Sunday, 15 September 2013

NAMA MELAYU DI KRISTIANKAN..........


Semasa membuat kajian dan penyelidikan berkenaan kes kalimah ALLAH, saya terfikir berkenaan bagaimana kalimah ALLAH boleh diguna oleh kristian. Saya perhatikan kaum barat ini suka menukar nama sesuatu atau seseorang yang kemudiannya bertukar menjadi sesuatu yang kadang-kadang langsung tidak ada makna, atau membawa makna yang sangat berbeza.

KONFLIK MNLF - 7 RAKYAT MALAYSIA DI ZAMBOANGA TERSELAMAT


KUALA LUMPUR - Kementerian Luar hari ini mengesahkan tujuh rakyat Malaysia yang dikesan berada di Zamboanga, Mindanao, Filipina ketika konflik bersenjata di wilayah itu Isnin lepas, selamat.

Menurut kenyataan Wisma Putra, dua daripada mereka dibawa keluar dari Zamboanga menerusi jalan darat kerana lapangan terbang di Zamboanga City ditutup kepada penerbangan komersial.

POLIS TEMBAK MATI ISTERI, BAPA MERTUA DAN DIRINYA SENDIRI

Polis tembak isteri, bapa mertua

SHAH ALAM - Seorang anggota polis yang dipercayai menghadapi sakit mental dilaporkan menembak isteri dan bapa mertuanya, malam tadi.

AWAS !!! SENARAI BARANGAN KEPERLUAN HARIAN ADA UNSUR BABI...........


Artikel ni dipetik dari sini...

Betul atau tidak kesahihannya.... wallahua'lam.... Jom kita ikuti butirannya..................
Diantara barangan yang ditegah umat Muslim memakannya kerana kehalalannya diragui....

Babi SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

2 PENJENAYAH DARI SARAWAK DIBURU POLIS


Hari ini sebuah Facebook Polis Sarawak mengeluarkan dua keping gambar penjenayah yang dikehendaki atas beberapa kes jenayah di kawasan Sibu dan Miri . 

Kedua - dua suspek adalah berketurunan Cina dan mereka dikatakan amat berbahaya kerana telah dipercayai terlibat dalam Kes Bunuh dan Cubaan Bunuh di Sibu serta Miri.

Saturday, 14 September 2013

DUTA LIBERTY FOR ALL, SUMBER KEKAYAAN AHMAD DHANI.....

Holland Taylor, CEO LibForAll (kiri), bersama Once vokalis Dewa (tengah) dan Ahmad Dhani (kanan), sedang menyusun lirik ke dalam bahasa Inggeris untuk lagu Laskar Cinta (“Warriors of Love”). Once adalah seorang Kristen manakala Ahmad Dhani adalah Muslim pro-Israel. Menurut Holand Taylor, lagu Laskar Cinta membawa mesej penting untuk menuetralkan kumpulan teroris Islam Indonesia. Kajian yang dibuat sebelum ini mendapati di Indonesia, kaedah yang paling berkesan untuk mempengaruhi rakyat Muslim adalah muzik, tetapi kaedah itu tidak sesuai di Malaysia. Kaedah yang paling berkesan di Malaysia adalah melalui pendekatan ilmu dengan menggunakan tokoh-tokoh orientalis
AIDCNews  – Anak lelaki kepada penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Abdul Qodir Jaelani cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Tol Jagorawi Bogor awal pagi Sabtu lalu.

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU 'ROH' UNTUK PERKASAKAN EKONOMI BUMIPUTERA


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tujuh Wasiat oleh Sembilan Raja-Raja Melayu sebagai sesuatu yang sangat jelas dan tidak boleh dipertikaikan.

"Wasiat ini sangat terang lagi bersuluh," kata Presiden Umno itu pada pelancaran agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pada pagi tadi.

Menjiwai pentingnya perjuangan Bumiputera, Najib memetik Tujuh Wasiat tersebut yang memperkenan perjanjian kemerdekaan untuk menubuhkan sebuah Persekutuan. Ucap beliau dengan lantang.....
"Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain," 

Najib berkata Wasiat itu telah menyatakan tentang ekuiti dan pemilikan orang Melayu dan kemudiannya diperluaskan kepada Bumiputera, melalui penyertaan Sabah dan Sarawak apabila Malaysia dibentuk 50 tahun lepas.

Najib yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan lima strategi utama bagi memperkasa Ekonomi Bumiputera, meliputi modal insan, pemilikan ekuiti, pemilikan aset bukan kewangan, keusahawanan dan penyampaian perkhidmatan.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet, ahli perniagaan Bumiputera, ahli akademik, dan ribuan penuntut di Dewan Agong Tuanku Canselor, Kampus Induk UiTM, di sini.

Katanya Bumiputera yang mewakili 67.9 peratus warganegara Malaysia seramai 27.4 juta orang, perlu menjadi teras kepada agenda nasional dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.

"Sesungguhnya, sebarang prakarsa (inisiatif) bersifat nasional yang tidak mengambil kira atau mengabaikan agenda Melayu serta Bumiputera, adalah tidak adil dan tidak saksama," katanya.

Sejak Merdeka, kata Perdana Menteri, semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan Bumiputera oleh pihak kerajaan telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat majmuk tersebut.

Secara prinsipnya, perkara dan amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat Malaysia, seperti dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas negara kita terdahulu. "Mereka dilindungi, dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui "Perkara 153, Perkara 160 kurungan 2, Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan a. Juga Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan b," kata Najib. BERNAMA

Teks Ucapan penuh Perdana Menteri pada majlis tersebut...... Klik Di Sini

34 Touch Points Permerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan PM.... KLIK DI SINI