Wednesday, 21 December 2016

1 MAUT DAN 3 PARAH - PESAWAT TUDM TERHEMPAS DI BUTTERWORTH


Sebuah pesawat Beechcraft King Air 200T milik TUDM terhempas di Pengkalan Udara TUDM dalam kejadian kira-kira 5.30 petang tadi di Butterwoth.

Pesawat berlepas dari Pengkalan TUDM Subang dan membawa tiga kru dikatakan terbabas ketika cuba mendarat di Pengkalan TUDM Butterworth.

Pesawat yang digunakan untuk rondaan maritim itu dilaporkan terbakar selepas terhempas.
Kebakaran pada pesawat dipadamkan pihak TUDM dan mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan.
Satu kenyataan dari TUDM mengesahkan seorang maut dan tiga lagi parah dalam kejadian terbabit.

Ini kenyataan rasmi:
“Seorang anak kapal dilaporkan meninggal dunia manakala tiga lagi anak kapal cedera dan telah dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Menurut TUDM juga, ahli keluarga mangsa terlibat telah dimaklumkan berkenaan kejadian.
Satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kejadian. - PENMERAHDOTCOM

Post a Comment