Tuesday 13 March 2012

KEJAM!!! TRAJIS!!! BAPA KANDUNG TERLIBAT PEMBUNUHAN DIRANG..??!!!

 

Polis menahan empat suspek termasuk bapa kepada Nurul Nadirah bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak itu.

Malah, kehilangan kanak-kanak itu turut mendapat perhatian pihak swasta apabila RHB Bank Berhad cawangan Johor Selatan baru-baru ini turut mengedar 1,000 keping poster mengenai kehilangannya.

Penderitaan dialami keluarga Nurul Nadirah juga mendapat perhatian isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat keluarga Dirang di rumah mereka di sini semalam.
Tambah Roslan, berikutan pengesahan tersebut, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kesemua empat individu termasuk bapa kandung kanak-kanak terbabit yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan reman bagi membantu siasatan," katanya sambil memberitahu motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata polis sedang berusaha menyiapkan kertas siasatan kes bunuh dan bakar kanak-kanak malang Nurul Nadhirah Abdullah, 5, secepat mungkin bagi membolehkan suspek kes itu dihadapkan ke mahkamah dengan segera.

Tiga 'ekor' daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.

TQ :   AAKJ

No comments: