Tuesday, 5 April 2016

(VIDEO) : PENTAS RUNTUH KETIKA SESSI BERGAMBAR PELAJAR UNIVERSITI TIDAK MELIBATKAN PELAJAR MALAYSIA, ITU VIDEO LAMA DAAA....


KUALA LUMPUR – Video pentas runtuh dalam satu sesi bergambar yang didakwa melibatkan pelajar Malaysia di sebuah Universiti di Mesir adalah tidak benar.


Jurucakap Kementerian Luar berkata video yang menjadi viral di laman sosial itu merupakan kejadian lama yang berlaku di sebuah universiti di Baghdad, Iraq dan tidak melibatkan pelajar dari negara ini.
“Video itu adalah tidak benar dan ia hanya satu video lama yang sengaja diviralkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (Perubatan), Muhammad Ikraam Abdul Latif berkata video berkenaan mula tersebar dalam kalangan pelajar Malaysia di Mesir melalui aplikasi WhatsApp, kira-kira 8 pagi tadi (2 petang waktu Malaysia).
“Saya kemudian menerima panggilan bertalu-talu dari rakan-rakan lain, yang ingin bertanya kesahihan maklumat yang tersebar kerana khuatir ada yang mengalami kecederaan disebabkan kejadian itu,” kata pelajar tahun 5, Kuliah Perubatan, Universiti Kaherah, Mesir.
Muhammad Ikraam kemudian menghubungi pejabat kedutaan Malaysia di Kaherah, Mesir untuk mengesahkan perkara berkenaan.
Namun katanya pihak kedutaan mengesahkan tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.
Muhammad Ikraam berkata beliau turut menghubungi wakil persatuan itu di tujuh universiti yang menempatkan pelajar dari Malaysia.
“Saya dimaklumkan kesemua mereka berada dalam keadaan baik dan tidak pernah terlibat dalam sebarang situasi seperti dilaporkan,” katanya.
Semakan Bernama di laman sosial YouTube mendapati video yang diviralkan itu dimuat naik ke laman berkenaan pada 27 Mac 2016 dan difahamkan kejadian terbabit berlaku sehari sebelumnya. – BERNAMA

RAHMAN DAHLAN DEDAH TANAH TAMAN MANGGIS KINI CECAH RM59 JUTA

rahmantamanmanggis
Abdul Rahman bersama Ahli Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng mendedahkan dokumen jual beli tanah Taman Manggis, pada sidang media Isnin.

PUTRAJAYA: Bukti urusniaga kontroversi melibatkan tanah yang diperuntukkan bagi projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) di Taman Manggis, Pulau Pinang dikemukakan disebalik penafian Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

LETUPAN LPG DI MID VALLEY MEGAMALL


PETALING JAYA, 5 April ― Sebuah letupan didengari di Mid Valley Megamall pukul 9.45 pagi ini, menurut pihak pengurusan pusat beli belah itu.

FERI PENUMPANG SEDANG DIBAIKI TERBAKAR DI JETI KUAH LANGKAWI


LANGKAWI, 5 April — Sebuah lagi feri penumpang yang sedang dibaiki terbakar di sini hari ini menjadikan dua feri ditimpa nasib yang sama dalam tempoh kurang daripada sebulan.

MAHAL NAK MAMPOS RUPANYA CIPLAK TUDUNG 'OLD FASHION' ORANG LAIN


Baru-baru, ini sebuah video dimana peminat fanatik koleksi tudung Fareeda sanggup bersesak dan merusuh menjadi viral di laman sosial.

Monday, 4 April 2016

DERITA PESAKIT HIV DIHURUNG LALAT... MOHON IBU PULANGLAH AMPUNI DOSANYA....


Ini kisah menyayat hati dan inilah bukti trajis kenapa dadah itu wajib dicegah. KISAH ini dikongsikan oleh Portal MyNewsHub  mengenai  seorang bekas penagih dadah yang menghidap HIV ditinggalkan hidup bersendirian di sebuah rumah oleh ahli keluarganya di Johor Bahru mendapat simpati netizen di media sosial.

PENJENAYAH 'OTAI' DALANG PENCULIKAN 4 RAKYAT MALAYSIA DI SABAH ???

Apo-Mike

KOTA KINABALU: Seorang penjenayah veteran rentas sempadan yang lebih dikenali sebagai Apo Mike dipercayai mengetuai penculikan empat anak kapal Malaysia di sempadan antarabangsa berhampiran Pulau Ligitan, Semporna.