Saturday, 14 January 2012

KONVENSYEN PR HAMBAR.... KENAPA???!!


Kalau tengok dari gambar di atas, dari 4 blok kerusi yg di susun, hanya satu blok aja yg penuh....


Konvensyen Pakatan Rakyat Bermula Hambar 


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK 

ALOR SETAR: Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 bermula dengan sambutanhambar apabila sebahagian besar kerusi perwakilan yang disediakan diruang utama Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Suka Menanti disini kosong. 

Sehingga hampir pukul 10 pagi iaitu selepas sejam majlis bermula, kelihatan hanya kira-kira 1,200 perwakilan memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan kepada lebih 2,000 perwakilan. 

Turut kosong kerusi dibahagian pemerhati yang hanya dipenuhi kira-kira 400 orang. 

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar mensasarkan kehadiran lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati pada konvensyen kali ini. 

Konvensyen yang bermula pada pukul 9 pagi itu dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Pemuda Pakatan Rakyat. 

Antara pimpinan komponen pembangkang yang hadir ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; NaibPresiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng.

LIHAT.... DI SINI

SETERUSNYA..... DI SINI  JUGA

EXCO BARU GANTI HASSAN ALI, DIUMUM RABU....

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan itu dibuat atas nasihatnya kepada baginda ketika menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di sini pada Jumaat.
“Memandangkan Datuk Dr Hasan bukan lagi anggota PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak lagi boleh menjadi anggota Exco dan telah menasihati Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.
“Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan Datuk Dr Hasan sebagai ahli Exco,” katanya pada sidang media.
SETERUSNYA.... DI SINI

Thursday, 12 January 2012

SIAPA PALING LAYAK JADI PM...???

Guan Eng Hina Hadi Awang, Nik Aziz Tak Layak Jadi PM.....

Guan Eng Hina Hadi Awang Dan Nik Aziz
Berikutan pembebasan Anwar dari tuduhan liwat, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan hanya Anwar yang paling bersih, paling layak menjadi Perdana Menteri, “Ini bukan soal kita bela Anwar saja tapi kita bela kerana beliau saja yang paling bersih untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian semalam.
Sekali gus, Guan Eng mengesahkan bahawa Hadi Awang, Nik Aziz, mahupun Lim Kit Siang dan Karpal Singh juga adalah tidak cukup bersih dan tidak layak sama sekali untuk menjadi Perdana Menteri.
Perlu diingatkan bahawa ‘paling bersih’ mengikut piawaian Pakatan Rakyat ialah seorang yang telah didakwa atas kesalahan salahguna kuasa, liwat, terlibat dalam zina dan menjadi talibarut asing.   Oleh itu, setakat korup sahaja seperti beberapa pemimpin PR yang lain tetapi tidak memiliki ciri-ciri tersebut adalah tidak lengkap untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri.
Benar, Anwar telah bebas tetapi penting untuk kita fahami bahawa tidak terdapat dalam kenyataan penghakiman yang Anwar tidak meliwat.
Malah, jika dilihat dari penghakiman kes liwat 1, ketiga-tiga hakim yakin bahawa Anwar telah meliwat tetapi dibebaskan kerana tarikh kejadian tidak dapat dipastikan.  Dalam kes liwat 2 ini pula, Anwar bebas kerana hakim merasa tidak selesa untuk bergantung hanya kepada bukti DNA semata-mata.   Maknanya, Anwar bebas bukan kerana dia berjaya membuktikan yang dia tidak bersalah.
Justeru, berdasarkan fakta inilah menjadikan Anwar paling layak sebagai PM di mata DAP kerana ia membuatkan Anwar yang paling mudah dipergunakan.
Segala kotoran hidup Anwar ada dalam kocek Karpal Singh dan jika Anwar menjadi PM, bila-bila masa saja DAP boleh menyumbatkan Anwar kembali ke penjara sekiranya tidak ‘mendengar kata’ mereka.   DAP boleh menyuruh Anwar menghapuskan Raja-raja dan hak keistimewaan Melayu dan Anwar tidak mungkin mampu menentang mereka atau akan timbullah bukti-bukti baru untuk membolehkan segala kes liwat, zina dan salahguna kuasanya dibuka semula.
Muslihat dan agenda DAP tidak sukar dibaca, kecuali bagi pemimpin dan penyokong PKR dan PAS yang benak-benak belaka.   Pujian DAP terhadap Anwar ada maknanya.
Tidak dapat dipastikan apa reaksi PAS dengan penghinaan Guan Eng terhadap pemimpin mereka ini.   Mungkin mereka hanya akan tersengih-sengih bodoh atau mengangguk-angguk setuju yang pemimpin mereka sememangnya tidak bersih dan tidak layak berbanding Anwar.   Maklumlah, ‘kepimpinan Ulama’ sudah tidak relevan lagi bagi PAS.
Sedih melihat bagaimana saudara seagama kita di dalam PAS kelihatan redha dipimpin, ditarik, ditolak, disepak, disekeh dan ditunjal-tunjal kepala oleh peliwat dan kafir harbi.
Apa nak dikata…Jika DAP kata PAS tidak layak jadi PM, PAS terima.  Jika DAP kata PAS tidak layak jadi Menteri PAS terima.  Malah jika DAP kata PAS tidak boleh lagi mempertahankan Islam juga PAS terima.  Bagi PAS, asalkan menang pilihanraya sudahlah..janji puas hati dapat kalahkan UMNO.
Jika difikirkan kembali, sesuai benarlah Guan Eng menghina PAS sebegitu rupa kerana pak turut dan anjing suruhan mana mungkin layak menjadi PM..Tak gitu, Tuan Guru?
MyNewsHub

KALENDAR 2012 UNTUK WARGA SELANGOR..!!!



Elizabeth Wong Skandal lagi....Wooow...!!! memang dah di cakap awal awal dan dihidu akan Hanyir nya siang siang lagi...

Sebuah Kalendar Tahunan Negeri Selangor di bawah Pemerintahan PAKATAN telah di keluarkan dan Elizabeth Wong yang berjawatan EXCO Negeri telah dipilih sebagai MODEL nya....Terbaeeeeeek...!!! Dengan Moto yang tertera "Selangor Ku Kekal Hijau"




Untuk menyambut Tahun Baru 2012 ini berbagai Perancangan telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor, sudah tentunya SELECTED Programme and SELECTED Person lah yang akan menjayakan setiap event tersebut.


Sememangnya Pemerintahan Khalid Gagap mempunyai Pemangkin yang cukup Canteeek yang mana ianya bisa MENGERAS kan setiap warga Penyokong Fuckatan.






Jangan risau banyak lagi programme programme BERMENAFAAT kepada Rakyat Selangor telah di Rancang untuk Tahun 2012 ini...kita tunggu habuan nya...!!!

Nak Tanyer...boleh...?
1. Berapa Ratus Ribu unit kah yang telah dicetak dan akan di agihkan pada rakyat.
2. Berapa sekeping Harga Kalendar tuuu....
3. Syarikat maner yang dipilih untuk membuat Cetakan dan menguruskan nya....


Pssssst : Pompuan pompuan Muslimah PAS tak yah laa berangan...korang Muka Buruk...Khalid tak akan pilih korang jadi Model punyeer....Keh keh keh....!!!


CREDIT TO :  Pewaris Wasiat

APA JADI KES VIDEO SEKS ANWAR 99.9% TULEN...???

RAMAI MAHU ANWAR DESAK BICARA SEGERA KES VIDEO SEKS...!!!


anwar-lif1xx

Keputusan mahkamah mengenai kes liwat Anwar pada pagi Isnin tempohari, bukan penamat kepada isu moral dirinya.

Cakap kosong sahaja dan menafikan lelaki yang didakwa miripnya dalam video itu menerusi kenyataan dan ceramah tidak akan sampai ke mana.

Lebih menghairankan kenapa sehingga ke hari ini, Anwar tidak menyaman Datuk Sharzly Eskay Abdullah atau ' sentuh' beliau langsung sepanjang isu itu hangat dulu.

IKUTI BICARA SETERUSNYA.... DI SINI

JAMIL KHIR AKAN SAMAN...!!!!

FITNAH WANG ZAKAT: JAMIL KHIR AKAN SAMAN NIKNAZMI & BLOGGER PAKATAN?!!




Semalam blogger2 UMB berpeluang mengadakan sesi pertemuan santai dengan Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Menteri (Agama) Di Jabatan Perdana Menteri. Banyak perkara diperjelas termasuklah isu yang sedang hangat diperkatakan - penyalahgunaan wang zakat.

Menurut DS Jamil Khir, MAIWP menerima peruntukan tahunan RM700K dari kerajaan yang untuk pelbagai urusan pentadbiran termasuk guaman. Bukti yang dihebahkan oleh blogger2 & portal pembangkang ternyata berbentuk spekulasi kerana tidak semestinya semua bayaran yang dibuat oleh MAIWP (walaupun menggunakan baucer bayaran MAIWP) diambil dari wang zakat...



Jikapun wang zakat yang digunakan, jangan lupa pada kategori asnaf FISABILILLAH yang juga diperuntukkan sebagai penerima zakat. SILA RUJUK KENYATAAN DARI MUFTI WP DI SINI (KLIK!)

baca juga penjelasan di blog DOUBLE-Y

Ada blogger pembangkang yang mempertikaikan makna FISABILILLAH dalam kes DS Jamil Khir menentang Anwar Ibrahim di mahkamah. Terserah kepada persepsi masing2... tetapi makna FISABILILLAH yang cukup besar gua rasakan dalam menentang mana2 bajingan, demi menyelamatkan kesyumulan Islam di Malaysia dari cengkaman peliwat yang terlepas dari hukuman hanya kerana bukti teknikal yang terjejas!

Rafizi ditugaskan untuk membangkitkan isu NFC, Nik Nazmi pula memainkan peranan paling besar untuk propaganda fitnah wang zakat terhadap DS Jamil Khir.  Adakah Nik Nazmi takut disaman?? Ini reply Nik Nazmi kepada gua selepas dipanjangkan kepadanya tentang penjelasan mufti...


SUMBER :  DI SINI  


Wednesday, 11 January 2012

KENAPA TINGGALKAN ANWAR...???

Ismail Mina : Tinggal Anwar Sebab Akidah

AIDCNews – 11/01/12 – Ismail Mina, 62, yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika masih menuntut di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1970 mengambil keputusan meninggalkan sahabat lamanya itu berpunca dari persoalan akidah.
Sebelum ini, Ismail menyatakan sokongannya yang tidak pernah luntur kepada Anwar, dari zaman pelajar, bersama-sama menubuhkan Yayasan Anda dan ABIM (Angkatan Belia Islam) hingga terlibat dalam Sekretariat Pembebasan Anwar, ketika Ketua Umum PKR itu merengkok di penjara Sungai Buloh.
Namun semuanya berubah selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2 September 2004. Setalah merawat di Munich, Jerman, Anwar mengambil keputusan berpindah ke Amerika Syarikat (AS) dengan menjadi pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins dan Georgetown.
Sejak menjadi pensyarah pelawat di Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown, AS, aliran pemikiran Islam Anwar mula berubah.
Di luar negara, Anwar sering bercakap tentang topik agama khususnya berkaitan dengan “Islam dan Demokrasi”.
Salah satu ucapannya di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World”, benar-benar menyentak sahabat-sahabatnya di Malaysia.
Perbahasan secara teliti dilakukan oleh sahabat-sahabatnya berkenaan ucapan itu mendapati Anwar kini telah mendokong satu fahaman baru yang dinamakan Pluralisme Agama, iaitu menganggap semua agama adalah sama.
IKUTI BERITA SELANJUTNYA...... DI SINI