Sunday, 15 September 2013

NAMA MELAYU DI KRISTIANKAN..........


Semasa membuat kajian dan penyelidikan berkenaan kes kalimah ALLAH, saya terfikir berkenaan bagaimana kalimah ALLAH boleh diguna oleh kristian. Saya perhatikan kaum barat ini suka menukar nama sesuatu atau seseorang yang kemudiannya bertukar menjadi sesuatu yang kadang-kadang langsung tidak ada makna, atau membawa makna yang sangat berbeza.


Pulau Pinang - mengambil sempena sebuah pulau yang banyak ditanam pokok pinang, ditukar kepada 'Penang'! Apa ke jadah makna Penang? Agaknya dema pening dengan sirih pinang kot?

Singapura - sebuah pulau yang ditemui oleh Sang Nila Utama, yang terjumpa dengan singa yang mendiami pulau tersebut, lalu dipanggil Pulau Singapura. Pura bermaksud Bandar, lalu menjadi Bandar Singa! Ditukar kepada Singapore - apa maksudnya kita pun tak tahu!

Manna-hata - sebuah pulau yang berbukit-bukit dengan pemandangan yang sangat menakjubkan. Ditukar menjadi Manhattan, New York. Apa maknanya kita pun tak tau, Man Hutan agaknya!

Kepulauan Sulu - sebuah penempatan umat Islam yang diperintah oleh Kesultanan Sulu. Hari ini ditukar nama menjadi Phillipine, mengambil sempena nama King Phillip II daripada Sepanyol setelah kepulauan itu dijajah oleh penjajah Sepanyol;

Alkebulan Ifriqiyah - sebuah benua yang luas yang namanya hari ini sudah tidak ada, sebaliknya dikenali sebagai benua Afrika setelah dinamakan oleh penjajah Roman!

Jabbal Tariq - sebuah gunong batu yang merupakan pintu masuk tentera Islam yang diketuai oleh panglima tentera Tariq Bin Ziyad. Barat menukar nama ini ke Gibraltar menyebabkan hilang sejarah Islam!

Ibnu Sinna - seorang pakar perubatan Islam yang mencipta kaedah perubatan moden. Namanya ditukar oleh penjajah barat kepada Aversenna sehingga hilang identiti keislamannya!

Sebenarnya saya boleh bariskan beratus, malah beribu nama yang telah ditukar oleh penjajah barat termasuk missionari kristian sehingga menyebabkan sejarah asal nama tersebut hilang. Dan ini terjadi khususnya kepada nama yang ada kaitan dengan Islam!

Lihat nama para Nabi sudah lah. Kita ambil nama yang popular. Noh jadi Noah, Musa jadi Moses, Harun jadi Aaron, 'Isa jadi Jesus.

Dan itulah kesimpulan saya ingin rumuskan. Bagaimana nama Isa as bertukar menjadi Jesus?

Nama asal Nabi Isa didalam bahasa Ibrani disebut sebagai Eeso. Dalam bahasa 'arab disebut 'Isa (sebutan 'I' dengan dua harakat) Jadi nama didalam bahasa Ibrani mahupun 'arab lebih kurang dan tidak berubah.

Tengok apa jadi bila dapat kepada barat. Bermula dengan mereka mengeja nama itu dengan huruf roman menjadi Yeshua ('Y' dibaca dengan 'E taling' menjadi Eeshoa). Kemudian diterjemah ke bahasa Greek dengan perkataan 'Ieosus'. Kemudia ditukar kebahasa Inggeris lama menjadi 'Yeshua'. Akhirnya ditukar ke bahasa Inggeris moden menjadi 'Jesus'.

Begitu juga dengan gelaran Christ. Asalnya ialah Al-Masih atau Massiah (dalam bahasa Hebrew), bermakna manusia yang terpilih, atau The Anointed. Kemudian diterjemah kebahasa Greek menjadi 'Kristos'. Kemudian diterjemah ke bahasa Inggeris lama sebagai Christos. Akhirnya ditukar ke bahasa Inggeris moden menjadi 'Christ'.

Akhirnya digabungkan nama itu menjadi 'Jesus Christ'.

Persoalan yang perlu ditanya ialah, jika 'Isa Al-Masih dihidupkan kelak, dan mereka memanggilnya dengan panggilan Jesus Christ..Jesus Christ, adakah Baginda akan menyahut?

Kita pun tahu jawapannya!

Sebab itu nama khas kita tidak boleh tukar. Nama orang, atau nama tempat dan lain-lain adalah nama khas. Dalam apa juga bahasa, ia mesti dikekalkan.

Kitab tidak boleh tukar Tiger Wood menjadi Harimau Kayu. Atau Abu Bakar kepada Ash Burn. Bush kepada Semak.

Dan itulah yang sedang dilakukan oleh segelintir missionari dakyah kristian, cubaan menukar kalimah ALLAH Hu Ahad kepada ALLAH Hus Salis, ALLAH Maha Esa kepada ALLAH Maha Tiga - ALLAH Bapak, ALLAH Putera dan ALLAH Ruh Kudus.

Generasi hari ini lebih selesa menyebut Penang, Singapore daripada menyebut Pulau Pinang, Singapura.

Generasi hari ini sudah tidak tahu nama Manna-hata, Ifriqiyah, Jabbal Tariq, Ibnu Sinna. Sebaliknya mereka hanya kenal nama Manhattan, Africa, Gibraltar, Aversenna, dan lain-lain.

Generasi hari ini tidak tahu pun dahulu wujud Kesultanan Sulu, sebaliknya mereka hanya tahu Filipina.

Adakah satu hari nanti generasi akan datang tidak lagi mengenali ALLAH Hu Ahad, tetapi mengenali ALLAH Hus Salis Tuhan Triniti - ALLAH Bapak, ALLAH Putera dan ALLAH Ruh Kudus?

Kalau hari ini sudah ada umat Islam sendiri menjadi begitu kelabu dan keliru diantara kalimah ALLAH Hu Ahad dan ALLAH Hus Salis, sehingga ada yang sanggup bertegang urat mempertahankan konon hak kristian untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam bentuk triniti

Maka saya tidak akan hairan kelak nanti akan berlaku generasi yang hanya mengenali kalimah ALLAH dalam pelbagai bentuk syirik dan kufur - na'uzubillah min zalik!

Adakah riwayat yang menyatakan bahawa satu hari nanti umat Islam tidak lagi menyebut kalimah ALLAH akan berlaku - iaitu mereka menyebutnya dengan kefahaman ALLAH itu ada Yang Maha Esa, ada Yang Triniti Tiga-Dalam-Satu dan dalam macam-macam bentuk lagi? Wallahua'lam.

Moga ALLAH memelihara aqidah dan keimanan kita dan keturunan kita daripada firnah dahsyat yang sedang melanda umat Islam dan tamadun kemanusiaan ini. Ameen!

By - Zulkifli Noordin


No comments: