Friday, 27 April 2012

ANWAR DAN 9 NYAWA KUCING....???


MENJELANG perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu ini, tidak salah rasanya untuk kita semua mengimbas semula beberapa peristiwa lama yang mungkin ada antaranya sesuai untuk dijadikan teladan dan sempadan.
Bak kata orang tua dulu-dulu, sejarah itu guru yang baik sebagai panduan, tidaklah nanti orang kata kita buta sejarah sebagaimana Mat Sabu yang gagal pemahaman sejarah hingga komunis yang anti ketuhanan pun diagung-agungkan.
Rencana sembilan nyawa kucing yang dipetik dari ‘blog xpressminda’ ini ringkasnya berkisar pada kebolehan semulajadi seorang pemimpin politik pembangkang bernama Anwar Ibrahim yang memiliki pelbagai karakter yang berubah-ubah mengikut masa dan kepentingan, bermatlamat menarik perhatian dan simpati khalayak ramai.
Mungkinkah dalam demonstrasi Bersih 3.0 kelak, Anwar selaku pembawa watak politikus hipokrasi dan haprak terulung abad ini akan memanfaatkan stok nyawanya kucingnya yang terakhir demi mencari klimaks dan kepuasan politik sendiri atau nyawa kucing itu hanya benar-benar tamat dalam PRU-13 kelak, sama-sama kita lihat nanti.
Nyawa Ke-8 Anwar Terancam…
Tahukah anda Anwar Ibrahim memiliki 9 nyawa sama seperti kucing? Betul ke? Realiti atau hikayat moden? Korang semua tentu tahu mitos yang mengatakan kucing memiliki 9 nyawa entah betul atau tidak tak tahulah, yang pastinya kisah 9 nyawa kucing itu agak popular.
Barangkali kerana ingin meniru mitos kucing tersebut atau mungkin jugak terangsang dengan kehebatan 9 nyawa yang dimiliki oleh spesis kucing kurap, maka Anwar memanfaatkan sepenuhnya mitos itu untuk meraih simpati khalayak.
Tahukah anda keadaan terkini menunjukkan Anwar sedang bertarung untuk menyelamatkan nyawanya yang ke-8 selepas kehilangan nyawanya dalam 7 kejadian sebelum ini.
Ikuti urutan hikayat berikut untuk mengenali kehebatan Anwar yang dipercayai memiliki 9 nyawa sama seperti mitos seekor kucing kurap.
1. Propaganda Tumbukan Ketua polis
- Anwar telah ditumbuk hingga mencederakan sebelah matanya oleh Ketua Polis ketika itu (Rahim Noor). Berikutan itu disebarkan cerita wujudnya konspirasi nyawa Anwar terancam dan akan dibunuh oleh pihak polis.
- Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa. Nyata tindakan provokatif Anwar yang memanggil pihak polis dan Rahim sendiri sebagai barua dan juga anjing kerajaan telah dilupakan begitu saja gara-gara simpati mencurah-curah kalangan khalayak kepada Anwar. Dengan hanya sekali tumbukan padu ini, boleh di anggap ianya kehilangan nyawa yang pertama bagi Anwar Ibrahim.
- Hasil mata lebam tersebut akhirnya sebagai pengabadian kehilangan nyawa yang pertama maka simbol perjuangan Anwar diterjemahkan melalui  Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) yang berlogokan sebiji mata sama seperti mata dajjal. Innalillah.
2. Drama Keracunan Arsenik
- Tidak semena-mena selang kejadian tumbukan padu oleh bekas KPN ketika itu, timbul pula dakwaan oleh Wan Azizah bahawa suami tersayangnya itu telah di racun dgn racun arsenik melalui pemakanan oleh polis dan orang-orang Dr. Mahathir.
- Wan Azizah, para pemimpin ADIL (sekarang PKR) ketika itu termasuklah peguam kanan Anwar yakni Zulkifli Noordin (sekarang Ahli Parlimen Bebas) telah menyebarkan berita nyawa Anwar dalam bahaya. Kuku jari dan kaki menjadi hitam, Anwar sudah kronik dan nazak.
- Walaupun siasatan oleh HKL menunjukkan tiada keracunan arsenik dalam air kencing dan darah Anwar, namun keputusan lengkap HKL itu tidak mampu menghalang pemergian ke rahmatullah nyawa ke-2 nya itu.
- Jangka hayat Anwar diramalkan oleh para pimpinan PKR dan Pas hanya mampu bertahan 1 tahun kerana keracunan arsenik yang teruk. Dek kerana singkatnya masa, maka nyawa ke-2 Anwar tidak mampu menanggung lagi lalu pergi menghadap Illahi.
- Anwar yang masih hidup selepas setahun diracun dgn arsenik adalah Anwar yg memanfaatkan stok nyawa ke-3. Hebat gitu.
3. Sandiwara Suntikan Darah HIV
- Selang selepas drama paling hot berkaitan keracunan arsenik, kemudiannya timbul pulak dakwaan Wan Azizah suaminya telah disuntik dengan darah HIV positif. Nyawa ke-3 Anwar benar-benar dalam bahaya.
Kebiasaannya orang yg menghidap HIV positif,  selang 2, 3 tahun kemudiannya akan menghidap AIDS kemudian meninggal dunia selepas 2 atau 3 tahun selepas itu dengan badan yang kurus kering dan berkudis-kudis.
- Tiada ubat atau penawar hingga kini untuk pesakit HIV positif mahupun AIDS dan kerana itu hanya ucapan Innalillah sahaja yang mampu diungkapkan untuk nyawa ke-3 tersebut. Takziah untuk keluarganya.
- Tanpa sebarang penawar atau ubat untuk HIV positif  dan juga AIDS ternyata tidak menghalang Anwar untuk menggunakan talian hayatnya yang ke-4.
- Hasil keupayaan memiliki 9 nyawa telah membantu Anwar meneruskan kehidupan hingga kini (2011) tanpa sebarang masalah kudis mahupun mati kekeringan melainkan perutnya terus maju ke depan.
4. Lelucon Patah Tengkuk
- Sepanjang perbicaraan dan hingga mendiami istana Sungai Buloh yang dilengkapi dengan pengawal keselamatan di setiap penjuru, ketika ini Anwar dan para pemimpin tertinggi PKR dan Pas telah mewar-warkan kehidupan Anwar masih terancam kerana lehernya didapati patah dan ada urat yang terkehel.
- Sepanjang perbicaraan meliwat dan juga tuduhan salah guna kuasa, Anwar sentiasa memakai penyokong leher untuk memperbetulkan kembali lehernya yang patah dan uratnya yang terkehel.
- Secara umumnya dengan keadaan leher yang patah itu sebenarnya nyawa ke-4 Anwar sudahpun pergi meninggal jasad, Innalillah. Akhirnya Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan nyawa baru yakni nyawa kucing yang ke-5 untuk meneruskan kehidupan duniawi.
- Hasil penggunaan nyawa ke-5, Anwar bebas menanggalkan penyokong lehernya itu bila-bila masa di dalam penjara terutama sekali selepas pulang daripada perbicaraan mahkamah.
5. Filem Box Office Lumpuh  Sakit Belakang
- Sewaktu hayat nyawa ke-5, Anwar mendakwa tulang belakangnya telah bengkok dan terkehel hingga mengakibatkan lumpuh tidak mampu berjalan.
- Dalam waktu-waktu membawa rayuan ke mahkamah dan juga sewaktu menghadiri perbicaraan merayu kesnya itu, Anwar kerap datang ke mahkamah sambil melambai  tangan kepada penyokongnya dengan menaiki kerusi roda yg disorong oleh pembantu ataupun isterinya.
- Bertebaran berita yang mendakwa kerajaan sengaja mendera Anwar dan keengganan kerajaan membenarkan Anwar mendapat rawatan di luar negara telah menyemarakkan kemarahan khalayak yang menyokong Bung Anwar.
- Kisah Anwar yang terpaksa hidup dalam kelumpuhan ketika hayat nyawa ke-5 dipalu di gendang tiap masa walaupun di masa yang sama kerajaan telah menawarkan rawatan pakar tempatan di HKL untuk menentukan sejauh mana patah terkehelnya tulang belakang Anwar itu.
- Nyawa anwar yang ke-5 pergi meninggalkan jasadnya itu selepas kerajaan muktamad tidak mahu mengikut kehendak Anwar, maka keperitan hidup dalam kelumpuhan tidak dapat membendung nyawa ke-5 untuk kekal di jasad Anwar. Innalillah.
- Berkat keajaiban memiliki nyawa kucing, sewaktu berada di KLIA Anwar telahpun menggunakan nyawa ke-6 kerana itu sebelum berlepas ke Jerman untuk pembedahan, tiada lagi kerusi roda sebaliknya Anwar bebas bangun duduk dan berjalan untuk bersalaman dengan penyokongnya yang menunggu di lapangan terbang.
- Anwar kembali ke arena politik dengan nyawa ke-6 yg bertenaga luar biasa selepas pembedahan tulang belakang yang paling berjaya dalam sejarah dunia tercipta di Jerman. Hanya dalam tempoh 2 jam sahaja, Anwar sudah tidak lumpuh malah sudah mampu berjalan berlari tanpa sebarang kesan sakit.
- Keajaiban proses pembedahan di Jerman ini pastinya di cemburui banyak negara lain kerana tidak pernah ada pesakit kronik tulang belakang mampu berjalan berlari hanya selepas 2 jam pembedahan. Rata-rata pesakit yang berjaya dibedah di serata dunia memerlukan 3 – 6 bulan untuk pulih dan berjalan berlari seperti biasa. Inilah kehebatan Anwar, anugerah Tuhan yang complicated dan tidak mungkin dimiliki oleh insan lain.
6. Hikayat Ancaman Bunuh
- Tidak semena-mena hujan tidak ribut pun tidak, nyawa ke-6 Anwar pula dikesan dalam bahaya. Wujud ancaman bunuh yang mengancam nyawa ke-6 Anwar Ibrahim yang secara halusinasi  tak terlihat oleh mata kasar mahupun mata hati manusia biasa seperti kita.
- Ketika itu, Anwar  sedang asyik meeting bersama pimpinan PKR serta Wan Azizah, tiba-tiba bagaikan beruk terkejut, mesyuarat tiba-tiba dihentikan oleh Anwar hanya selepas menerima satu panggilan telefon yang rupanya membawa berita Saiful Bukhari telah pergi membuat laporan polis berkaitan satu kes liwat.
- Demi menyelamatkan nyawanya yg ke-6, maka Anwar sanggup mengharungi kegelapan malam daripada Quality Hotel di Shah Alam untuk mencari perlindungan di Kedutaan Turki yang terletak di Kuala Lumpur.
- Namun, takdir menentukan Kedutaan Turki tidak mampu membantu Anwar selama-lamanya, natijahnya upacara sembahyang ghaib untuk nyawa ke-6 dilakukan sambil itu Anwar terpaksa meneruskan kehidupan menggunakan stok nyawa ke-7 tapi masih lagi guna jasad yang sama.
7. Failure Movie Sabotaj Kereta Azizah
- Kegawatan kes liwat Anwar dan Saiful kemudiannya makin menjadi-jadi dengan pelbagai penangguhan proses mahkamah daripada kes sakit demam peguam hinggalah cubaan memecat pendakwa dan hakim memperlihatkan keazaman tinggi nyawa ke-7 Anwar untuk terus menghayati keindahan alam ini.
- Kehebatan inspirasi yang dimiliki oleh nyawa ke-7 Anwar ini nyata memberi semangat kuat untuk para penjenayah menggunakan method yang sama yakni menangguhkan sebanyak yang boleh kes perbicaraan di mahkamah termasuklah cuba memecat hakim dan pendakwa mengikut kemahuan sendiri demi keadilan diri sendiri.
- Namun,  di sebalik pelbagai cubaan tangguh menangguh itu, tiba-tiba tampil Datuk Trio yang menghebahkan satu kegiatan projek Anwar dengan Chinadoll berumur 26 tahun di sebuah apartmen sederhana mewah.
- Walaupun muka lelaki dalam video itu adalah milik Anwar, namun dikatakan ramai penyokong Anwar perut dan punggung Anwar tidaklah boroi dan berisi seperti itu. Hebat. Nyata kekentalan nyawa ke-7 lebih hebat daripada sebelumnya. Lebih bijak dan inovatif. Hinggakan kepakaran 2 proffesor dari USA, kepakaran syarikat TV di Korea pun tidak mampu menyakinkan penyokong Anwar bahawa lelaki tersebut adalah Anwar.
- Pun demikian, tidak tahan dengan asakan demi asakan apatah lagi bila video seks tersebut bertebaran di alam internet hinggalah dicetak dalam benduk CD & DVD, akhirnya nyawa ke-7 terancam jua.
- Bertiuplah angin-angin sepoi-sepoi bahasa yang mendakwa nyawa ke-7 Anwar terancam selepas dikatakan wujud sabotaj terhadap kereta Wan Azizah. Selang sebulan selepas kejadian yang dikatakan berlaku ‘insiden mengejut’ yang cuba membunuh Anwar itu, barulah pemandu Wan Aziah tampil membuat laporan polis.
- Walaupun logiknya patut Wan Azizah yg terancam kerana kereta itu dinaiki olehnya dan pemandu itu pulak adalah pemandu kereta Azizah, namun logik tersebut tidak dapat menghalang untuk Anwar kehilangan nyawanya buat kali ke-7. Innalillah sekali lagi untuk kali ke-7 dalam masa 13 tahun.
8. Demo Jalanan Bershit 2.0, 09/07/2011
- Ya, kini selepas kehilangan 7 nyawa dalam masa 13 tahun dengan pelbagai plot luar tabie melangkaui batasan pemikiran manusia, kini adalah masanya Anwar menggunakan nyawanya yang ke-8.
- Rupanya hayat nyawa ke-8 tidak panjang, malah kekentalannya adalah yang paling lemah berbanding 7 nyawa yang lain sebelum ini.
- Berita terbaru yang diterima sewaktu kekecohan demo Bershit 2.0 petang tadi (09/07/2001), nyawa ke-8 Anwar benar-benar di peringkat sakkaratulmaut.
- Demo haram Bershit 2.0 yang sepatutnya diadakan di Stadium Shah Alam seperti tawaran MB Selangor, namun kemudiannya dikekalkan utk diadakan di sekitar KL nyata telah secara langsung mengancam nyawa ke-8 Anwar.
- Di khabarkan, Anwar terkena tembakan FRU yang bersenjatakan senapang gajah, darah membasahi bajunya hingga tidak nampak lagi warna kuningnya itu, penafasan oksigen diperlukan, ini sudah kes berat. Ini peringkat kehilangan nyawa yang ke-8, memang bahaya.
- Dilaporkan pula oleh banyak blog, nyawa ke-8 Anwar ini hanya di hujung misai kucing, dikhabarkan bacaan Yassin berkumandang dan wasiat mungkin sedang dibacakan kepada kaum keluarga sementara menanti kehadiran stok baru nyawa ke-9.
- Berkemungkinan besar, tarikh 16 Julai 2011 untuk perbicaraan Anwar nanti bakal tertangguh lagi sebagai meraikan bakal kehilangan nyawa ke-8 Anwar ini. Sebagai standby, setelah melihat floating nyawa ke-8 Anwar ini tak tentu hala, maka blog ini mengucapkan pending order dengan ucapan Innalillah.
Huh.. ucapan pun ada pending dan floating macam forex. :)
9. Hikayat 9 Nyawa Kucing Milik Anwar Ibrahim
- Sampai bila Anwar akan terus bergantung pada nyawa kucing demi melanjutkan kehidupan jasadnya dalam dunia politik? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya dalam hikayat ini kelak.
Hakikatnya, dunia realiti kita tiada 9 nyawa demikian juga dengan kucing. Semua kita makhluk Allah SWT, hanya ada satu nyawa dan satu jasad.
Namun, fahamkah anda apa yg ingin aku sampaikan di sini berkaitan hikayat seorang politikus yg bernama Anwar Ibrahim yang memiliki 9 nyawa?
Yup, tentu ramai yg faham betapa kehebatan Anwar bukan sahaja terletak pada pidatonya namun juga dengan gerak geri lakonannya yang pasti mampu mengabui mata rama penyokong taksub dan bebal.
Bagi kita yang faham susur galur dan gerak geri politik Anwar, kita faham Anwar gemar bermain sandiwara untuk menarik perhatian khalayak.
Anwar Ibrahim seumpama seorang pemidato yang mampu menyakinkan khalayak umum bahawa tahi kambing itu adalah ubat makjun tonik. Dan khalayak yang menyokongnya itu tanpa segan dan silu tetap akan dengan slambernya menjamah tahi kambing itu dan di suap masuk ke dalam mulut untuk menguatkan tenaga dan semangat.
Pun begitu, sampai bila Anwar mahu terus berpura-pura menghebahkan yang dirinya terancam dan nyawanya dalam bahaya? Betul akan ada yang terpesona dan bersimpati dengan lakonannya itu, namun sampai bila?
Allah SWT melihat apa yang kita buat dan apa yang kita ucapkan walaupun dengan niat yang pelbagai.
Semoga para pembaca sekalian terutama mereka yang pernah melalui zaman gawat reformasi akhir 1990-an boleh berfikir sejenak untuk menghayati hikayat di atas sebagai pengajaran untuk mengenal seorang manusia yg bernama Anwar Ibrahim - BERUANG BIRU.
***Bersih sebenarnya hanya mahu mengkucar-kacirkan suasana keamanan dalam negara menjelang PRU 13 yang kononnya untuk menarik pengundi menyokong mereka dan sekaligus menambah undi untuk pembangkang bagi memenuhi cita-cita Anwar untuk menawan Putrajaya.  Mereka lupa dan telah dibutakan mata hatinya oleh propaganda betina lesbian yang menyokong seks bebas, LGBT.  Malangnya, Melayu telah mudah dipergunakan untuk menentang sebahagian Melayu yang lainnya. Rapuh sungguh keimanan dalam diri orang Melayu itu sendiri yang mengatakan menegakkan agama Islam..!!!!

PAS PASIR PUTIH LUMPUH..???!!!




Bukankah kami pernah katakan sebelum ini yang PAS semenjak bersekongkol dengan DAP dan kafir Harbi Ambiga ini, mereka sebenarnya menghampiri kemusnahan?!! Lihat sahaja apa yang berlaku di Pasir Puteh semalam. Habis lumpuh jentera Pemuda PAS kerana mereka sudah tidak sanggup lagi menjadi penchacai kafir harbi dan penutuh China Doll!


Sidang media yang asalnya dibuat bagi menjernihkan nama KP PAS daripada tuduhan mensabotaj kempen BERSIH 3.0, bertukar pula menjadi upacara keluar PAS dan masuk UMNO! Sebenarnya, Ustaz Saidi (kes ADUN berzina atas keretapi), bekas Ketua Keselamatan PAS Kelantan hanya ingin menyelamatkan rakannya daripada api fitnah, namun tanpa sesiapa menduga, secara spontan, rakannya tadi mengumumkan keluar daripada kabilah khawarij PAS dan kembali kepada perjuangan sebenar, iaitu UMNO.

Tahniah ustaz Saidi di atas kejayaan anda mengembalikan akidah ramai ahlul PAS yang telah jauh sesat terpesong! Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.



Menurut maklumat tempatan, dilaporkan wakil SUK telah dihantar untuk memujuk kembali KP PAS tersebut serta merta, namun segalanya sudah terlambat. Dan kerana kejadian semalam juga, diberitakan ADUN LIMBONGAN telah dimasukkan ke wad kerana serangan darah tinggi.

Diharap beliau akan menemui hidayah ketika dirawat di hospital. Insya Allah.

Berbalik kepada PAS Pasir Puteh, dengan "kembalinya" KPnya ke pangkuan UMNO, adalah dijangka juga mobilisasi penyokong PAS bagi menyertai Bersih 3.0 Sabtu ini akan menghadapi masalah yang besar. Ini adalah kerana KP tersebut beserta beberapa lagi KP lain sudah nekad hati untuk melawan arus kali ini berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan Mursyidul Am dan saf kepimpinan mereka yang terus menerus redha membontoti agenda kuffar!

Ini merupakan satu AMARAN keras kepada PAS andainya parti tersebut masih lagi tegar untuk bersama agenda songsang fuckatan. Percayalah, hub kekuatan mereka di Kelantan sendiri akan dihancurkan terlebih dahulu menjelang PRU-13 ini sebelum mereka sempat berbuat apa-apa.

Thursday, 26 April 2012

SENJATA SULIT ANWAR TERBONGKAR..!!!


AIDCNews  – Senjata utama faktor kekuatan dan kelemahan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dikenalpasti oleh ‘kumpulan pemikir bebas’ yang mengadakan pertemuan tertutup minggu lepas.
Kumpulan pemikir bebas yang tidak mahu nama ahli-ahli mereka didedah merumuskan satu-satu senjata yang menjadi faktor kekuatan dan kelemahan Anwar adalah ‘Faktor X’ yang salah satunya daripadanya adalah ‘Faktor Janji’.
Faktor ini hampir sama dengan pendapat Profesor Dr Chandra Muzaffar yang ditemui pada 30 Jun 2011 yang merumuskan kekuatan Anwar adalah ’2 D’ iaitu ‘Demagogue’ dan ‘Demonstrasi’
‘Demagogue’ merujuk tentang pidato-pidato yang berkarisma menyentuh emosi, prasangka dan pujuk rayu serta janji-janji yang membina pengharapan.
Manakala ‘demonstrasi’ pula merujuk kepada satu perhimpunan yang bertujuan untuk menimbulkan ‘kekacauan’ dalam masyarakat untuk menarik perhatian masyarakat antarabangsa.
Dengan harapan melalui siri-siri demonstrasi itu akan dapat mengugat kestabilan negara dan menggulingkan negara melalui ‘kumpulan minoriti’ jalanan.
Siri-siri perhimpunan BERSIH, BERSIH 2.0, BERSIH 3.0 dan Occupy adalah sebahagian daripada strategi untuk mencapai objektif tersebut.
Kajian UIA
Kajian Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM yang bermula dari Mac 2008 hingga Julai 2011 merumuskan populariti Anwar mula merudum sejak Oktober 2008.
Menurut rekod, dari Mac hingga Oktober 2008, terdapat dua peristiwa besar yang berkaitan dengan Anwar iaitu kes liwat yang membabitkan dirinya dengan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan ‘Janji Agung Anwar’ membentuk kerajaan 16 September.
“Pada waktu itu (2008), dia (Anwar) janji macam-macam..bila datang isu skandal (kes liwat yang membabitkan dirinya), dia tidak mampu nak jawab.
“Dia jawab dia kilas ke lain..dia tidak menjawab sebenarnya”, kata Azrul Hisyam Wakichan, pembantu penyelidikan kepada Prof. Datuk Syed Arabi Idid.
Bekas inner circle Anwar, YB Datuk Zulkifli Noordin memberi pendapat yang hampir sama.
“Bila berlaku 16 September, mula kita berkata, kita kena kencing dah ni. Kita kena bohong.
“Kalau saudara perhati, selepas kes Saiful dan 16 September baru berlaku pergerakan ahli (PKR) keluar.
“Tan Tee Beng keluar kerana DAP. Datuk Zahrain keluar kerana DAP. Sebab Datuk Zahrain kata, semua dah ragu, dah mula persoal.”, kata Zulkifli yang ditemui pada 14 Jun 2011. Klik di sini.
Rakaman video di sebelah merupakan kompilasi janji-janji Anwar yang ‘mengembirakan’ dan ‘menakutkan’ rakyat yang disusun sejak 14 April 2008 hingga 13 Oktober 2008.
Faktor janji agung Anwar untuk membentuk kerajaan baru 16 September, bukan sahaja menarik perhatian rakyat Malaysia, malah turut menarik perhatian masyarakat antarabangsa seperti yang dibuktikan rakaman video kiri (bawah).
“Saya dengan restu Tuhan..Insya Allah..buktikan kepada ‘mereka’..buktikan kepada ‘mereka’..bisnes kami..kami ada ‘number’..negara ini perlu perubahan”, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta komitmen oleh wartawan Bloomberg tentang pengambilalihan kerajaan selepas kegagalan melaksanakan janji menukar kerajaan pada 16 September 2008.
Faktor India dan Cina
Kajian UIA yang membuat analisis secara menyeluruh berdasarkan pola kaum juga turut menarik diberi perhatian.
Azrul Hisyam Wakichan berkata kemerosotan utama Anwar di kalangan masyarakat kaum India disebabkan gagal melaksanakan janji Kampung Buah Pala.
Manakala kepada masyarakat Cina pula berasaskan faktor kegagalan Anwar dalam melaksankan janji-janji berkaitan dengan ekonomi.
“kalau ada orang India, (isu) kampung Buah Pala, kampung India…”Dia (Anwar) janji tak betul. Dia tak deliver pada janji”, kata Azrul Hisyam Wakichan tentang kemerosotan Anwar di kalangan masyarakat India dan Cina.
Ketika ditanya, sekiranya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melaksanakan satu lagi transformasi, Azrul menjawab, “Laksanakan apa yang Najib Janji..boom..terus (Anwar) bungkus..tapi berhati-hati Anwar ada simpan senjata dia”.
Senjata Rahsia
Perbincangan tertutup ‘kumpulan pemikir bebas’ berusaha merungkai senjata apakah yang dimaksudkan oleh pembantu penyelidik Prof. Syed Arabi Idid itu.
Rumusan yang disimpulkan adalah ‘sabotaj ekonomi’ sehingga boleh menimbulkan keresahan rakyat jelata.
Sebelum pilihanraya ke-12, rakyat ‘memprotes melalui undi’ apabila kegagalan kerajaan menangani ‘sabotaj ekonomi’ yang menyebabkan keperluan harian rakyat.
Minyak masak, gula, beras, tepung dan lain-lain keperluan asas di’sabotaj’ oleh pihak-pihak tertentu menyebabkan rakyat kesusahan.
Menurut sumber, teknik ini pernah digunakan oleh CIA di negara-negara tertentu dengan membayar kepada taikun-taikun pengeluar barangan asas untuk melakukan sabotaj.
Apabila taikun-taikun melakukan sabotaj, rakyat mula memberontak dan menyalahkan kerajaan yang sedang memerintah.
Senjata rahsia ini paling berkesan kerana ia melibatkan keresahan setiap individu rakyat yang bakal memberi undi di setiap pelusuk negara.
Mungkinkah Anwar akan melaksanakan resipi CIA itu sebagai senjata terahir untuk memastikan cita-citanya melakukan ‘regime change‘ dan menawan Putrajaya tercapai …










BERSIH ADALAH LAMBANG KEKECEWAAN PEMBANGKANG...!!!


SETELAH gagal mempengaruhi rakyat menyokong mereka, pihak pembangkang kini mahu mengadakan perhimpunan haram Bersih bagi kali ketiga.
Di belakang segala perancangan ini sudah tentunya, Anwar Ibrahim yang memperkudakan rakyat untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.
Strategi beliau untuk melancarkan demonstrasi jalanan disokong pula oleh PKR, PAS dan DAP dengan menggunakan landasan Majlis Peguam.
Peguam Ambiga Sreenavesan pula di letakkan sebagai jurucakap Bersih kononnya golongan pendesak pilihan raya bersih berpaksikan kepada undang-undang negara.
Realitinya perhimpunan haram Bersih samada ia diadakan dalam bentuk perarakan, demonstrasi, bantah duduk atau dalam apa-apa posisi sekali pun adaalh satu mencabar kedaulatan dan keluhuran perlembagaan negara ini.
Sejak merdeka, negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dalam kerangka konsep raja berperlembagaan tidak pernah gagal mengadakan pilihan raya umum setiap lima tahun sekali sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang.
Malaysia antara satu-satunya negara membangun dan negara Islam contoh yang diiktiraf dunia menghayati sistem demokrasi dalam ertikata sebenar.
Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diberikan tanggungjawab sepenuhnya melaksanakan semua proses perjalanan 12 PRU sebelum ini telah berjaya mengekalkan integritinya sebagai sebuah badan yang bebas dan berwibawa.
Kerajaan melalui parlimen telah pun bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dengan dianggotai secara adil oleh semua pihak – wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan juga bebas.
PSC akhirnya menggemukakan 22 syor-syor penambahbaikan proses pilihan raya untuk dipertimbangkan oleh SPR.
Malangnya pihak pembangkang tidak berpuas hati dan mahukan kerajaan dan SPR tunduk kepada semua tuntutan mereka dan apabila gagal, ia seperti biasa memangsakan rakyat untuk dijadikan kambing hitam dalam politik kotor mereka.
Taktik pembangkang adalah mudah untuk dibaca – segelintir rakyat yang terpengaruh dengan dendangan dakyah dan cerita dongeng pembangkang akan terheret dalam perhimpunan haram pada 28 April nanti, dan apabila tindakan undang-undang diambil, pembangkang akan menuduh kerajaan zalim dan sebagainya.
Tujuannya ialah untuk menunjukkan kepada dunia luar bahawa proses pilihan raya di Malaysia adalah tidak demokratik dan tidak adil.
Jika dilihat realiti pilihan raya pada 2008, hakikatnya adalah 360 darjah berlainan daripada yang didakwa pembangkang.
Lupalah pembangkang telah berjaya menawan empat buah negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta mengekalkan Kelantan?
Mengapa pembangkang tidak mempertikaikan proses pilihan raya di negeri-negeri yang mereka menangi sebagai pincang?
Adakah apabila pembangkang memenangi kesemua kerusi parlimen dan negeri, barulah pilihan raya itu dianggap bersih, adil dan tidak tercemar.
Sebenarnya pembangkang tergolong dalam kumpulan yang kecewa kerana rakyat terus menerus sejak 55 tahun dahulu menolak gaya politik yang inginkan diserapkan ke dalam sistem politik negara.
DAP dengan sikap rasis dan cauvinis ekstrim Cinanya, PKR yang dikuasai golongan Kristian dan liberal dan PAS dengan cara pemiliran Islam yang kolot dan kuno cuba menggabungkan kesemua elemen politik mereka dalam apa yang mereka panggil Pakatan Rakyat.
Kononnya rakyat menjadi teras perjuangan mereka tetapi apabila dilihat kepada agenda di negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang, jelas agenda rakyat hanyalah untuk dipergunakan bagi mereka terus kekal berkuasa.
Bersih kali ketiga bukanlah cerminan aspirasi rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih, tetapi lebih merupakan sifat tamak haloba dan kerakusan pembangkang yang mahu mewujudkan tanggapan negatif terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najih Tun Razak.
Pembangkang sedar semua dasar dan program pembangunan dan kebajikan yang digerakkan oleh Perdana Menteri telah berjaya dan memberi manfaat dan kesan positif secara langsung kepada rakyat.
Perhimpunan haram Bersih hanyalah satu taktik murahan pembangkang untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat kepada usaha yang pastinya menemui kegagalan.
Yang pasti, rakyat sudah lama bijak memilih antara kaca dan intan.
Lantas, usaha pembangkang mahu menganjurkan perhimpunan bantah duduk dilihat rakyat sebagai sesuautu yang sia-sia, lucu, membuang masa dan tidak mendapat sambutan.
- BERUANG BIRU

NAIB PENGERUSI DAP PUN BANTAH BERSIH 3.0, TAPI PAS...????

Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim membantah penganjuran BERSIH 3.0, “Duduk Bantah’ yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.
“Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?
Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang,” katanya, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Menurutnya bantahan itu telahpun disuarakan kepada pucuk pimpinan partinya.
“Saya membantah. Ia berdasarkan prinsip dan pendirian individu, dan saya telah memaklumkan kepimpinan parti berhubung perkara ini, apa sahaja tindakan parti, itu keputusan mereka,” katanya.
Katanya, ada banyak cara lain yang boleh digunakan selain mengadakan demonstrasi jalanan.
“Matlamat utamanya adalah untuk mengadakan tunjuk perasaan. Perlukah timbulnya isu lokasi demonstrasi tersebut? Pihak berkuasa sudah keluarkan kenyataan, DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) adalah pemilik Dataran Merdeka, saya rasa ia tidak bertanggungjawab jika kita menentang mereka.
“Kita menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang apabila berdemonstrasi. Sedangkan kita bakal memimpin negara. Kita ajar orang menentang undang-undang, ada sesetengah undang-undang yang tidak baik, tapi ada caranya, kita ada Parlimen … sedangkan kita adalah wakil rakyat, di situ sudah berlakunya pertentangan,” katanya lagi.
Tunku Abdul Aziz bagaimanapun tidak mengetahui sama ada terdapatnya pendapat serupa sepertinya di dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Saya tidak libatkan pihak lain. Ini adalah pendapat peribadi saya, kami mungkin satu organisasi, tapi tak bermakna kami abaikan pendapat masing-masing.
“Sesetengah perkara kami sokong, tapi ada sesetengahnya kami bantah,” katanya.
Ianya setara dengan yang telah dikatakan oleh PRESIDEN Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat).  Ismail Mina Ahmad berkar : adalah HARAM bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi  Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.
 
Sehubungan dengan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama.
'Sewajarnya umat Islam menjauhi pemimpin seperti ini dan membuat pilihan yang lebih tepat dengan memilih ketua yang selayaknya dan melakukan perhimpunan di lokasi tertutup dalam menuntuk sesuatu perkara', katanya di sini hari ini.

KENYATAAN YANG BERBEZA DARI ULAMA SEMAK  YANG MENYESATKAN :


Tapi, si tua bangka ni yang mengelarkan dirinya 'ulama tersohor' dan terus menyeru dan mengeluarkan FATWA barunya kepada ahli-ahli PAS bahawa WAJIB  hadir ke perhimpunan Bersih 3.0. Ituadalah satu jihad katanya. Apa pun fatwa dah. 


HAIRAN... kenapa umat Islam begitu mudah dipengaruhi dan dipijak-pijak oleh penganut agama lain lebih-lebih lagi ianya adalah wanita.... Apakah umat Islam yang meletakkan tulisan Islam dalam partinya sudah menjadi bacul dan dayus..!!!!. Mereka yang kononnya bertaraf ulama (seperti yang dilaung-laungkan oleh para pengikut taksubnya) seperti Nik Aziz ni boleh menghancur dan menyesatkan akidah umat Islam. Bayangkanlah sekirnya muka-muka atau'ulama-ulama semak' seperti Nik Aziz ini menjadi salah sorang pemimpin negara..apa akan jadi?...rosak..rosak. Untuk membuktikan apa yang  dituliskan di sini, betapa songsang dan kuningnya 'otak' Nik Aziz, seperti baju yang dipakainya, baca kenyataan beliau di bawah ini. Nik Aziz menghalalkan yang haram. Wajib hadir perhimpunan Bersih 3.0, katanya :



Sumber :  IBM
 
Kalau dikatakan Ambiga itu adalah peguam yang bodoh... pengikutnya juga berpuluh-puluh ribu kali lebih bodoh!!!!

AL-FATIHAH - MENINGGAL DISERGAH HARIMAU...!!!!

Gadis Disergah Harimau Meninggal

KUALA KANGSAR – Seorang remaja perempuan yang berdepan detik ngeri apabila ‘disergah’ dua harimau ketika mengikuti ibunya menoreh getah pada 15 Januari lalu, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, petang kelmarin dipercayai akibat trauma melampau.
Mastura Kamaruddin, 16, sebelum ini dikatakan mengalami trauma berpanjangan sejak kejadian itu hingga dia gagal menghadiri sesi persekolahan.
Sejak insiden itu, arwah yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Kati, Kati, di sini, dikatakan sering termenung, sukar tidur dan hilang selera makan.
Kedua-dua kakinya dijangkiti kuman akibat terpijak duri rotan ketika lari menyelamatkan diri daripada dikejar harimau berkenaan.
Arwah juga hanya bersekolah seminggu selepas kejadian itu sebelum terlantar sakit di rumah keluarganya di Kampung Chuar Hilir, di sini.
Dalam kejadian itu, arwah bersama ibunya, Rohani Osman, 50 terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila terserempak dengan dua harimau dewasa ketika menoreh getah berhampiran kawasan jirat Cina lama berdekatan Hutan Simpan Bintang Hijau, di sini.
Dua beranak itu terpaksa berjalan mengundur hampir dua kilometer selepas diekori dan cuba dibaham dua harimau dewasa berkenaan sebelum diselamatkan penduduk kampung dua jam kemudian selepas bersembunyi di atas pokok.
BACA SETERUSNYA ..... DI SINI