Monday 12 March 2012

FACEBOOK, TWITTER DAN BLOG, PLATFORM SEKS SONGSANG...???!!!



KUALA LUMPUR  – Jaringan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog dikesan menjadi antara platform utama yang menyumbang kepada penularan budaya seks songsang di negara ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menggunakan medium dalam talian itu untuk berinteraksi selain mencari pasangan sejenis.



Di laman sosial Facebook sahaja, berpuluh-puluh kumpulan itu dikesan secara terang-terangan mendedahkan identiti songsang mereka dan bertindak mengumpul ahli-ahli baru.

Antaranya Persatuan Gay Malaysia Kebangsaan; Kelab Gay Malaysia; Persatuan Blogger-Blogger Gay Malaysia; Persatuan Gay Berkumpulan; Persatuan Belia Gay Malaysia dan Persatuan Gay Malaysia.

Kelab-kelab lain yang seumpamanya, termasuk Persatuan Gay Melayu; Persatuan Gay Perak; Kelab Gay Terengganu; Persatuan Gay Sejati; Persatuan Gay Berwibawa; Persatuan Gay Serantau; Persatuan Lesbian dan Gay SeMalaysia dan Persatuan Gay SeMalaysia.



Lebih mengejutkan, terdapat kumpulan itu yang menerima sambutan cukup menggalakkan berdasarkan jumlah Like menerusi laman Facebook yang mencecah antara 3,000 hingga 8,000 penyertaan.


Sebahagian daripada ahli kelab-kelab itu juga secara terbuka berkongsi nombor telefon dan menyatakan kesudian untuk menjadi teman istimewa sesama mereka.


Kebanyakan daripada mereka juga menggunakan gambar profil yang mendedahkan susuk tubuh bagi menarik perhatian ahli kumpulan termasuk dari negara jiran.


Selain berkenalan, kumpulan itu turut menjadikan medium dalam talian tersebut bagi menganjurkan pertemuan dan mengadakan pelbagai program mempromosi seks bebas.


Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia juga menemui beberapa laman web pelancongan antarabangsa yang turut mempromosi negara ini sebagai destinasi LGBT dengan menyenaraikan hotel, pusat sauna serta pusat urut yang dikategorikan sebagai ‘mesra gay’.


Turut dikesan di laman web berkenaan adalah forum-forum yang membincangkan mengenai pelbagai isu dan menyediakan panduan berkaitan aktiviti tersebut sebagai rujukan kepada pengamal LGBT dari luar negara sebelum ke negara ini.


Antara maklumat lokasi gay yang dihubungkan di dalam laman web berkenaan adalah bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Georgetown, Kota Kinabalu, Melaka, Miri dan Johor.


Selain itu, laman web tersebut juga menawarkan pelbagai kemudahan termasuk muat turun video lucah dan khidmat teman sosial.



No comments: