Friday, 25 May 2012

SEBAB PEMBANGKANG TERUS MENERUS TUDUH KERAJAAN MENIPU PILIHANRAYA - TUN M

be-perusuh513

Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan jika puak pembangkang berjaya merebut kuasa negara ini menerusi cara ganas mereka."Percayalah demokrasi akan dihapuskan dan nasib yang buruk akan menimpa Negara tercinta ini,"katanya.
Dalam tulisan terbaru di laman blognya Che Det,bekas Perdana Menteri itu menilai maka diciptalah Bersih untuk mendakwa kononnya pilihanraya di Malaysia ditipu oleh Kerajaan Pusat.
Katanya mereka perlu menunjuk kepada rakyat, dan lebih utama kepada dunia luar bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Malaysia adalah zalim dan menindas rakyat seperti Kerajaan-Kerajaan kuku besi Negara Arab.
Melihat penggulingan Kerajaan di Negara-negara Arab, tentulah terlintas di hati pemimpin-pemimpin parti lawan bahawa cara-cara demonstrasi ganas dan berpanjangan lebih mungkin memberi kejayaan kepada cita-cita mereka.
BERIKUT IALAH TULISAN PENUH BELIAU
1. Kita sudah merdeka selama 55 tahun dan telah mengadakan 12 Pilihan Raya Umum. Walaupun parti-parti bukan dari Perikatan atau Barisan Nasional telah berjaya menawan dan mendiri Kerajaan dibeberapa negeri di Semenanjung dan di Sabah, tetapi Perikatan dan Barisan Nasional tidak pernah kalah di peringkat Pusat. Perikatan dan Barisan Nasional terus menjadi Kerajaan diperingkat Pusat, peringkat yang paling berkuasa di Malaysia.
 
2. Memang pada 1969 Perikatan hampir kalah tetapi kuasa kekal di tangan Perikatan dan akhirnya beberapa parti lawan telah menyertai Perikatan untuk menubuh Barisan Nasional yang terus memerintah.
 
3. Barisan Nasional menghadapi beberapa masalah dalaman tetapi berjaya mengatasinya dan mengekal kuasanya di Peringkat Pusat. Serpihan dari UMNO yang diusahakan oleh Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim tidak berjaya mengalahkan Barisan Nasional.
4. Pada 2008 kebencian terhadap pemerintahan Abdullah menyebabkan ramai dari penyokong UMNO dan parti-parti komponen lain mengurangkan sokongan kepada Barisan Nasional sehingga lima buah negeri dapat ditawan oleh parti-parti bukan Barisan Nasional. Di peringkat Pusat majoriti Barisan Nasional menurun sehingga tidak dapat menguasai 2/3 dari kerusi Parlimen. Namun Barisan Nasional masih dapat mendiri Kerajaan di peringkat Pusat.
 
5. Kemenangan yang berturut-turut sejak merdeka melumpuhkan semangat parti-parti bukan Barisan Nasional. Percubaan oleh Anwar Ibrahim untuk menyeludup masuk ke dalam UMNO supaya dapat merebut kuasa dari dalam juga gagal.
 
6. Yang terpaksa diakui oleh semua pihak, semua rakyat Malaysia dan juga pemerhati asing ialah sehingga kini proses pilihanraya tidak dapat menjatuhkan Barisan Nasional. Majoriti rakyat Malaysia tetap memberi kemenangan kepada Barisan Nasional. Kenapa tidak. Semua terpaksa terima hakikat bahawa Kerajaan-Kerajaan Barisan Nasional telah membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat. Barisan Nasional berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada Negara Malaysia. Tiap seorang dari rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang lebih mewah dan lebih bahagia di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Segala percubaan oleh parti-parti lawan untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap Barisan Nasional dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya.
 
7. Memandang kepada sejarah Malaysia merdeka dan keputusan- keputusan pilihanraya, parti lawan tentu kurang yakin mereka akan menang PRU 13 dan mendirikan Kerajaan Pusat. Cara demokrasi tidak boleh menjayakan mereka. Melihat penggulingan Kerajaan di Negara-negara Arab, tentulah terlintas di hati pemimpin-pemimpin parti lawan bahawa cara-cara demonstrasi ganas dan berpanjangan lebih mungkin memberi kejayaan kepada cita-cita mereka.
 
8. Tetapi mereka perlu menunjuk kepada rakyat, dan lebih utama kepada dunia luar bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Malaysia adalah zalim dan menindas rakyat seperti Kerajaan-Kerajaan kuku besi Negara Arab.
 
9. Maka diciptalah Bersih. Kononnya pilihanraya di Malaysia ditipu oleh Kerajaan Pusat, walau apapun bukti bahawa di Malaysia parti lawan boleh menang dan telah menang berkali-kali jika rakyat menyokong mereka dan sebaliknya di Negara Arab bukan sahaja Kerajaan yang digulingkan tidak pernah kalah tetapi pilihanraya memberi kemenangan 99% kepada pemerintah, masih juga didakwa Pilihan Raya Umum ditipu oleh Kerajaan Malaysia.
 
10. Kerajaan bertindak untuk meneluskan lagi proses pilihanraya mengikut kehendak parti lawan. Tetapi masih juga dituduh yang Kerajaan menipu.
 
11. Banyaklah lagi tuduhan kezaliman dan kemungkaran yang dilempar kepada Kerajaan semata-semata untuk memburukkan imej Kerajaan.
 
12. Tunjuk-tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU 13 jika parti lawan gagal memenanginya. Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihanraya ditolak dan satu Kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan. Kemudian mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihanraya sekali lagi yang boleh dimanipulasi oleh mereka.
 
13. Sudah tentu sebelum Kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara akan diserang bertubi-tubi dengan demo ganas dan huru-hara. Perancangan dan perusahaan akan diganggu mungkin dengan mogok di sana sini anjuran parti lawan.
 
14. Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan.
 
15. Kuasa-kuasa asing akan mengecam Kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemo. Malaysia akan dicap sebagai Police State.
 
16. Malaysia yang telah memberi banyak nikmat dan kebahagiaan kepada rakyatnya, yang telah diiktiraf sebagai Negara yang termaju di antara negara membangun, Malaysia yang bangun dengan pesatnya akan bertukar menjadi negara yang tidak lagi stabil dan maju, dan tidak lagi memberi kebahagiaan dan rahmat kepada rakyatnya. Mereka tidak percaya dengan demokrasi maka akan hilanglah hak rakyat untuk memilih Kerajaan.
 
17. Negara ini akan menjadi miskin dan Wawasan 2020 tidak akan menjadi kenyataan. Inilah yang akan berlaku kerana parti bukan Barisan Nasional kecewa tidak dapat ke Putrajaya. Jika dengan cara ganas mereka, mereka berjaya merebut kuasa, percayalah demokrasi akan dihapuskan dan nasib yang buruk akan menimpa Negara tercinta ini.

GEMPAR !!! NIK AZIZ TARIK BALIK CADANGAN MUZAKARAH DENGAN UMNO..!!!



KOTA BHARU 25 Mei - 'Drama' muzakarah yang ditimbulkan oleh Pas akhirnya tiba di penghujungnya apabila Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menarik balik cadangannya untuk bermuzakarah dengan UMNO.

Beliau yang ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguannya di sini memberi alasan bahawa ia perlu ditarik balik kerana ia bertentangan dengan keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, beliau harus mengikut pendirian Abdul Hadi serta isu itu tidak harus dipanjangkan lagi.

"Muzakarah Datuk Presiden sudah tarik, tidak mahu kerana terlalu banyak manipulasi, dia hendak muzakarah dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sahaja, jadi saya pun terpaksa tariklah," katanya. - UTUSAN

MULA-MULA :



KEMUDIAN.... KENA KAN SYARAT PULAK..!!!


AKHIRNYA......

MUZAKARAH PAS - UMNO TEMUI TITIK NOKTAH

RUMAH URUT DI SELANGOR SEBENARNYA SARANG PELACURAN..!!!



Seorang rakan kepada rakan facebook BP yang dah berpuluh tahun tinggal di Selangor memberi komen berikut : 


Saya dan kawan kawan yang kepohci ada jalan jalan cari rumah urut di sekitar kawasan sunway, kelana jaya, damansara utama danmasara perdana dan mutiara damasara. Dalam 10 rumat urut kami temui 10 rumah urut menawarkan urutan sampai pancut dan servis tambahan.

Pada setiap insiden kami meminta diri dengan menyatakan kami hanya nak cari rumah urut original yang mengurut secara perubatan tradisional.

Ada satu insiden dimana towkey rumah urut itu benggang selepas menunjukkan kami lebih kurang 25 gadis dari Malaysia dan pelbagai Negara lain.

Dia berkata rumah urut di selangor yang ori tak ada, semua pun cuma "cover" untuk sarang pelacuran, kalau nak jadi baik sangat dia suruh Melayu Islam balik kampung. Ada seorang rakan yang agak muda, hampir menumbuk towkey ini, tetapi sempat di halang geng tua kami.







dulu tak teruk cam ini. Dulu dulu kebanyakkan rumah urut siap ada tukang urut lelaki yang pakai kemas dan memang mahir mengurut. Ada juga orang buta yang mengurut di rumah urut ini. Kenapa kini dah teruk sangat. Sesiapa yang berkuasa melesenkan rumah urut tolong tgk balik betul ke atau tidak lesen yang dikeluarkan di salah gunakan!




KOMUNIS VS ANAK MELAYU ISLAM





1. Tidak kira siapa mereka, berambut gondrong atau berserban, apabila sudah mengangkat senjata menentang kerajaan Islam yang sah dan membunuh orang Islam yang lain, mereka ini tidak lebih dari banjingan dan pengacau.

2. Anda (Komunis) mengaku bahawa anda telah berjuang dengan penuh ikhlas untuk membebaskan negara ini dan kini anda kecewa kerana sudah dilupakan. Bagaimana dengan ribuan tentera Melayu Islam serta kaum-kaum bumiputera lain yang putus kakinya, patah lehernya, pecah dadahnya dan yang mati di atas taktik kamu yang pengecut dengan menanam ranjau pada laluan mereka.

3. Hari ini, kamu mahu kami mengiktiraf kamu, bagaimana pula dengan bapa saudara saya yang kamu belah isi perutnya hingga terburai di padang sekolah di bandar Segamat pada tahun 1946 dahulu kerana beliau seorang anggota polis dan kakitangan kerajaan.

4. Bagaimana dengan ribuan Melayu seperti aruah nenek saya, yang kamu taruh najis dan digaulkan bersama nasi untuk dimakan ketika beliau ditahan. Di mana kamu? wahai Komunis Melayu ketika rakan-rakan berbangsa Cina kamu menganiaya guru-guru agama kami dan anak-anak muda kami yang enggan mengikuti perjuangan kamu.

5. Bagaimana ribuan nasib anak bangsa yang tidak pernah minta diiktiraf dari zaman Datuk Bahaman, Mat Kilau sehingga ke penubuhan Rejimen Askar Melayu Pertama dan pahlawan kami seperti Leftenan Adnan yang mati tanpa lelah berjuang untuk negara ini.

6. Mereka di atas turut menentang penjajah, sultan-sultan kami juga menentang penjajah. Bagaimana nasib askar-askar kami yang menentang kamu apabila negara ini sudah mencapai kemerdekaan sedangkan kamu terus-terusan masih mengangkat senjata dan membakar hingga rentung daging anggota polis kami di Bukit Kepong pada 23 Feb 1950.

7. Kamu kata kamu berjuang untuk nusa, agama dan negara. Jika demikian bagaimana dengan ulamak kami, seperti Kiai Salleh, seorang guru mengaji yang mengangkat senjata menentang kekejaman soldadu kamu di Bandar Muar, Johor pada 1945.

8. Kamu pasti ingat bagaimana ulamak dan wali-wali Melayu ketika itu mengirimkan parang terbang untuk memutuskan urat nadi komunis kamu bukan?, Mengapa ya ketika itu ulamak dan wali-wali serta ribuan pendekar Melayu mengangkat selendang merah dan mengasah keris pusaka mereka untuk menentang kamu. Adakah mereka ini tali barut British?.

9. Kamu tahu kamu siapa? Buku merah komunis yang kamu gunakan dan diletakkan tinggi tarafnya dengan Bible serta Al Quran. Siapa yang mengarangnya, jika bukan Karl Marx, rakyat Jerman yang berketurunan Yahudi dan merupakan sebahagian dari agenda Dajal Al Masehi yang turut melaksanakan gerakan revolusi ke atas keluarga di raja Russia, Peranchis dan Amerika Syarikat sepaya mudah tangan-tangan halus ini menguasai dunia melalui perancangan yang sudah bermula ribuan tahun lepas.

10. Kamu pejuang kemerdekaan? Bagaimana kamu kata kamu pejuang kemerdekaan, sedangkan selepas 1957 kamu masih menyembelih dan mencungkil serta mencacatkan jenazah-jenazah askar Melayu yang beragama Islam sepanjang mereka berjuang menentang kamu di antara tahun 60, 70an dan 80an.

11. (UNTUK ORANG MELAYU BUKAN KOMUNIS) — Kamu pun satu bodoh…di mana kamu berada ketika negara ini diperjuangkan oleh orang Umno sehingga terpacaknya sebuah kerajaan Melayu Islam di rantau ini.

12. Kamu kata ini perjuangan kemerdekaan negara ini merupakan dakyah Umno, jadi kamu yang tolol dan buta sejarah ini sanggup menerima jika satu hari ada orang kata yang KAMU ORANG MELAYU BUKAN BERASAL DARI TANAH INI.

13. dan bahawasanya negara ini bukan dimerdekakan oleh pemimpin Melayu Islam dalam parti Umno tetapi KAUM LAIN yang tidak meletakkan diri mereka setaraf seperti kamu.

14. Hairan dengan kaliannnn…kamu membenci parti yang mewakili kaum kamu dan agama kamu sendiri, hari ini kamu menyokong partai pengganas yang berpaksikan kepada komunis, digerakkan oleh seorang lelaki bukan Melayu dan di dalam kitab komunisnya menolak semua kepercayaan beragama. Kamu patut ke neraka kerana fahaman inilah yang menerapkan ideologi bahawa “AGAMA ITU ADALAH CANDU MASYARAKAT” dalam erti kata lain, agama itu melalaikan.

15. Hari ini kamu kata sejarah yang ditulis menipu kamu???? Kamu sudah membaca sejarah Singapura? Apa perasaan kamu di mana buku-buku teks sejarah di Singapura menyatakan bahawa pulau itu ditemui oleh Stamford Raffles, TANPA MENYEBUT SEDIKIT PUN MENGENAI SANG NILA UTAMA dan kerajaan Melayu yang sudah sedia ada di situ.

16. Buku sejarah Singapura menipu kamu, orang Melayu Singapura disebabkan kepentingan-kepentingan kaum satu lagi yang kini menjadi semakin dominan apabila Kamu, duhai anak Melayu yang tolol berpecah.

17. Sejarah negara ini tidak pernah menipu kamu kerana kalendar dan memo negara ini ditulis oleh orang Melayu sendiri. Gampang kamu ini kerana tidak mahu membaca sejarah kamu sendiri yang ditulis dengan tinta airmata dan darah, kamu tahu peristiwa Kalabakan??? Kamu tahu Kiai Salleh? Kamu tahu peristiwa Natrah? Kamu tahu 13 Mei, Kamu tahu Konfrantasi? Kamu tahu peristiwa Bukit Payung? Kamu tahu tragedi Batu Pahat Okt 1980, Mana letaknya maruah kamu wahai Melayu.

18. (UNTUK SEGELINTIR PEJUANG MELAYU ISLAM) — Biarkan mereka ini. Hari ini kuasa kita mengecil tetapi apa yang berlaku merupakan aturan Allah Taala. Nampak gayanya pada saat kita berpecah, semakin banyak fahaman asing yang masuk dan meracuni pemikiran yang dikatakan “Open Mind” anak-anak muda kita yang masih merangkak di universiti.

19. Mereka ini memang tolol, secara tidak langsung. Menyokong kembalinya seorang komunis seperti Chin Peng. Sebenarnya, agenda sebenar kaum satu lagi ini ialah untuk mengangkat lagenda Chin Peng sebagai seorang pejuang kemerdekaan.

20. Cuba kalian bayangkan impaknya 20-30 tahun lagi, sejarah akan tertulis semula bahwa Chin Peng pejuang dan kaum satu lagi ini sudah membuktikan sumbangan mereka kepada kemerdekaan dan dengan mudahnya, sejarah dirombak meminggirkan lagi orang Melayu.
21. Kalian harap bersabar, ini bukan saat kita meraung, rapatkan saf dan susun juzuk perjuangan, kita mungkin pernah melakukan kesilapan tetapi segala yang berlaku adalah urusan Allah Taala.

22. Kepada pejuang Melayu Islam, bangkit saudara…ini bukan masa untuk berdiam. Jangan malu memakai songkok!!!

~ Salmi ~

TAMAN TEMA ALA DISNEYLAND PERTAMA DI MALAYSIA AKAN DIBINA DI IPOH..!!!



SEBUAH taman tema ala Disneyland akan dibina di Meru Raya, Ipoh, Perak bermula akhir tahun ini di kawasan seluas 20 hektar membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM506.7 juta menerusi kerjasama dengan syarikat pemaju taman tema terkemuka Australia.

Taman tema pertama seumpamanya di Malaysia itu terletak bersebelahan Plaza Tol Ipoh Utara di Lebuhraya Utara Selatan yang dibangunkan hasil kerjasama antara Perak Corporation Bhd (PCB), syarikat senaraian awam milik kerajaan Perak dengan Sanderson Project Development (Malaysia) Sdn Bhd (SPD). SPD adalah anak syarikat Sanderson Group Pty Ltd dari Australia yang terkenal dan berpengalaman mereka bentuk, membina serta mengendalikan destinasi pelancongan antarabangsa khususnya di Asia Pasifik seperti Universal Studio Singapura, Shanghai Disneyland Resort dan Happy Land Vietnam.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, taman tema itu dijangka siap pada Disember 2014 dengan lima zon keriangan iaitu ‘fantasy forest’, ‘wacky world’, ‘pirates cove’, ‘lost canyon’ dan ‘pixel planet’, selain sebuah hotel dan dua pangsapuri untuk penginapan pengunjung.

“Selain menampilkan watak kartun popular diminati kanak-kanak dan remaja, ia juga menampilkan karakter tempatan seperti nenek kebayan serta pahlawan Melayu,” katanya selepas melawat tapak projek pembinaan Hotel Casuarina@ Meru di Meru Raya, Ipoh, Perak.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PCB, Datuk Samsudin Hashim serta Pengarah Casuarina Hotel Management Sdn Bhd, Datuk Khamsiyah Yeop.

Sementara itu, hotel baru bertaraf butik bernilai RM80 juta itu dalam pembinaan dan bakal siap, Jun tahun depan, malah antara hotel terbesar di negeri ini yang mampu menampung sehingga 2,000 orang pada satu-satu masa.

VIDEO : SINDIRAN PEDAS TUN DR MAHATHIR!



Komen pedas Tun Dr Mahathir. Lihat video di bawah :

HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012 : JARINGAN FAIZAL SHAARI MENAFIKAN HASRAT KOREA KALAHKAN MALAYSIA PADA PERLAWANAN PERTAMA !!!

Pemain Malaysia, Muhamad Rahmadan Mohammad Rosli (tengah) cuba melepasi dua pertahanan Korea Selatan pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2012 di Ipoh, malam tadi.

IPOH - Malaysia bangkit untuk mengikat Korea Selatan 1-1 dalam perlawanan pertama Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Ke-21 di Stadium Azlan Shah, Ipoh, malam tadi.

Pemain remaja negara, Faisal Saari menafikan hasrat Korea Selatan untuk mencatat kemenangan apabila dia menjaringkan gol penyamaan ke-56, setelah pasukan lawan mendahului menerusi jaringan Seo Jong Ho pada minit kelapan.

Mengulas keputusan perlawanan, jurulatih Tai Beng Hai berkata, dia berpuas hati apabila anak buahnya bangkit setelah ketinggalan untuk mengikat Korea Selatan, pasukan yang mengalahkan Malaysia 2-3 pada Kelayakan Olimpik di Dublin, Mac lalu.

Katanya, lebih membanggakan pemain negara mengetepikan status ranking Korea Selatan yang lebih baik iaitu pada kedudukan keenam dunia, berbanding skuad negara pada ranking ke-13 dunia.

"Saya anggap ini persembahan luar biasa oleh pemain kerana berjaya bertahan terutama pada 10 minit terakhir perlawanan ketika mengasak serangan lawan yang cuba mencari gol kemenangan.

"Keputusan seri ini lebih daripada memadai jika mengambil kira kedudukan ranking yang begitu jauh di antara Malaysia dan Korea Selatan.

"Pujian juga harus diberikan buat pemain skuad remaja yang disenaraikan pada kejohanan kali ini kerana berjaya menggalas tugas diberikan," kata Beng Hai selepas perlawanan.

Mengenai pertembungan dengan Britain hari ini, Beng Hai berkata, tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai corak permainan terbaru pasukan itu.

"Untuk perlawanan esok (menentang Britain) kita akan beraksi seperti hari ini dengan mengetepikan status ranking pasukan lawan yang jauh lebih baik (ranking No. 4 dunia)," katanya.

Sementara itu, naib juara tahun lalu, Pakistan tidak menghadapi masalah untuk menumpaskan Argentina 4- 2 dalam perlawanan pembuka tirai kejohanan.