YAB Datuk Amar Abg Hj. Abd. Rahman Zohari b. Tun Abg Hj. Openg datang daripada keluarga yang selalu ingin berjasa kepada tanah airnya. Hampir semua rakyat negeri Sarawak masih mengingati dan mengenali Tun Abang Haji Openg Abang Sapiee iaitu, Yang di-Pertua Negeri yang pertama yang juga ayahanda YAB Datuk Amar Abg Hj. Abd. Rahman Zohari.
MELAKA: Goldstar Express Sdn Bhd menafikan bas yang terlibat dalam kemalangan membabitkan 14 kematian di Pagoh, Johor, pada 24 Disember lepas adalah di bawah pengurusan syarikatnya.
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini memberi tempoh 2 minggu kepada Raja Petra meminta maaf, selepas artikel menuduh dia terlibat memastikan sabitan bersalah ke atas Si Ketua Penipu tu dalam kes liwat yang berakhir tahun lalu.
21/12/2016, KLIA2 - Penumpang pesawat AirAsia mengalami detik cemas apabila dua tayar pesawat yang mereka naiki pecah selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), pagi tadi.
KUALA PILAH : Sekian lama menjadi buruan, lelaki warga emas yang disyaki mengetuai ajaran sesat di negeri ini, Baharin Saleh, 89, atau lebih dikenali sebagai Pakcu Baharin ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), kelmarin.