Monday, 21 November 2011

SIDANG DUN PERAK KE-12 : PEMBANGKANG EKSPLOITASI PIHAK TERTENTU BUAT DEMONSTRASI...!!!...



Hari pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-12 dicemari dengan demonstrasi tuntutan tanah rizab kerajaan negeri di Chemor di mana terletaknya Kuil Dewa Sri Mamaratha Muniswarar. Tapak tanah berkenaan sebelum ini diminta untuk dikosongkan oleh pemaju bagi tujuan-tujuan pembangunan.
Yang menjadi persoalannya adalah tapak tanah berkenaan merupakan tanah kerajaan dan selama ini telah digunakan oleh pihak kuil, jadi tidak ada salahnya untuk tanah itu diambil balik. Apa yang menjadi isunya adalah masalah penganut agama India ini telah dieksploitasikan oleh pihak pembangkangLihatlah, awal-awal lagi, malah persidangan pun masih belum bermula ketika itu tetapi kekecohan dan huru hara telah berlaku. Ini sudah tentu akibat hasutan dari pihak pembangkang bagi tujuan mengganggu perjalanan persidangan kali ini.
Memang perkara biasa untuk setiap kali persidangan, pasti ada sahaja helah Pakatan Rakyat untuk menimbulkan kekecohan. Tidak dapat dinafikan, mereka ini cukup peka dan arif dalam soal memburuk-burukkan pentadbiran di bawah kepimpinan Barisan Nasional.
Mujurlah ada kawalan keselamatan dari pihak polis yang berjaya mententeramkan keadaan di persekitaran Bangunan SUK.
SUMBER : Perak Today

No comments: