Tuesday 5 April 2016

LETUPAN LPG DI MID VALLEY MEGAMALL


PETALING JAYA, 5 April ― Sebuah letupan didengari di Mid Valley Megamall pukul 9.45 pagi ini, menurut pihak pengurusan pusat beli belah itu.

Menurut Mid Valley, terdapat letupan kecil di dua restoran semasa kerja pemasangan kembali sistem gas petroleum cecair (LPG). Salah satu daripadanya merupakan restoran Chili’s, mengikut saksi.

Keadaan sekitar letupan berdekatan restoran Chili’s di pusat beli belah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, 5 April 2016. — Foto oleh Yusof Mat Isa

Kakitangan penyenggaraan, kontraktor LPG dan kakitangan kedai berjumlah 8 orang telah mengalami kecederaan kecil dan sudah dirawat. Tiada sebarang kecederaan berlaku kepada orang awam, dan juga tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Keadaan sekitar letupan berdekatan restoran Chili’s di pusat beli belah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, 5 April 2016. — Foto oleh Yusof Mat Isa

Sistem gas telah pun ditutup dan Mid Valley sudah kembali dibuka kepada orang awam.
Menurut saksi, pusat beli belah tersebut dikosongkan sebaik sahaja letupan berlaku, lapor akhbar The Malay Mail

No comments: