Friday, 20 January 2017

VIRAL VIDEO PEMANDU LORI DIBELASAH PEMILIK KERETA MERCEDES


GOMBAK, SELANGOR – Video rakaman seorang lelaki dipercayai pemandu lori dibelasah sekumpulan lelaki, viral di media sosial sejak semalam.
Video berdurasi hampir tiga minit itu menunjukkan mangsa dipukul bertubi-tubi oleh seorang lelaki berbaju hijau dan kepalanya disepak 12 kali sehingga terkulai layu.
video

Seorang lagi lelaki dipercayai rakan mangsa juga turut disepak namun berjaya melarikan diri dari kawasan kejadian di Atheneum Peak, Bukit Antarabangsa.
Kejadian tersebut berlaku pada 14 Januari lalu dan mangsa dibelasah oleh pengawal peribadi seorang lelaki berpangkat datuk kerana tergesel kereta milik orang kenamaan berkenaan.
[embedded content]Mangsa bersama rakan kerjanya dikatakan baru sahaja selesai menghantar barang di mini market kondominium tersebut. Semasa mahu berundur keluar dari parkir, lori tersebut telah melanggar bahagian hadapan kereta jenis Mercedez Benz tersebut.

Kemudian telah berlaku pertengkaran antara mangsa dan juga pemandu kereta tersebut. Satu pergelutan telah berlaku diantara kedua pemandu tersebut hingga menyebabkan 4 lelaki yang tidak dikenali telah masuk campur membelasah mangsa.
Report polis telah dibuat pada 15 Januari lalu oleh pengawal keselamatan terbabit namun difahamkan kes telah diselesaikan dengan baik diantara kedua belah pihak.

Post a Comment