Dalam ucapan perasmian Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di PWTC semalam, DS Najib Razak menyentuh mengenai winable candidates yang akan dipilih sebagai calon PRU13 nanti - salah satu bonus pointnya adalah aktif dalam media sosial. DS Najib memberi contoh dirinya sendiri yang berhubung secara langsung dengan rakyat jelata menggunakan Facebook & Twitter.
Seperti kita sedia tahu pemimpin2 UMNO/BN memang ketinggalan jauh dalam penggunaan media sosial jika dibandingkan dengan pemimpin2 PR. Jangan kata nak tulis blog untuk meluahkan pandangan peribadi, nak tweet pun tak reti - walau pakai handphone mahal2 & kendong iPad ke merata tempat.
Gua sokong 101% usul DS Najib dan harapnya selepas ini pemimpin2 UMNO/BN akan lebih peka dengan pengaruh media sosial & intenet terutamanya untuk meraih sokongan dari generasi muda! Kerajaan, penggiat2 media sosial & pejuang2 maya proBN pula haruslah sentiasa menancap di dada 10 resolusi yang dibacakan oleh Dr.MIM pada pagi semalam...
10 Resolusi Yang Dibentang dan Dipersembahkan Kepada Perdana Menteri Sempena KMS1MCREDIT TO : tinggalkan satu peluru
1. Menggesa agar hala tuju dan pelan komunikasi yang tersusun dirangka dengan baik supaya setiap isu dapat dijelaskan dengan lebih terperinci.
2. Mencadangkan agar sebuah Bank Informasi dibangunkan bagi memudahkan penggiat media sosial untuk membuat rujukan dan berkongsi maklumat dengan mudah dan pantas agar dapat disebarkan kepada semua lapisan masyarakat.
3. Menubuhkan satu sekreteriat bagi menguruskan Bank Informasi dengan efisyen dan efektif
4. Menyarankan agar penglibatan golongan muda melalui pelbagai platform dalam program transformasi kerajaan dipertingkatkan bagi memberi mereka gambaran yang jelas apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan mereka dapat menjelaskannya di media sosial.
5. Menyatakan komitmen untuk mengadakan siri jelajah Media Sosial 1Malaysia ke seluruh negara sebagai satu langkah untuk mendekati penggiat media sosial dari setiap lapisan.
6. Mendesak agar pemimpin Barisan Nasional segera meningkatkan penglibatan di media sosial, memanfaatkan sepenuh medium ini untuk merasai denyut nadi rakyat serta memenangi hati mereka dan proaktif menyalurkan maklumat, memperjelas setiap isu dan dasar kerajaan.
7. Menyarankan agar Perdana Menteri, menjadikan penglibatan aktif dalam media sosial untuk seseorang dinamakan sebagai calon dalam pilihanraya.
8. Berikrar, akan bersatu hati dan bersungguh-sungguh membantu kerajaan, menyebarkan maklumat, menjelaskan isu, menegak kebenaran dan menangkis kepalsuan.
9. Menyeru kepada semua penggiat media sosial memberi sepenuh tumpuan dan kerjasama serta mengetepi dan mengelakkan perbalahan sesama sendiri.
10. Menggunakan media sosial secara bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment