwa telah mendatangkan kecederaan kepada Zaihan Md Lani, 48, dengan menggunakan fail pejabat di bahagian badan semasa berada di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang, di sini, pada 12.45 tengah hari 3 Mac lalu.
BACA SETERUSNYA ...DI SINI

4.  Ibu Tunggal Bawa 3.9kg Syabu, di tahan

GEORGETOWN – Polis menahan seorang wanita tempatan dan merampas 3.7 kilogram dadah jenis syabu, bernilai kira-kira RM1 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini, semalam.
Ibu tunggal berusia 41 tahun yang berasal dari negeri ini dipercayai dijadikan keldai dadah oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan ditahan sebaik tiba di LTAPP pada jam 3 petang.
Sepasukan anggota polis Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya menahan wanita itu hasil siasatan susulan terhadap dua warga Nigeria yang ditahan kerana memiliki dadah di Kuala Lumpur beberapa jam sebelum itu.
Hasil pemeriksaan terhadap wanita itu yang tiba dari Kuala Lumpur, polis menemui dadah tersebut yang disembunyikan di dalam beg pakaiannya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kes itu.
Beliau berkata, wanita itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA
***Inilah dunia akhir zaman.....manusia seolah-olah hilang kewarasan akal fikiran....

No comments: