Tuesday, 13 March 2012

PERANAN PEMANDU PAS MENGELIRUKAN...???!

Peranan jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan Pas Pusat bagi memastikan pelaksanaan manifesto Pas Kedah, membuktikan bahawa kerajaan negeri Kedah yang diterajui parti itu gagal menunaikan janji yang disenaraikan dalam manifesto parti berkenaan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, apabila melihat senarai jawatankuasa berkenaan serta skop peranan mereka, beliau tidak melihat ada tindakan serius menyelesaikan keadaan, tambahan lagi jawatankuasa itu dianggotai ’pemandu’ dari luar yang tidak memahami selok-belok politik Kedah.

"Benarlah seperti Barisan Nasional (BN) sebut sebelum ini, Pas Kedah gagal menunaikan janji manifesto sehingga jawatankuasa berkenaan perlu memantau kerajaan negeri supaya dapat melaksanakan apa yang dijanjikan.

"Apabila Pas mahu memantau kerajaan Pas supaya melaksanakan manifesto, mereka mengesahkan keresahan rakyat tentang kegagalan Pas Kedah mentadbir negeri dengan baik,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Pas semalam tentang penubuhan jawatankuasa pemandu yang dianggotai lima pemimpin Pas diketuai bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Halim Abdul Rahman.

Antara peranan jawatankuasa berkenaan memberi nasihat kepada kerajaan Pas Kedah tentang pelaksanaan manifesto Pas.
Ahmad Bashah berkata, jawatankuasa pemandu itu tidak lebih hanya sandiwara politik bagi mengaburi mata pengundi seolah-olah pertelingkahan dalaman Pas Kedah sudah selesai.— BERNAMA

APABILA MB PAHANG MARAH..!!!

 


Punca MB Pahang marah.....


Surat khabar berbahasa cina menulis kononnya Dato Nan yang mencadang sisa Lynas dibuang di Sungai Lembing yang mana hebat diperkatakan di internet.Wartawan bertanyakannya dan meminta penjelasan.Dato Nan menjelaskan bukan beliau yang berkata begitu tetapi orang lain (Ketua Pengarah AELB - Dato Raja Abd Aziz Raja Adnan).Serta menyarankan agar penulisan samada blogger atau pun press,hendaklah tepat agar pembaca menerima berita yang tepat.

KESAN :

Ekoran dari itu,MB Pahang terima banyak panggilan telefon.Penduduk Sungai Lembing marah dan nak buat demo. Pihak yang anti Lynas pun marah. Wartawan jadi target marah MB.Reputasi para wartawan mungkin tercalar.Reputasi MB mungkin tercalar Dan mungkin ada pihak lain mendapat malu.

PENGAJARAN :

Keadaan ini berpunca dari banyak perkara dan boleh dibahaskan dalam pelbagai sudut. Siapa yang betul siapa yang salah, bukan isunya disini tetapi yang lebih penting adalah siapa pun kita, jangan sebar berita fitnah.Jangan sebar berita bersifat provokatif. Dipihak mana pun tidak wajar buat begitu.

KLIK DI SINI
 
DAN
LIHAT VIDEO DI BAWAH



TQ : BADUT RAKYAT

KEJAM!!! TRAJIS!!! BAPA KANDUNG TERLIBAT PEMBUNUHAN DIRANG..??!!!

 

Polis menahan empat suspek termasuk bapa kepada Nurul Nadirah bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak itu.

Malah, kehilangan kanak-kanak itu turut mendapat perhatian pihak swasta apabila RHB Bank Berhad cawangan Johor Selatan baru-baru ini turut mengedar 1,000 keping poster mengenai kehilangannya.

Penderitaan dialami keluarga Nurul Nadirah juga mendapat perhatian isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat keluarga Dirang di rumah mereka di sini semalam.
Tambah Roslan, berikutan pengesahan tersebut, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kesemua empat individu termasuk bapa kandung kanak-kanak terbabit yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan reman bagi membantu siasatan," katanya sambil memberitahu motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata polis sedang berusaha menyiapkan kertas siasatan kes bunuh dan bakar kanak-kanak malang Nurul Nadhirah Abdullah, 5, secepat mungkin bagi membolehkan suspek kes itu dihadapkan ke mahkamah dengan segera.

Tiga 'ekor' daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.

TQ :   AAKJ

SURUHANJAYA DIRAJA ISU PASIR SELANGOR....

Apalah sebenarnya matlamat pentadbiran kerajaan Dap, Pkr, Pas Selangor ? Menjalankan tugas dengan tanggungjawab atau menjalankan tugas dengan penyelewengan.
Dari hari pertama Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar hingga ke hari ini, Selangor tidak pernah kering dari dilanda pelbagai isu dan skandal. Rakyat masih ingat bagaimana isu pembinaan ladang babi moden yang dicadangkan dilaksanakan di Sepang dengan menjadikan matlamat Selangor sebagai pengeluar babi yang utama di rantau ini.
Yang terbaru adalah berita benar Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor yang akan berhadapan dengan tuduhan berkhalwat di Mahkamah Syariah Pahang apabila ditemui berada disebuah bilik hotel bersama dengan bini orang pada pukul 230 pagi.
Skandal Pasir, skandal Yayasan Selangor, skandal PKNS, skandal PKPS adalah antara barisan isu yang masih menjadi tandatanya rakyat.
Yb Seri Muda yang digelar pengundinya sebagai RAJA PASIR dalam kenyataan nya mendesak agar Noh Omar Timbalan Pengerusi BN Selangor berdebat dengan beliau berkenaan isu pasir. Untuk apa debat ini? Untuk selesaikan isu pasir dan penyelewengan lain atau untuk terus berpolemik dalam kerangka politiking yang tiada batas yang semakin jelek dilihat rakyat.
GAPS yang pernah dicela oleh Suhaimi dalam sidang-sidang Dun yang lalu ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kedangkalan ahli Yang Berhormat ini.
Cadangan GAPS adalah Khalid Ibrahim wajar menubuhkan sebuah Suruhanjaya diRaja bagi menyiasat skandal-skandal Pasir, Pkns, Yayasan Selangor, Pkps, kontrak sampah, skandal Anti Perlantikan SUK Selangor dan skandal seks yang melibatkan Exconya, Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri dan Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor.
Setidak-tidaknya Khalid Ibrahim wajar punyai inisiatif untuk membentangkan Kertas Putih Skandal Penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor dalam sidang Dun yang akan datang, bagi membersihkan kerajaan pimpinannya dari cemuhan rakyat selepas dia bergelar Bekas Menteri Besar Selangor selepas PRU 13 ini.
Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
11 March 2012

PKR DAN PAS GAGAL DI PULAU PINANG..!!!

PKR, Pas gagal tingkatkan ekonomi orang Melayu di Pulau Pinang

GEORGE TOWN : Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) hari ini mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas gagal membantu meningkatkan ekonomi orang melayu di Pulau Pinang sejak Pakatan Rakyat (PR) memerintah negeri ini.

Presiden KMPP, Rahmad Isahak berkata, pemimpin Melayu dari dua parti itu hanya pentingkan pangkat tanpa berusaha untuk membantu bangsa mereka.

"Pemimpin PKR dan Pas terutama yang Melayu gagal menjalankan tugas sebagai pemimpin sebaliknya lebih mementingkan pangkat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Rahmad berkata, berdasarkan situasi itu, KMPP yakin Barisan Nasional terutama UMNO mampu memperoleh sokongan orang Melayu di Pulau Pinang dan membentuk kerajaan negeri (pada pilihan raya umum akan datang) bagi menggantikan PR.

Bagaimanapun katanya Barisan Nasional (BN) terutama pemimpin-pemimpin UMNO perlu lebih bekerja keras untuk menambat hati pengundi dan menang di negeri ini. — BERNAMA

Monday, 12 March 2012

FACEBOOK, TWITTER DAN BLOG, PLATFORM SEKS SONGSANG...???!!!



KUALA LUMPUR  – Jaringan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog dikesan menjadi antara platform utama yang menyumbang kepada penularan budaya seks songsang di negara ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menggunakan medium dalam talian itu untuk berinteraksi selain mencari pasangan sejenis.



Di laman sosial Facebook sahaja, berpuluh-puluh kumpulan itu dikesan secara terang-terangan mendedahkan identiti songsang mereka dan bertindak mengumpul ahli-ahli baru.

Antaranya Persatuan Gay Malaysia Kebangsaan; Kelab Gay Malaysia; Persatuan Blogger-Blogger Gay Malaysia; Persatuan Gay Berkumpulan; Persatuan Belia Gay Malaysia dan Persatuan Gay Malaysia.

Kelab-kelab lain yang seumpamanya, termasuk Persatuan Gay Melayu; Persatuan Gay Perak; Kelab Gay Terengganu; Persatuan Gay Sejati; Persatuan Gay Berwibawa; Persatuan Gay Serantau; Persatuan Lesbian dan Gay SeMalaysia dan Persatuan Gay SeMalaysia.



Lebih mengejutkan, terdapat kumpulan itu yang menerima sambutan cukup menggalakkan berdasarkan jumlah Like menerusi laman Facebook yang mencecah antara 3,000 hingga 8,000 penyertaan.


Sebahagian daripada ahli kelab-kelab itu juga secara terbuka berkongsi nombor telefon dan menyatakan kesudian untuk menjadi teman istimewa sesama mereka.


Kebanyakan daripada mereka juga menggunakan gambar profil yang mendedahkan susuk tubuh bagi menarik perhatian ahli kumpulan termasuk dari negara jiran.


Selain berkenalan, kumpulan itu turut menjadikan medium dalam talian tersebut bagi menganjurkan pertemuan dan mengadakan pelbagai program mempromosi seks bebas.


Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia juga menemui beberapa laman web pelancongan antarabangsa yang turut mempromosi negara ini sebagai destinasi LGBT dengan menyenaraikan hotel, pusat sauna serta pusat urut yang dikategorikan sebagai ‘mesra gay’.


Turut dikesan di laman web berkenaan adalah forum-forum yang membincangkan mengenai pelbagai isu dan menyediakan panduan berkaitan aktiviti tersebut sebagai rujukan kepada pengamal LGBT dari luar negara sebelum ke negara ini.


Antara maklumat lokasi gay yang dihubungkan di dalam laman web berkenaan adalah bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Georgetown, Kota Kinabalu, Melaka, Miri dan Johor.


Selain itu, laman web tersebut juga menawarkan pelbagai kemudahan termasuk muat turun video lucah dan khidmat teman sosial.



PENDEDAHAN!!! PR LUBUK PENGGANAS!!!

MYMASSA MENDEDAHKAN...................


FUYOOO!!! GANAS SUNGGUH PUAK2 PAS....!!!



Ingat dekat PAS je ramai penggaanas, rupa-rupanya DAP pun ada kaitan dengan pengganas.





Ini bukan tuduhan dari BN, tetapi pemimpin DAP sendiri.


 Untuk melengkapkan trio pengganas dalam pakatan pembangkang, jom kita tengok pengganas PKR pulak beraksi.



*Kalau tak ganas, bukan pembangkang namanya.