Showing posts with label AL-FATIHAH. Show all posts
Showing posts with label AL-FATIHAH. Show all posts

Monday, 30 July 2012

AL-FATIHAH : ADINDA SULTAN SELANGOR MANGKAT


 Adinda Sultan Selangor iaitu Tengku Putri Aishah diberitakan mangkat di Hospital Pantai malam tadi.
Adinda Sultan Selangor Tengku Putri Aishah Mangkat
Tengku Putri Aishah, merupakan adinda bongsu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, mangkat akibat serangan barah.
Ayahanda Saudara Sultan Selangor, Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Datuk Ramli Tengku Shahruddin Shah memaklumkan Almarhum mangkat pada jam 12.15 malam.

Adinda Sultan Selangor Tengku Putri Aishah Mangkat
Jenazah Tengku Putri Aishah dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam di sini kira-kira jam 12.45 tengah hari selepas disembahyangkan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.
Talkin dibacakan oleh Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar.
Tengku Putri Aishah, 56, menghembuskan nafas terakhir di sisi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama anggota keluarga yang lain.
Sultan Selangor turut berangkat memberi penghormatan terakhir kepada jenazah almarhum.
Adinda Sultan Selangor Tengku Putri Aishah Mangkat
Turut memberikan penghormatan terakhir ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, Orang Besar Istana dan kerabat diraja yang lain. Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, barisan exco dan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.- Bernama

Tuesday, 17 July 2012

AL-FATIHAH BUAT MAK CIK FARIDAH....

Makcik Faridah Meninggal Dunia Sakit Tua

KUALA LUMPUR – Faridah Maulud (gambar), 66, ibu yang ditinggalkan anaknya di sebuah hotel bajet di ibu negara Mac lalu, meninggal dunia akibat sakit tua, semalam.
Arwah yang uzur sejak kebelakangan ini disahkan meninggal dunia di dalam tidur oleh anak tunggalnya, Amir Mohd Omar, 27, jam 3.15 petang semalam ketika dia mengejutkan ibunya.
Arwah menerima rawatan di Hospital Tanjung Karang minggu lalu akibat keuzuran dan pulang ke rumahnya di Kuala Selangor beberapa hari lalu.
Ahli perniagaan, Datuk Jamhuri Abdul Rahman yang juga bekas majikan anaknya berkata, dia menerima panggilan daripada Amir sejurus selepas pemuda itu menyedari ibunya tidak sedarkan diri.
“Saya meminta jiran untuk melihat keadaan arwah dan mereka dapati arwah sudah meninggal dunia,” katanya.
Akhbar ini dalam laporan muka depannya 9 Mac lalu mendedahkan, Faridah ditinggalkan berseorangan oleh anaknya di sebuah hotel dan dijaga pekerja di situ yang kemudian membuat laporan polis.
Kisah warga emas itu mendapat perhatian segera daripada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL), Noormah Abdul Rauf yang kemudiannya menempatkannya di Pusat Sehenti JKM di Sungai Buloh sehari selepas itu.
Simpati dengan keadaannya, Jamhuri tampil memberikan bantuan kepada keluarga berkenaan dengan menyediakan sebuah rumah untuk Faridah di Kuala Selangor selain menawarkan pekerjaan kepada Amir di kilang membuat besi keluli miliknya.
Jenazah Faridah dikafankan di rumahnya sebelum dibawa ke kampung halamannya di Pengerang, Johor untuk dikebumikan. (Harian Metro)
***Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.....

Monday, 9 July 2012

AL-FATIHAH : AZAH AZIZ TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH


KUALA LUMPUR 9 Julai - Tokoh budayawan yang juga isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz, Azah Aziz hari ini meninggal dunia di sini.

Azah Aziz atau nama penuhnya Sharifah Azah Mohamed Alsagoff yang juga ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Abdul Aziz meninggal dunia pada usia 84 tahun.



SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT YANG MELIMPAH RUAH KE ATAS ROHNYA......AMEEEN.

***Tidak dapat dipastikan beliau meninggal di mana dan sebab apa... maklumat yang teman perolehi <  di sini  >  hanya setakat itu sahaja.

Thursday, 3 May 2012

ALFATIHAH : BOB KUMAN DAN KETUA WANITA UMNO PARIT BUNTAR TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH...

1.  AL-FATIHAH....Ketua Pergerakan Wanita UMNO Parit Buntar, Hajah Salmiah Haji Mohamad 71 Tahun telah kembali ke rahmatullah .
Allahyarhamah Hajah Salmiah menghembuskan nafas terakhir di di Hospital Besar Ipoh pada 4.10 petang tadi akibat penyakit kencing manis.



2.  AL-FATIHAH.....BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA
Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi. Sebagaimana yg dimaklumkan oleh Mazidul Akmal Sidek.







Bob Kuman menunjukkan nota yang dia masih hidup ketika dihebahkan di media maya yang dia telah meninggal dunia dua minggu lepas.....

AL-FATIHAH KEPADA KEDUANYA.... SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH MEREKA DAN DI TEMPATKAN DI KALANGAN ROH ORANG-ORANG SOLEH DAN BERIMAN....

Thursday, 26 April 2012

AL-FATIHAH - MENINGGAL DISERGAH HARIMAU...!!!!

Gadis Disergah Harimau Meninggal

KUALA KANGSAR – Seorang remaja perempuan yang berdepan detik ngeri apabila ‘disergah’ dua harimau ketika mengikuti ibunya menoreh getah pada 15 Januari lalu, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, petang kelmarin dipercayai akibat trauma melampau.
Mastura Kamaruddin, 16, sebelum ini dikatakan mengalami trauma berpanjangan sejak kejadian itu hingga dia gagal menghadiri sesi persekolahan.
Sejak insiden itu, arwah yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Kati, Kati, di sini, dikatakan sering termenung, sukar tidur dan hilang selera makan.
Kedua-dua kakinya dijangkiti kuman akibat terpijak duri rotan ketika lari menyelamatkan diri daripada dikejar harimau berkenaan.
Arwah juga hanya bersekolah seminggu selepas kejadian itu sebelum terlantar sakit di rumah keluarganya di Kampung Chuar Hilir, di sini.
Dalam kejadian itu, arwah bersama ibunya, Rohani Osman, 50 terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila terserempak dengan dua harimau dewasa ketika menoreh getah berhampiran kawasan jirat Cina lama berdekatan Hutan Simpan Bintang Hijau, di sini.
Dua beranak itu terpaksa berjalan mengundur hampir dua kilometer selepas diekori dan cuba dibaham dua harimau dewasa berkenaan sebelum diselamatkan penduduk kampung dua jam kemudian selepas bersembunyi di atas pokok.
BACA SETERUSNYA ..... DI SINI

Thursday, 12 April 2012

AL-FATIHAH ~ PENJAGA GOL MAUT KEPALA DISEPAK PIHAK LAWAN



Al Fatihah untuk Afiq Hamizan Abdul Hamid


Malang tidak berbau buat seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Semenyih yang menemui ajalnya, kelmarin selepas kepalanya cedera disepak pemain lawan ketika satu perlawanan bola sepak.

Difahamkan, mangsa Afiq Hamizan Abdul Hamid berusia 15 tahun itu meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 2.45 petang kelmarin selepas menjalani pembedahan di kepalanya.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, dalam kejadian Isnin lalu, mangsa mewakili pasukan sekolahnya dalam kejohanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat (MSSDHL) yang diadakan di sebuah sekolah menengah agama.

Menurutnya, mangsa yang bermain sebagai penjaga gol mewakili sekolahnya itu cedera di kepala selepas terkena sepakan pemain pasukan lawan.


“Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Semenyih jam 4 petang untuk rawatan oleh pihak sekolah.

“Bagaimanapun, keadaannya menjadi parah sebelum dihantar ke Hospital Kajang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, selepas doktor mengesahkan mangsa perlu menjalani pembedahan kepala berikutan darah beku selain keadaannya yang sudah kritikal, dia dibawa ke HKL pula namun gagal diselamatkan.

Katanya, mangsa meninggal dunia jam 2.24 petang kelmarin di HKL namun tiada unsur jenayah dipercayai menjadi punca kematian mangsa.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Sementara itu, ayah mangsa, seorang pengawal keselamatan, Abdul Hamid Saad, 50-an, berkata, arwah anak ketiga daripada enam beradik, aktif dalam sukan bola sepak.

Menurutnya, arwah cukup sihat dan aktif ketika pergi ke sekolah pada pagi kejadian dan tidak menyangka akan berjumpa anaknya dalam keadaan lemah serta tidak bermaya jam 4 petang pada hari sama.

“Ketika tiba di Hospital Kajang, anak saya sudah lemah dan hanya memaklumkan kejadian itu berpunca daripada kecederaan ketika perlawanan namun saya terkilan dengan pihak sekolah yang tidak memberi rawatan awal sebaik terkena sepakan itu.

“Pakar neurologi yang merawat anak saya turut memaklumkan kemungkinan anaknya dapat diselamatkan sekiranya rawatan diberikan lebih awal,” katanya.

Menurutnya, kesal dengan kecuaian dan kelewatan pihak sekolah mengambil tindakan, dia membuat laporan di pondok polis HKL selepas anaknya disahkan meninggal dunia.



SUMBER