Monday, 21 November 2011

HARUSSANI : MELAYU MENGEMIS DI NEGARA SENDIRI



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa sedih mengenangkan nasib bangsa sendiri yang mengemis dalam segala hal kepada bangsa asing tanah air sendiri.
Menurut beliau, dalam politik, orang Melayu berpecah dan dalam masa yang sama menyerang sesama sendiri untuk menegakkan kebenaran masing-masing yang belum tentu kesahihannya.
“Begitu juga dalam konteks budaya serta hak istimewa orang Melayu, entah apa yang tinggal lagi manakala ekonomi pula, orang Melayu jauh ketinggalan, berada pada takuk lama dek kerana kerakusan.
“Sepatutnya orang Melayu mempunyai harta dan pelbagai keistimewaan bersesuaian dengan status sebagai negara sendiri tetapi malangnya mereka menjadi pengemis dalam segala hal.,” katanya pada Forum Titah Raja Muda Perak di Kongres Majlis Agama Islam Negeri-negeri Seluruh Malaysia 2011, di Dewan Bankuet, Bangunan SUK, Ahad.
Tegas Harussani, undang-undang pentadbiran Islam di negara ini juga seolah-olah meletakkan orang Melayu sebagai warganegara kelas kedua kerana orang bukan Islam tidak boleh didakwa walaupun melakukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.
“Kita perlu perbetulkan perkara ini. Saya telah membuat teguran mengenai perkara ini sejak 1978 lagi tetapi tiada apa pun yang dibuat untuk memperbetulkannya.
Orang Melayu terutamanya wakil rakyat di Parlimen dan Dun boleh memainkan peranan untuk memperbetulkan keadaan dengan memperkasakan tujuh wasiat raja-raja Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
>>>   PERAK TODAY   <<<

No comments: